Followers

Monday, January 31, 2011

sesangat terharu

disebabkan petang ni sunyi sepi tak da kerja nak wat dah kat opis student semua cuti...bosan melanda diri lalu tercipta la karya dari aku hahaha :P layan ok Mood Esok Cuti sampai tahun baru cina yehuuhuhu seronok

Photobucket
so oleh itu meh baca kisah ini

Abah : rod...abah ada sesuatu yang nak bagi kat rod ni,tapi sebelum tu tutup mata dulu.


Rod : kenapa abah? benda apa abah?


Abah : Ala tutup ja la mata tu tapi janji ngan abah jangan buka taw?kalau buka tu namanya berbohong.


Rod : ok baiklah abah.

abah : ok pegang tangan abah ok, bila abah kata buka buka yea?

Rod : Lambat lagi ka abah? 

abah : dah nak dekat dah sabar kejap yea.

Rod : ok abah

abah : ok rod sekarang boleh dah bukak mata. tara....abah belikan rod basikal suka tak?

rod : (dengan pelahan2 membuka mata) :'( abah beli basikal ni untuk rod?


abah : ya la kenapa kamu menangis plak?


rod : abah rod terharu dan sebak sebab abah beli untuk rod. Abah susah payah belikan basikal tu kenapa? rod tak minta pun, kesian abah.. berapa dah habis duit abah untuk rod. kesian abah dah la susah membesarkan rod jaga makan minum rod pastu beli plak rod basikal.Mana abah dapat duit?gaji abah pun cukup2 makan ja kenapa belikan rod basikal.tu membazir ja duit abah :( rod tak kisah jalan kaki pergi sekolah pon tak pa.


abah : rod abah ikhlas belikan rod basikal ni abah kesian tengok rod semua kengkawan rod naik basikal rod pula jalan kaki saja.

rod : abah rod dah biasa jalan kaki la abah tak kisah pasal basikal tu.yang penting kita berdua cukup makan tu saja abah.basikal tu tak penting.



abah : tak pa la rod abah faham maksud kamu.tapi kali ni abah nak kamu naik basikal ni pergi sekolah ok.abah dapat gaji lebih hari ni sebab tu boleh beli ambil lah rod ikhlas dari abah untuk anak abah. rod jangan risau ada lagi baki gaji abah cukup untuk kita berdua ok.



rod : (sambil memeluk ayahnya) mekasih sekali lagi abah...abah lah abah yang terbaik dalam dunia ni tanpa abah rod tidak sanggup hidup didunia ni selepas ketiadaan ibu. Abah banyak menolong rod (sambil tersenyum )abah lah ibu dan abah juga lah bapa. terima kasih abah sayang abah.mekasih yea abah belikan rod basikal baru tu cantik sangat rod suka :)

Abah : sama-sama rod.jangan sedih2 lagi yea,sok bawa basikal tu yea :)

rod : baik abah.sayang abah :)




hasil karya aku bila bosan huduh benor kan?


sekian selamat bercuti kengkawan :)

Sunday, January 30, 2011

Best la Mereka

Assalammualaikum and good morning to all reader :) sihat ka?Kalau sihat alhamdulilah amin :) apa sebab tajuk entry aku best la mereka kan? yey sebab pa terus ja baca the end entry ni dulu ok :) ok tadi aku bukak ja lappy aku dan terus aku on FB aku ok then aku tengok dekat sis heliza helmi fanpage kan fuh...dya ada bubuh pic busana jenama HELIZA HELMI by YASALMA huhu gila kau cantik seh ^_^ suka ja aku tengok ok cantik dress dya yg warna unggu tu :) like it ok tambah-tambah kak ija pakai sesuai ja hehehe ok nak tahu lebih lanjut pi dekat fanpage kak ija dan juga leh  tinjau kat blog tyastouch ada pic busana tu gak  dan kat blog tu juga korang leh buat tempahan makeup taw sapa nak tempah untuk wedding, tunang or dinner leh la contact-contact situ, cantik makeup dya serius tak caya? pergi ja tengok kat blog [ tyastouch ]

blog tu ada pic busana jenama sis ija :) tapi yang warna unggu punya tak ada la kalau nak tengok pi ja tengok dekat fanpage kak ija ok :). Dan paling aku teruja bila tengok fanpage kak ija pagi ni di fb adalah gathering sahabat blogger dan dapat berjumpa dengan kak heliza fuh best wey jumpa kak heliza tu nak gak aku ekekeke :P ok dah-dah aku berangan lebih lak kekeke ok nak tahu sapa pergi? ok korang leh terus tengok kat blog[ broframestone ] hehehe erk aku baru tengok kat blog broframestone aja la yang lain lum pasan lak nanti-nanti korang tengok la sendiri ok :P 0oh...tidak gila best gathering tu aku tengok yey jeluz jap hahaha :), ish gila hari ni sunyi sepi aku sorang duk kat ground floor ni oh...tidak napa opis aku dekat ground floor ni parah-parah semua student cuti so 0oh...tidak aku sengsorang lak eee...tak pa sok cuti terus sampai tahun baru cina yey so Mood nak cuti jejalan yey :) korang tahun baru cina plan nak gi mana?

