Thursday, March 31, 2011

Tahfiz AL QURAN


SALAH satu program Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) peringkat kebangsaan dan bersifat tahunan adalah Majlis Menghafaz al-Quran. Pada tahun ini ia akan diadakan di Kuantan, Pahang bermula pada 4 hingga 8 April ini.Tahun ini merupakan kali ke-32 majlis itu dianjurkan yang mana ia telah melahirkan ramai juara menghafaz al-Quran.Secara telusnya, peserta yang mewakili setiap negeri telah melalui proses pemilihan bermula dari peringkat daerah. 


Seterusnya pihak jabatan agama negeri akan melakukan ujian saringan dan jika ramai peserta yang mendaftar ujian saringan kedua akan diadakan sebelum diuji pada ujian terakhir.Peserta dalam menghafaz ini perlu menghafaz al-Quran dan mengingatinya dengan baik. Ini kerana mereka dikehendaki menjawab dengan membaca ayat al-Quran secara hafazan tanpa melihat mushaf mengikut tempoh yang ditetapkan.Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mendekatkan masyarakat Islam dengan al-Quran dan mencintai kitab suci itu.


Di saat kemajuan teknologi dan globalisasi yang mencabar ketika ini, masyarakat Islam amat digalakkan mengikutinya tanpa mengabai al-Quran dengan menjadikan bacaannya rutin harian.Sesungguhnya ramai yang terpegun apabila melihat peserta mampu menjawab keseluruhan soalan tanpa kesalahan.Setiap tahun kualiti peserta juga meningkat dengan mereka mampu mempersembahkan hafalan dengan alunan suara mengikut seni tarannum al-Quran.Secara positifnya, paradigma pemikiran telah berlaku dalam masyarakat tentang menghafaz al-Quran. 


Satu masa dahulu jika disebut menghafaz al-Quran terbayang kepada kita orang yang menghafaz al-Quran itu adalah buta, tua, nakal atau yang tidak lulus dalam persekolahan.Namun ketika ini, ibu bapa berlumba-lumba mendaftar anak mereka yang lulus dengan baik dalam peperiksaan di pusat tahfiz al-Quran.Lebih menarik, terdapat pusat tahfiz yang menggabungkan hafalan al-Quran dengan aliran sains.Menghafaz al-Quran adalah satu tugas yang amat berat dan susah. Untuk merealisasikannya, penghafal al-Quran mestilah mempunyai minat yang tinggi, menghafaz dengan ikhlas hanya kepada Allah, disiplin masa dan istiqamah.


Semua ciri tersebut memungkinkan mereka mengingati al-Quran.Kesusahan menghafaz al-Quran hanya bersifat sementara iaitu di peringkat permulaan.Apabila sudah mempunyai pengalaman, mereka mampu menghafalnya dengan mudah dalam tempoh yang singkat.Menurut Tafsir Jalalain, kehebatan al-Quran dan kecanggihannya adalah ia merupakan satu-satunya kitab samawi yang dihafal.Ini tidak berlaku pada kitab taurat, injil atau zabur. Allah SWT telah memberi satu jaminan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al-Quran untuk peringatan dan pengajaran maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (al-Qamar: 22)




perlu mengajar kanak-kanak daRi kecik lagi bab-bab tahfiz AL QURAN NI 

50 BLOGLIST BLOGGER BERSAMA AIM DAN MIA

Assalammualikum dan morning semua huh pagi ni tak da idea nak buat A.K.A aku ngah serabut pala tapi nak update gak blog takut usang dan bersawang haha dalam tak da idea tu tetiba teringat 1 segmen ni so aku  nak join 50 BLOGLIST BLOGGER BERSAMA AIM DAN MIA, hehe nasib ingat lagi segmen ni huhu ampa kenal tak sapa AIM DAN MIA tu? haha meh sini ni la pemiliknya



 ni la aim&mia [comey mia kan?] huhu 


kenapa harus ampa join? huh sebab banyak maafaatnya nak taw apa?