Friday, January 28, 2011

bertanya itu lebih baik

salam hye semua ok dikala hujung minggu ni terasa lak nak post entry hehehe :) ok hari ni nak aku nak cerita pasal satu benda ni terjadi terutama pada kanak-kanak ketika masih bersekolah. Sekolah rendah terutamanya yer :) ok baiklah budak-budak sekolah rendah ni bagi yang tak banyak mulut,dan tak banyak cakap tu harus dibuang sifat itu Bukan apa mereka ni kalau tak tahu sesuatu mesti asyik diam dan tak bertanya kan? orang tua-tua kata kalau tak tanya sesat jalan kan? So bagi yang tak banyak mulut ni dya better mendiamkan diri sahaja. Ok tabiat kanak-kanak yang macam ni haruslah dibendung oleh ibu bapa kerana kalau tidak kelak anak-anak ni ketinggalan dari segi pembelajaraan atau kemunduran dalam pembelajaran mereka sebab dan 1 subjek tak berapa nak faham malu bertanya kawan malah pada kawan-kawan, sebab malu atau takut bertanya. So mulai saat kini ibu bapa harus memerhatikan atau memantau anak-anak mereka supaya perkara macam tu tak berlaku pada anak mereka. Kalau tak musnah pembelajaran anak-anak mereka kelak. Ibu bapa harus pantau juga di sekolah anak mereka dengan bertanyakan pada cikgu-cikgu sekolah perkembangan anak-anak ketika anak mereka berada disana. Perkara macam ni harus dibendung jangan membiarkan mereka kerap tidak banyak bertanya. Akibatnya ia akan hanyut suatu hari nanti. Seperti kata orang tua-tua 'Malu Bertanya Sesat Jalan' kan? Bukan kanak-kanak jua kalau kita yang dah dewasa ni pun jangan segan untuk bertanya jika ada masalah tak kira di office, di kuliah or dimana saja perjalanan kita mahu pergi jangan berat mulut untuk bertanya atau bongkah dan segan nak tanya orang ramai ok?

p/s : Jangan Sombong Untuk Bertanya kelak Sesat Jalan

Thursday, January 27, 2011

BEN ASHAARI BLOG

Yes abang ben buka lagi senarai blog list untuk blog dya yey seronok sebab nak join semalam uhuk :( server network office aku da problem la nk loading tu kemain lambat  pulak tu huhu..dah la nak cepat buat entry tu pastu nampak sangat tak sempat kan? So alhamdulilah rezeki aku la agamaknya hari ni sebab abang ben bukak balik yey best sangat :) so aku nak join gak tak kira hehehe so apa perlu aku wat untuk disenaraikan di blog abang Ben ni adalah :

  • Letakkan header BEN ASHAARI BLOG : ok Done
 

  • Tajuk : BEN ASHAARI BLOG ( Ok is also Done)

  • Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda : selalu 1 atau dua bergantung pada kerja aku kalau tak bz lebih atau kalau idea banyak ada la dua tiga entry aku,post sehingga kini 47 tahun ni ja.tahun lepas entry aku 109,aku masih baru dalam dunia blogging ni tak banyak post aku sebab idea aku ni tak curah-curah macam blog abang ben ngee :) termasuk yang ni 48 lah yea huhu

  •  Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI : ok sebabnya aku suka cara penulisan blog dya ni banyak ja idea melimpah-limpah dan abang ben ni banyak membantu blogger-blogger baru macam aku, abang ben ni banyak juga advice yang dya bagi dan terselit dekat entry blog dya tu :), selain tu aku nak gak promote blog aku melalui blog dya.

  • Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ? : 
 
 erk popular huhu kalau lah yea..aku nak promote blogger-blogger baru yang masih nak mula merangka  dalam dunia bloging  ni :) selain tu aku akan membantu serba sedikit untuk yang masih baru dan aku nak memperbagaikan setiap entry yang aku post :)




Patutkah mereka ini

Salam and hye semua...sihat? kalau sihat alhamdulilah syukran :) dipagi hari jumaat penghulu segala hari ni hehehe ok baiklah topik hari ni yang aku nak  kongsi dengan korang adalah...Pernah tak korang pergi jejalan tak kisah la pasar malam ka jalan dekat tepi-tepi jalan ka, kat area-area rumah korang ka,kat area bank ka,kan dan lain-lain tempat lah kan.Korang ada tak nampak orang duk minta sedekah? ya mesti ada kan? aku nak tanya cikit korang ada bagi? yea aku memang akan kasi duit untuk mereka tapi kan yang aku paling tak suka yang meminta duit itu menipu ceh memang aku tak suka...aku kenal muka korang ok.Ingat aku ni tak kenal ka korang huh? haish..lepas dari seminggu tak salah aku ada nampak orang yang minta sedekah tu kan yang kononnya buta? hey ko buta betul ka sesaja huh? leh pulak ko naik moto dan mata ko elok la plak? Hari tu ko minta sedekah siap pakai kopiah+spec hitam dan pegang tongkat? Lepas dari hari tu ko leh pula naik motor erk? ish geram ja aku kalau orang yang berpura-pura macam tu? Kalau korang geram tak? tapi haish sabar ja la macam-macam lak sekarang haish dunia 0h dunia adoi la..Kalau buta betul-betul kang baru tau..janganlah buat kerja macam tu, dosa ja taw tak baik..banyak lagi kerja yang boleh korang wat ok? bukan dengan cara tipu macam tu.Kalau betul tak pa la juga kan? Ni tak menipu ja kerja ko erk haish sabar ja la kalau ada macam tu lagi. Time aku nampak dya tu kan nak ja aku sound dya tapi haish malas dah aku dan time dekat public ni malas aku nak kecoh-kecoh hanya aku+mak aku+ Allah S.W.T ja yang tahu pasal orang tu ketika itu...abaikan ja la dya tu. Ada gak aku pi balik tempat dya duk minta sedekah tu, sah dah tak da,ada orang lain ja dya dah tiada disitu tu dah berlambak duit kot entah la aku pun pelik ada gak erk macam tu kan? apa la orang macam tu kan?


p/s: Meminta dengan cara itu dan menipu orang korang tak kan tenang di Dunia ni. Bawa la Bertaubat Allah S.W.T tahu apa anda buat

Wednesday, January 26, 2011

Nak Promosi jap

ok kengkawan semua selamat petang hehehe :) er tajuk entry aku kali adalah promotsi yea. promosi apa? yey promosi pasal kesukaan aku suka tengok 1 blog ni hehehe bukan apa aku teruja sebab diorang ni fotografi ok like it tengok semua pic-pic yang diorang ambik tu :) best ja taw..aku memang suka tengok orang ambik pic lawa-lawa teruja ok :) banyak blog yang ada pic-pic best yang aku suka tengok antaranya adalah blog GB blog BUKAN PHOTOGRAHER (aku rasa dya ni photograher la), blog BAINCARDIN ( FUH encik bain ni punya HDR terbaik pi la tengok erk) banyak lagi tak tersenarai aku hehehe bila masa plak aku nak jadi macam diaorang kan? O0h..kamera itu tidak dapat lagi beli sebab tengah runcing nak wat pilihan who can advice me about camera DSLR?Who?you+you+you? hahaha yey dah-dah aku berangan lebih-lebih lak hahahaha...tu gara-gara kamo kamera DSLR ;) tapi tak pa tunggu la ti aku pi cekau kamera tu hehehe :P ok baiklah banyak mengomel lak aku ni so terus pada promosi tu yerp..aku tetarik ngan promosi yang diorang buat tu taw suka sangat tapi haish lambat lagi aku mau tawin kehkeh :P ok buka wedding ja diorang ambik ok tapi engagement, potrait, kidilicious, convocation dan birthday party untuk kanak-kanak hehehe best w0o..tak caya nah tengok pic ni :)


sesiapa nak kawin moh la tempah ambik diorang ni jadi fotographer korang yey ;)


selain tu korang leh pergi terjah diorang punya blog   [ syadiehearty ] DAN bagi flickr lak klik ja dekat [ SINI ] paling tetarik dan menarik model diorang yang baru tu yes i kenal diorang waah...best jadi model kan er aku ni ketot tak sesuai hehehe :) suka tengok kak ita pose jadi model diaorang tu :) itulah kak ita cantik kan ? heh  apa nak gorat?no.no.no melepas korang sebab kak ita tu dah tawin ngee ;)


cantik-cantik tak? baju ditaja oleh Mawarwanis Boutique 
cantik kan suka ja aku tengok

Bermadu

salam and hye semua ok hari ni mood tak da idea apa nak update blog ni sebab mata aku ni kerja nak lelap aja entah pasal apa...haish,ok seperti tajuk enrty aku tu bermadu? Bermadu tu boleh bagi kaum lelaki, tapi mereka harus bijak dan matang pabila hendak bermadu ni,dan bersikap adil.Kalau tak huru hara jadinya so kalau rasa tak mampu jangan duk nak bermadu ok hahaha :P


Bermadu kena bijak, matang 


sumber  [ UTUSAN MALAYSIA ]


TERINGAT pesanan ibu, kalau rasa diri tidak 'bijak dan matang' maka jangan sesekali cuba untuk hidup bermadu.'Bijak dan matang' yang dikaitkan dengan bermadu itu membawa maksud cukup mendalam kerana bukan calang-calang wanita berjaya yang boleh menatang pesanan ini dengan sempurna.Sekali gus pesanan ini sebenarnya amaran untuk mana-mana wanita muda, janda atau balu supaya tidak mudah terpana dengan rayuan cinta suami orang sehingga terjebak ke alam hidup bermadu.



Jika telah ditakdirkan masih juga gagal untuk menghalang jodoh yang terlalu kuat untuk bermadu maka persiapkan diri dengan sebaik mungkin.Ini kerana sudah menjadi lumrah di dalam poligami, bukan sahaja antara isteri berlumba-lumba untuk menambat hati suami malah akan berdepan dengan tekanan berganda.
Kehidupan bermadu di zaman ini juga semakin kronik berbanding zaman dahulu memandangkan rata-rata wanita sebenarnya tidak bersedia.