  • 50 blog terpilih akan dimasukkan kedalam sistem Auto Ping di fan page Kindofsoul
  • 20 blog terpilih akan direview bersama post-post terpilih
  • 50 blog akan dikomen untuk kelihatan lebih mesra pembaca
  • Setiap entry baru akan disertakan sekali salah satu blog terpilih selama sebulan ( 1 blog= 1 entry)
  • Membantu memperkenalkan blog anda dan seorang follower anda kepada blogger lain


bagus si aim ni nak buat segmen cmni huhu ni kira support blogger-blogger lain la gak so jangan lupa join 



aku nak tag




blog yang aku nak review adalah






aku nak review blog yousof ni huh kenapa?sebab minat tengok header dya hehe comel sungguh kartun tu erk-erk dulu header dya lain tapi sekarang lain ini pun lawa hehe suka cara penulisan blog dya yang kononnya humble tapi best menyelit-yelit pelbagai benda positif dalam entrynya hehe tengok ja header dya masih ada plan B huh macam-macam plan lah dya ada nk buat entry dya sebenarnya hehe tak caya pergi la jeguk blog dya yea,1 lagi yang menarik blog dya ni aku suka tengok animation yang diselit dalam blog dya dan juga suka baca entry berkenaan pic yang dya tembak di taman bonda ibunya hehe taman apa?taman orkid ok,lawa dya snap pic bunga tu like ok.nak taw apa best blog dya lagi pergi la jeguk yea huhu

sweet kalau ada ni

assalammualikum dan hye all readers, sweet kalau ada ini? apakah?huhu sebenarnya ada ditanya oleh kawan aku pasal benda ni nak taw apa yang sweet? haha.dya tanya aku jeles betul aku tengok orang yang ada lesung pipit ni huh haha,ingat apa la yang dya jeles tu huh adess la,tapi memang serius aku pun suka tengok orang yang ada lesung pipit ni huhu lain dari yang lain kira sapa yang ada tu kira untung dan unik!! la.


banyak juga member-member aku yang ada lesung pipit ni,suka sangat tengok T____T wuwu aku tak da huhu kira mereka ni meruntung sesangat sebab dianugerahkan lesung pipit yang menambahkan kesweetan mereka itu huhu serius dulu pernah jeles tengok orang ada lesung pipit ni tapi sekarang terima seadannya apa yang ada sekarang huhu


Apa-apa pun terimalah seadaanya kurniaan yang diberikan olehNYA. Banyak gak blogger aku tengok ada lesung pipit nak taw siapa blogger itu huh meh-meh ni kira aku review sekali la blog diorang huhu syiok ada lesung pipit kot hehe antara blogger yang ada lesung pipit jom terjah huhu








erk-erk banyak kot yang ada lesung pipit hehe tapi aku review sebab memang nampak sangat lesung pipit lepa ni hehe, yang laki ada ka lesung pipit? huh jangan tak taw ada la sapa? erk sengan nak review bahaha :)




Wednesday, March 30, 2011

budak hyperaktif part 1

Assalammualikum dan selamat tengahari  semua,huh hari ni nak cerita pasal budak hyperaktif ok. Budak hyperaktif ni sebenarnya boleh dibendung taw jangan ingat tak boleh ok!!KANAK-KANAK lasak, sukar duduk diam dan tidak memberi tumpuan termasuk mengikuti arahan ibu bapa sering dilabel sebagai nakal. Malah kebanyakan ibu bapa menganggap masalah itu akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka. Di sebalik kenakalan itu berkemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar.


budak terlebih aktif jangan jadi macam ni huhu [ kredit to google ]



penyakit ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif.


1. Kekurangan tumpuan perhatian.

Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.


2. Mengikut dorongan hati

Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan.


3. Berkelakuan terlalu aktif.

Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif. Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak prasekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan.


Bagaimanapun,ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal.Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.

Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekali gus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD.

Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.


Bagaimana mengenali kanak-kanak ADHD?

Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi arahan. Malah,jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif
mereka.

Apabila dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran keranamereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan berbahaya.

Bagaimana menangani masalah kanak-kanak ADHD?

Fungsi ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk menghadapi masalah seumpama itu.Lazimnya,pemeriksaan urat saraf di kalangan sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktif selalunya tidak menunjukkan sebarang gangguan.

Malah, di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami kerosakan otak, sebahagian besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktif. Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi. Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan urat saraf atau
tahap ciri elemen plumbun yang tinggi dalam darah. 

Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihatkan mereka tidak mengulangi perbuatan itu tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji.



tunggu ada lagi untuk part 2 ok!!maaf la panjang lebar lak entry hehe

Nak join Si Cantik

yey sapa si cantik? kenapa nak join?haha


nak taw siapa si cantik? ala tak taw ka?nak taw ka?haha


ala-ala yang header yang ni



huh ini la si cantik tu akak Khumaera Ismail a.k.a Habibi Hamid 



 sapa yang tak kenai kan akak ni? semua kenai kot kan-kan?


huh aku nak serta tersenarai blog aku ni dalam bloglist blog akak Khumaera ni huhu



sesaja nak menjoinkan diri dan tersenarai gak bahaha




akak khumaera pun dah follow aku alamak terharu T___T




akak khumaera follow aku yey seronok habis bahaha


 
tapi-tapi aku ingat-ingat lupa sama ada aku dah follow atau pun tak la huhu dan-dan aku pi follow akak  khumaera hehehe


nak join? senang ja nak taw? AKAK KHUMAERA


Tuesday, March 29, 2011

siapa suh pakai?

Assalammualikum dan hye semua haha tak taw nak buat apa so tetiba aku teringat kisah kawan aku ni nak taw apa?haha tapi benda ni aku nak nasihat ja la bukan apa untuk diri sendiri gak la huhu,time aku dan member aku pergi jejalan kat Mall ni member aku tu pakai kasut tinggi berapa punya tinggi huhu nak taw tinggi camna?macam ini


tinggi macam ni ok!! aku tak mampu pakai macam ni kalau pi mall jenuh lenguh miahaha



aku lebih suka pakai plat shoes saja ia lebih selamat dan senang nak berjalan tu bagi pendapat aku la kan, 1 lagi bukan apa aku ni penakut habis sebab dulu ada 1 kes pasal heel shoes kat atas ni jadi pedoman dan tauladan kot kat aku masa aku kecik darjah 5 or 6 kalau tak salah,kisah apa? kisah ada sorang akak gila cun dan pakai la heel shoes macam pic kat atas tu,entah kemana hilang dan melayang fikirannya sampai ada satu longkang bertutup yang lebih kurang macam ni




akak tu leh pulak tak perasan dya tengok apa pun tak taw sekali terkecek heel shoes dya dekat penutup longkang tu ok! aku biasa la kecik-kecik dulu main gelak habis dekat akak tu tapi sian la aku tengok. Bagi aku nak pakai heel shoes macam tu boleh la sapa kata tak boleh? ok apa tapi kena selalu-selalu la pakai dan berhati-hati ketika berjalan menggunakan heel shoes itu ok? bukan apa takut jadi kes macam akak tu ok! semua perempuan minat kot pakai kasut macam tu tapi aku? tidak sama sekali lebih better pakai macam ni



erk aku suka pakai wedge shoes macam ni ja atau yang bertali dibelakang kasut tu hehe tu pun kalau ada kenduri or event ja tapi tak la colorful ye kehkeh 


story pasal kawan aku tu masa pi mall tu dia nak tukar heel shoes macam pic yang first tu,  katanya lenguh pakai kasut tu tapi maaf la noh size kita dua tak sama tak leh nak tukaq bahaha lalu terus pi beli sandal untuk dipakai untuk balik kehkeh


p/s : Kalau rasa tak mampu pakai macam tu janganlah pakai tapi yang suka pakai tu berhati-hati lah ye pesanan ini juga untuk diri sendiri juga!!ikut keselesaan kita kan-kan?ok ingat tu na

Monday, March 28, 2011

Lebih suka mendiam Dari?

Assalammualikum dan pagi semua hehe ok pagi ni aku nak cerita pasal 


'lebih suka mendiam dari?'


Dari apa ni? huh dari berkata-kata,aku lebih suka diam dari berceloteh atau lebih senang nak sebut mulut berpot-pet memanjang hehe aku tak reti la haha. Aku lebih suka mendengar dari bercakap banyak huhu siapa yang kenal aku mesti taw aku macam mana ok..jangan anggap aku ni sombong lak yea wuwu T___T aku lebih suka diam dari cakap banyak.