Apatah lagi apabila 'bertemankan' suami yang dari perkahwinan pertamanya juga masih belum sempurna tetapi dengan tanpa rasa bersalah mahu membina perkahwinan yang seterusnya.Dunia yang pada mulanya disangka indah akhirnya mula dipenuhi dengan cabaran yang mula membuatkan kehidupan semakin menjadi haru-biru.Ada yang melakukan pelbagai usaha termasuk sanggup mendapatkan bantuan bomoh sehingga terjebak dengan perbuatan syirik.


Bagi yang tidak sabar pula, sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan termasuk mencederakan madu dan anak-anaknya tanpa ada perasaan belas kasihan.Ini termasuk kes terbaru yang mana hanya kerana perselisihan faham, seorang suri rumah sanggup menetak madunya dengan parang sehingga cedera di rumah mereka di Kampung Baru Sungai Korok, Kubang Pasu, Kedah pada 7 Januari lalu.Dalam pergaduhan kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Siti Aminah Hanafi, 50, yang juga isteri pertama, cedera di dahi, pipi dan tangan setelah ditetak madunya berusia 26 tahun.


Anak mangsa, Nurul Shuhada Saad, 16, turut cedera di kaki akibat terkena libasan parang itu ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.Peristiwa seperti ini sepatutnya membuka mata masyarakat Islam di negara ini supaya tidak memandang remeh isu ini walaupun hidup bermadu itu dihalalkan.Suami sebagai ketua keluarga sepatutnya menjalankan amanah menguruskan kesemua ahli keluarganya dengan sempurna dan jangan sampai mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah.Islam sudah meletakkan panduan bermadu dengan cukup sempurna tetapi sayangnya bukan sahaja suami bersikap 'lepas tangan' sebagai ketua keluarga tetapi gagal mendidik isteri.



Pensyarah Kaunseling dan Naib Setiausaha Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama), Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon berkata, hidup di alam poligami bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut kepada pengorbanan suami, isteri dan madu.''Bukan itu sahaja, ia akan memberi kesan kepada struktur keluarga seperti anak, ibu bapa, mertua dan yang berkaitan,'' katanya.Maka apabila aspek seperti emosi, kewangan, penjagaan anak, ahli keluarga dan kesihatan diri tidak dapat dikawal dengan baik, ia boleh mewujudkan konflik dan apabila tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan pergaduhan.



Hidup dalam tekanan memang sesuatu yang biasa bagi seorang isteri, apatah lagi bagi seorang madu. Ini kerana dalam bermadu lebih banyak hati yang perlu dijaga, termasuk hati sendiri.Perjalanan hidup keluarga wanita bermadu juga lebih kompleks. Tekanan juga tidak sama bagi setiap wanita.Sama ada bekerja atau seorang suri rumah, wanita bermadu mempunyai masalah tersendiri. Ada wanita yang lebih kuat dari wanita lain kerana setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza.Masalah timbul apabila emosi tidak dapat dikawal kerana tekanan yang tinggi. Kebiasaannya, tekanan yang dihadapi oleh wanita bermadu memang lebih. Apa yang lebih penting ialah mencari jalan untuk mengurus tekanan.



Sehubungan itu, kata Sapora, langkah yang perlu diambil oleh wanita yang hidup bermadu khususnya bagi menyesuaikan suasana kehidupan setelah sebahagian kebahagiannya selama ini dirampas oleh wanita lain."Ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia bukan sahaja melibatkan soal hati, tetapi perkara-perkara lain seperti kewangan dan hak," jelasnya.Antara langkah yang boleh diambil ialah menerima takdir dan menganggap bahawa ia sebahagian daripada kehidupan yang perlu dilalui. Perbaiki kerosakan yang dideritai hati akibat takdir ini.



''Fokuskan kerja-kerja memperbaiki kelemahan diri dan memahami suara hati antara sesama isteri,'' katanya.Pegangan agama mesti menjadi kekuatan antara mereka. Peranan suami sebagai pemimpin diharapkan boleh menyelesaikan kemelut dan konflik dengan terapi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.Jika mana-mana ahli tidak dapat menyesuaikan diri dalam hidup bermadu, keadaan menjadi sukar.Tujuan perkahwinan di antara seorang mukmin dan mukminah adalah untuk menguatkan iman, memudahkan kerja-kerja ibadah kepada Allah SWT dan menyucikan keperibadian, di samping menurunkan zuriat yang soleh.



Apabila suami turut mempunyai iman yang lemah, isteri mesti memiliki kemampuan sendiri untuk menciptakan suasana harmoni, meletakkan segala-galanya atas kuasa Allah SWT dan berusaha berdiri di atas kaki sendiri.

link tak dapat kesan

ok baiklah thanks pada korang yg baca entry yang ni [ FIRST TIME PAKAI ] hoho patut la korang kata pasal link tu hehehe maaf erk aku blur sebab tadi ada problem bila nak share link aku aku dekat blogger tercinta dan kelab blogger huhu...sampai sekarang tak jumpa penyelesaiannya aduss entah mengapa...biarkan,abaikan aku malas nak fikir pening da...ok baik lah korang leh tgk link tu dekat  Catriona klik ja kat nama tu or korang leh tengok dekat entry yang tadi balik aku dah ubah dan buang pic tu hahaha ada sebab aku buang pic tu sebab gara-gara tak leh share link kat kelab blogger dan blogger tercinta :( jom tengok lain first time pakai ok thanks pada yang membaca entry tu tadi :)

Tuesday, January 25, 2011

Sesiapa leh ajar?

Photobucket

penat la memikirnya..


macam mana nak buat kalau,bila nak post link di fb dekat kelab blogger ka blogger tercinta ka dan lain-lain kan?



tapi bila share link blog jadi macam ni ok aku bagi tunjuk kat korang 



hope korang leh bantu aku yang tetiba blank nak fikir macam mana nak buat


contoh sebelum nak post dekat blogger tercinta


lepas dah buh link blog


dan-dan kenapa dya tulis camtu lepas bubuh link tu erk?dan setengah orang tak leh bukak link tu erk aku pun dah pening ni korang leh bantu tak aku ni?



tolong...........aku dah tak reti pening dah memikirnya dari tadi...habis semua orang aku tanya setengah suh tukar settings setengah kata tak taw camna ni erk aku mula blank...kosong semuanya uhuk 



 HELP ME WHAT CAN I DO NOW!!!


Photobucket


OTAK AKU DAH BLANK MEMIKIRKANNYA WAA...

bila first time pakai

Salam hye semua ok baik lah topik or isu pagi ni yang aku nak tanya dan berkongsi pengalaman eceh hoho :) ok seperti tajuk entry aku tu bila first time pakai? yeah pakai apa? hehehe pakai tudung la. Ok korang terutama perempuan bila first time korang pakai tudung? Ok aku start pakai tudung masa aku darjah 5.Mungkin aku dapat hidayah time tu dah kot dan salah satu sebabnya juga aku ada rapat gan seorang ustazah sekolah ak tu, macam-macam dya bercerita seronok ja aku dengar dulu. Dia cerita pasal ilmu agama best ja..tapi part pakai tudung tu pernah gak disentuh time pelajaran agam islam,masa tu aku darjah 1 lagi. Tapi hati aku tak tergerak pon time tu nak pakai tudung..sampai la time aku darjah 5 mybe aku dapat hidayah untuk pakai tudung  dan tergerak serta diseru untuk pakai tudung huhu...Dan dari start darjah 5 tu hingga lah sekarang aku pakai tudung....hehehe :) Ok bagi aku pemakaian tudung ini tidaklah boleh dipaksa untuk seseorang tu nak pakai tudung,mungkin hati diorang tak tergerak or tak dapat hidayah dari Allah S.W.T lagi..tak pa jangan memaksa seseorang tu untuk pakai tudung biar dia sendiri yang tentukan bila dia akan pakai, jika memaksa ia akan dan diorang memakai didepan kita saja then lepas tu tak itu dah tambah dosa plak kan? baik jangan dipaksa biar mereka sendiri yang memikirkan bila mereka akan pakai ya tak? Benda-benda macam ni janganlah terlalu memaksa mereka...bila pintu hati mereka terbuka untuk pakai tudung diaorang akan pakai kan? hehehe :) tapi dah banyak gak aku tengok sekarang memakai tudung,contoh terdekat artis korang kenal Farah brip-brip AF tu? yey dia pun sekarang dah pakai tudung alhamdulilah, dan bukan itu aja  selain tu Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross? kenal?dia pun baru ja pakai tudung tak caya korang leh KLIK ja [ Terjah Sini ] leh baca pengalaman dya first time pakai camna. Yang lain lagi macam anne bekas dj radio hot fm tu? kenal kan? dia pun sekarang dah pakai tudung alhamdulilah,mereka dah pun dapat hidayah untuk memakai tudung good like it comel ja kan-kan diorang pakai tudung :) er tapi aku hanya dapat pengalaman Catriona ja huhu..yang farah dan anne tu tak dapat lak ekekeke tak pa korang leh baca pengalaman dari Catriona tu erk huhu...

p/s : Jangan pula korang kalau nak pakai tudung just nak menunjuk-nujuk ok tak baik...biar pakai tudung kerana Allah S.W.T dengan niat yang suci lagi ikhlas.




Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli

orite dikala aku dh nak pulang kerja ni sempat lagi nak join bloglist  [ syafiq rosli ] hehehehe so moh ler kengkawan kita join jom-jom...blog dya ni kan aku rasa bakal jadi blog macam abang ben huhu...letop ja blog dya ni hehehe :) sebab nak join bloglist dya pon senang hoho :)

header blog dya :)

ok for info encik syafiq eceh den ni perempuan :) ok done :)

Monday, January 24, 2011

Buang khurafat!!

Salam and hye semua...ok seperti tajuk entry aku buang khurafat tu kan ok mesti korang tertanya khurafat apa kan? tapi ni bukan cerita movie khurafat tu erk hahaha :) yeah ni buang khurafat  tentang tanam uri? tadi aku ada terbaca something pasal tanam uri ni kt on9 metro,benda ni pun dah lama aku duk fikir nak tanya mak aku tapi tak kesampaian hoho...musykil gak pasal benda camni...korang pernah terfikir tak pasal tanam uri ni? Aku kekadang tu pelik salah ka lambat tanam?kemusykilan aku terjawab sudah hehehe sebab ada orang tanya dekat metro on9 berbunyi lebih kurang macam ni: 
SAYA mempunyai kemusykilan berkenaan hukum menanam uri. Adakah ada kesan kesihatan kepada bayi sekiranya melambat-lambatkan proses menanam uri?


Jawapan: 

TIADA hukum khusus yang berkaitan dengan menanam uri bayi. Apa yang sebaik anda lakukan adalah uri itu hendaklah dibersihkan dan seterusnya ditanam. 

Secara umumnya, ia bertujuan bagi mengelak binatang dari memakannya atau mengelak dari ia berbau busuk. Ia tidak ada kena mengena dengan kemudaratan atau kesihatan bagi bayi anda.

Begitu juga dengan mengasapkan tempat uri ditanam, tiada alasan yang benar dan sandaran hukum untuk berbuat demikian.

Sunday, January 23, 2011

'mydemcomic dialog contest'

yess...harini aku nak join contest dari someone blogger ni...aku dapat taw pasal contest ni pon dekat blog akak yana hehehe :) rasa macam nak join so aku memang nak join...hoho...nak taw contest pa jom terjah blog [ mimizuzuhaha ] yeah..time aku dah naik merapu dah ni :)

 ni header blog dya...suka auww..kartun-kartun ni ngee :)


yang ni dialog yang aku pertaruhkan haha...merapu sungguh eh aku ni..sepatutnya dreamworks..tapi dya buh drillworks auww kreatif la blogger tu like it
[nak baca sila klik image ok ;)]

kena tag..aku main rembat ja pilih untuk  tag






Kejuaraan miliknya jua

Salam and hye semua dah makan ke belum ni? ok moh le kita tengok kemenangan Datuk Lee Chog Wei ni...yeah suka sebab dah menang hehehe :) salut samanya dan...ada plak Datuk Misbun Sidek heehhe :) kejuaraan itu untuk datuk misbun sidek gak sebab pa? jom baca dulu :)





Kejuaraan untuk Misbun

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei terlalu hebat untuk ditandingi Taufik Hidayat dan keunggulan jaguh No. 1 dunia itu melayakkannya menjuarai badminton Terbuka Malaysia kali ketujuh semalam.

Malah, Taufik mengakui Chong Wei terlalu bagus sehingga membenarkannya merapatkan jurang mata di set kedua, hanya kerana mahu menjaga air mukanya, memandangkan mereka berdua adalah rakan baik. Chong Wei menang 21-8, 21-17 hanya dalam masa 37 minit.

"Saya rasa dalam set kedua, Chong Wei hanya bagi peluang kepada saya. Jurang mata di antara kami terlalu besar, dia mungkin mahu menjaga air muka saya, kerana kami kawan baik.

"Saya memang tidak punya sebarang alasan atas kekalahan ini, Chong Wei jauh lebih baik daripada saya hari ini, dia terlalu bagus dan berhak menang," kata Taufik, yang ketinggalan 8-18 di set kedua sebelum mengejar untuk kedudukan 17-18.

Sejak muncul juara pada 2004, jaguh No. 1 dunia itu hanya sekali terlucut gelaran Terbuka Malaysia pada 2007, yang dimenangi bintang Denmark, Peter Hoeg Gade. Namun, selebihnya dia menguasai saingan pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011.

Ketika krisis jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek belum berkesudahan, Chong Wei membuktikan kekentalan mentalnya tidak mampu diganggu isu luar gelanggang. Ini adalah kejuaraan keduanya sejak isu peletakan jawatan Misbun pada 1 Januari lalu.

Kejuaraan semalam mungkin hadiah terbaik buat Misbun, yang setia menemaninya dari tepi gelanggang pada kejohanan di sini.

Lebih menggembirakan, isu Misbun mula menunjukkan tanda positif, apabila jurulatih itu menunjukkan 'isyarat positif' ketika ditanya wartawan mengenai keputusan BAM, semalam yang memberikan mandat kepada Presidennya, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh untuk menyelesaikan kemelut Misbun.

Kemenangan semalam bukan saja membolehkan Chong Wei membawa pulang hadiah AS$$30,000 (RM96,000) tetapi menghampiri rekod legenda badminton negara, Wong Peng Soon, yang memenangi lapan kejuaraan.

Peng Soon, yang ketika itu mewakili Malaya muncul juara perseorangan lelaki pada 1940, 1941, 1947, 1949, 1950, 1951, 1952 dan 1953.

"Saya gembira dapat mempertahankan kejuaraan dan memenangi gelaran buat kali ketujuh. Selepas semua pemain Malaysia kalah, saya sedar sebagai wakil tunggal negara yang masih meneruskan cabaran, harapan yang diletakkan kepada saya amat tinggi.

"Saya tidak mahukan keputusan yang tidak baik, saya hanya mahu kemenangan untuk menggembirakan penyokong. Jurulatih saya (Misbun) meninggalkan pesan kepada saya supaya bekerja lebih keras jika mahu menang, berdepan ribuan penyokong yang amat mengharapkan kemenangan daripada saya bukan situasi yang mudah," kata Chong Wei.



Friday, January 21, 2011

macam mana nak ubah!!

ditanya oleh seorang teman...


macam mana mahu ubah...


ubah apa?


mengubah sesorang..



Bab ubah seseorang ni susah ok


korang reti?


aku tak mampu untuk ubah seseorang itu...


hanya dirinya sendiri dapat ubah...


Ditanya lagi padaku 'macam mana nak ubah perangainya itu'?


seperti aku kata memang susah nak ubah perangai manusia ni..


yang penting pendirian diorang..


ya aku mengaku kalau salah kita tegur..tapi nak wat macam mana?


nak tegur salah tak tegur salah..


kawan aku jadi pening memikirkan tentang adiknya yang suka sesama jenis..


tapi adiknya itu perempuan



korang faham kan?

macam mana nak ubah?Full stop aku pon jadi pening dengan member aku



asyik tanya aku cmna nak ubah perangai cmtu?


jangan tanya lagi aku....i dont no ok..

korang leh jawab tak?



aku tanya korang la...haish aku pening....tolong jawab jap erk


Photobucket







Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG


Kali ni abang ben ada wat satu segmen..iaitu JOM GEGAR BLOG, Aku terlepas pandang lak segmen ni huhu..gara-gara sever network kat opis ni aduss down plak server dya time lunch..nasib lepas tu dah ok aku pon ambik perluang ni nak join segmen abang ben kita ni ahakz..sebabnya dah tak taw nak wat pa huhu..agak lewat aku join...terlepas flight hahaha :P so pada sesapa yg nak join jom la join ngee :D klik ja kat nama   [ BEN ASHAARI ] Tu  ok  Let join :)

Ulat berleluasa

Salam and hye semua..sihat ka? ehem haish dah dua hari aku tak buka blog ni..tetiba rasa macam dah bersawang hahaha :P ni gara-gara cuti 2 hari kehkeh :) penat tak abis lagi akibat dari angkat barang nak pindah uhuk penat tak terhingga...adess..sabar ja la...orite hari ni seperti tajuk entry aku ulat berleluasa? ulat tiket ok huhu, diorang ni tak habis-habis kan..menci betul...tahu tak kak aku nak balik cuti tahun baru Cina ni kan tiket balik dari Penang ke JB dulu RM 55 sekarang tau berapa? RM 65 hinggit haish macam-macam, bapa dabak la dya naik ni angkara ulat tiket la ni kalau tak salah aku macam-macam kan sekarang...semuanya makin  naik kan? Macam mana la nak banteras mereka ni erk?

Ulat tiket masih berleluasa



KUALA LUMPUR: Biarpun sudah beberapa kali diserbu, kegiatan ulat tiket masih berleluasa seolah-olah mencabar arahan pihak berkuasa supaya menghentikan aktiviti penjualan tiket di luar kaunter.
Tinjauan Harian Metro di Terminal Bas Sementara, Bukit Jalil dekat sini, mendapati lebih 15 individu dipercayai ulat tiket berusaha mendekati dan memujuk orang ramai supaya membeli tiket mereka dengan pelbagai alasan bagi meyakinkan penumpang tiket dijual adalah tulen.

Keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai kerana tidak bebas memilih bas yang mahu dinaiki sebaliknya dipaksa ulat tiket berkenaan yang mengekori sejauh 250 meter daripada pintu masuk terminal itu.
Beberapa ulat tiket turut mengawal kawasan tepi jalan berhampiran susur masuk ke terminal dengan menahan kereta yang lalu di situ dipercayai untuk memancing pelanggan.

Tidak cukup dengan itu, mereka menunggu kereta yang berhenti dan mengetuk cermin tingkap untuk bertanya pemandu destinasi dituju dan menawarkan tiket selain membantu mengangkat beg penumpang sebagai 'khidmat tambahan'.

Dengan menggunakan walkie talkie, mereka berhubung dengan rakan di dalam terminal bagi memaklumkan sudah mendapatkan penumpang. Kebanyakan penumpang menjadi mangsa terdiri daripada wanita dan warga emas yang ditawarkan tiket tanpa perlu bersusah payah ke kaunter di terminal itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman berkata, pihaknya menjalankan pemantauan harian di terminal berkenaan berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan ulat tiket termasuk menempatkan anggota berpakaian preman.
“Kami akan meningkatkan pemantauan bagi membanteras kegiatan berkenaan dan berharap orang ramai akan membuat laporan sekiranya terus diganggu ulat ini,” katanya.

Tuesday, January 18, 2011

Anime yang Best..

 Ramai kengkawan tanya header ko tu cerita apa tak nah tengok pon? er tak nah tengok ka? aduss meh aku bagi sinopsis tentang cerita tu ok ;) aku peminat setia cerita tu...ngek macam [budak-budak aku ni]



Anime ini berkisah tentang petualangan seorang gadis kecil yang bersekolah di SD Tomoeda bernama Kinomoto Sakura.Suatu ketika saat sedang membersihkan rumahnya ia menemukan sebuah buku. Pada waktu ia membuka buku itu ternyata ia telah melepaskan kartu-kartu yang disebut kartu Clow. Kartu-kartu Clow tersebut mempunyai kekuatan magis yang dapat mengganggu bahkan membahayakan manusia.

Buku Clow itu sendiri sebenarnya dijaga oleh Cerberus, mahluk berbentuk macan yang tergambar di sampul buku itu. Namun Cerberus rupanya tertidur sehingga semua kartu itu bisa lolos. Untuk dapat mengumpulkan kembali kartu-kartu Clow itu, Cerberus (belakangan dipanggil Kero oleh Sakura) kemudian menunjuk Sakura untuk menjadi penangkap kartu. Sejak itu dimulailah petualangan Sakura mengumpulkan kartu.

Pada suatu malam, ketika Sakura sedang terbang dengan menggunakan The Fly, ada seorang gadis yang mengabadikan kejadian itu dengan handy cam-nya. Dia adalah Daidouji Tomoyo, teman sekelas Sakura. Setelah kejadian itu, Tomoyo selalu ikut serta dalam setiap aksi Sakura untuk merekam semua kejadian dan Tomoyo-lah yang menyediakan dan mendesain semua kostum yang dipakai oleh Sakura saat menangkap kartu.

Cerita semakin menarik dengan kedatangan murid-murid baru ke SD Tomoeda. Salah seorang murid itu adalah Li Shaoran yang ternyata juga punya "misi" yang sama dengan Sakura, yaitu menangkap kartu Clow. Li Meilin, saudara Shaoran pun ikut datang untuk membantu Shaoran. Lalu ada seorang lagi murid baru yaitu Hiragizawa Eriol, yang ternyata adalah reinkarnasi dari Clow Reed, sang pencipta kartu.


Tentang karektor pulak

Sakura adalah seorang gadis kecil yang tinggal bersama ayah dan kakak laki-lakinya. Ibunya telah meninggal ketika ia lahir. Sakura adalah anak yang ceria dan rajin. Suatu hari ia sedang membersihkan gudang dan secara tidak sengaja melepaskan kartu Clow.


Shaoran adalah murid pindahan dari negeri Cina. Ia datang ke Jepun untuk menangkap kartu-kartu Clow yang secara tidak sengaja telah dilepaskan oleh Sakura.



Tomoyo adalah saudara sepupu Sakura. Ia adalah putri keturunan keluarga Daidouji yang kaya raya. Ibu Tomoyo adalah saudara kandung dari ibu Sakura. Tomoyo adalah satu-satunya orang yang mengetahui kegiatan Sakura sebagai card captor dan sangat mengagumi Sakura. Ia selalu membuatkan kostum bagi Sakura dalam setiap petualangannya dan selalu mengabadikannya dengan handycam.



Kero adalah penjaga buku kartu Clow. Ia adalah lambang kepala harimau yang ada di sampul buku itu. Ia tertidur sehingga ketika Sakura tidak sengaja membuka buku itu, semua kartu Clow yang ada di dalamnya terbang keluar. Kero muncul dalam wujud macan kecil bersayap seperti boneka bila sedang tidak dalam wujud aslinya.




Kakak Sakura [ yang rambut koko] ini mempunyai sifat sister-complex di mana ia sangat protektif terhadap adik kesayangannya itu. Touya sebenarnya mempunyai kemampuan untuk melihat hal-hal yang tidak bisa dilihat oleh manusia biasa tetapi ia jarang mengatakannya kepada orang lain.



Yukito adalah sahabat Touya dan merupakan "idola" Sakura. Sakura sangat menyukai Yukito dan selalu berusaha menarik perhatiannya. Identitas asli Yukito adalah Yue, mahluk penjaga buku Clow sama seperti Kero. Dalam wujud Yukito, ia lupa apa yang telah dilakukan oleh Yue dan dalam wujud Yukito ia adalah seseorang yang mempunyai nafsu makan yang besar dan jago memanah.


ok dah abis cerita hoho :) aku suka drawing anime ni like it.. ;) comel w0o..hehehe

Monday, January 17, 2011

Red Carpet

Jom tengok fesyen baju orang luar negara time Red Carpet [ Golden Globe Awards] Let See there fesyen ;) macam-macam la pereka fesyen luar negara ni buat hoho :)


Angelina Jolie

Julia Stiles


 Helena Bonham Carter



 Lea Michele



  Kaley Cuoco



 Jennifer Lawrence



 Jenna Ushkowitz



 Jessalyn Gilsig



Sandra Bullock

 

Nicole Kidman



 Scarlett Johansson



Natalie Portman


Julianne Hough

Christina Hendricks




Leighton Meester


rekaan mana yang korang rasa is ok and nice? :) aku suka yang  Leighton Meester & Angelina Jolie punya baju hehehe sebab aku suka tengok fesyen lengan panjang :) sebenarnya ada banyak lagi fesyen baju ni...tapi adess aku malas dh sebab nak pergi makan ;) jom pergi makan lapar...korang dah makan lum ni

Win Calendar 2017 Frame in Blogger Contest Giveaway

ANYONE like to join?  This Blogger Contest Giveaway? ora adzlin  Let join it guest 😎 Win Calendar 2017 Frame so awesome ...