Sebenarnya aku lebih suka mendengar dan memahami ketika orang bercakap yang sebenarnya, jangan salah anggap dengan aku pula la kalau aku tak banyak mulut na sebab aku memang lah tak berapa reti nak bercakap banyak haha sila percaya ok. Pernah satu ketika dulu kawan-kawan aku tanya macam ni



kawan aku : oit awat hang senyap ja? ada masalah ka?


aku : sambil senyum-senyum mana ada awat kenapa?


kawan aku: ya la orang lain duk sibuk-sibuk borak ang senyap ja tu tanya.


aku : owh...syok dengar ampa duk buat lawak aku suka dengar.sampai sakit perut da duk dengar ampa buat lawak aku asyik duk gelak ja dari tadi haha.


kawan aku : lol ya ka bagus la ang ni tak banyak mulut macam kami semua ni,hinggaq 1 kelas leh kata semua tempat kat sekolah ni hinggaq la hoho


aku : ha tu la sampai aku sekali kena tempihnya bila ampa duk buat hinggaq hahaha


kawan aku :haha tu la tak pa kita hinggaq bukan ganggu sapa-sapa punya hal kita buat hal kita ja kan-kan?


aku :haha ya la tu nanti aku la yang kena jawab nanti sebab apa duk hinggaq miahaha sabar ja la


kawan aku : relax la wey ala cikgu pun taw hang tak hinggaq huhu relax la ang banyak kawan leh support hang ang kan banyak kawan yang leh tolong kalau ada problem kat sekolah? kebanyakkan pengawas sekolah ang kenal so ang tak da masalah la kalau da problem kat sekolah atau asrama huhu lain la aku mana ada hinggaq ja lebih huhu


aku : relax la...kawan aku kawan ampa juga la..semua orang aku kawan tak kira siapa ok! aku lebih suka duk diam dari duk bercakap banyak ni tak reti la wey huhu maaf la na


kawan aku : haha tak pa kami faham ang macam mana hehe 



kepada geng-geng KAMI BLOGGER UTAGHA maaf la Aku ni memang senyap sikit tak banyak cakap huhu jangan fikir kot len la huhu aku lebih suka mendengar dan memahami ja dari duk berkata-kata harap maaf la yea kengkawan semua T____T


hye saya lebih suka mendengar dari bercakap haha

Sunday, March 27, 2011

Gathering KBU

Assalammualikum dan hye semua huhu nak cerita pasal gathering hari tu rasa lambat lak nak cerita haha sebab ramai dah buat entry pasal tu huhu,walaupun hujan ketika nak buat gathering tu namun semua berjalan lancar dan alhamdulilah sambutan yang agak memberangsangkan...agak terkejut aku dengan tetiba tengok fuh...ramai sungguh yang join nampak kereta semua banyak nebes ok haha ok fine aku pemalu wuwu T___T yang paling lagi malu time tu aku dapat taw satu cerita yang agak melucukan bagi aku. Aku gelak tak henti-henti bila taw satu cerita ni time gathering hari tu lawak tul la yang tau cerita ni hanyalah aku dan TASHA kehkeh,sungguh aku malu time tu tak dapat digambarkan dan nak tergelak pon ada haha,tapi sobsob terkilan pon ada sebab-sebab tak dapat kenai semua wuwu T__T  aku kena balik awal wuwu



sementara tunggu mereka semua sampai ke USM aku,hajar,bad,GK,dan juan sempat pergi berjumpa pakcu yang duk tengah makan dengan ady di shubaidah USM huhu sempat lagi kami snap pic haha






paling aku tak leh lupa dapat gak bergambar dengan YUYU hehe sumpah memang comel la yuyu ni






 semua pi gathering tu comel-comel sungguh oh..tidak aku ja tak comel miahaha



hehe memang hapenning la geng KBU ni walau aku pi sat ja tak dan nak kenal semua namun memang sempoi la semua huhu..


malas nak cerita panjang-panjang pasal gathering ni sebab ramai dah kot buat entry pasal gathering ni kan-kan? nak taw lanjut pasal gathering hari tu mai tengok dekat blog mereka-mereka yang hapening ni haha :P







yang ni ja sempat aku tengok yang lain nanti aku tengok nah hehe :),gila malu time gathering tu haha cabut larik~~~~~hahaha

Friday, March 25, 2011

Pengubat kesakitan

YALLAH ENGKAU KUATKANLAH IMAN HAMBAMU INI


HAMBAMU INI LEMAH KETIKA PADA WAKTU INI


HAMBAMU INI TIDAK ADA DAYA LAGI


SUNGGUH BERAT UJIAN YANG ENGKAU BERIKAN PADAKU KETIKA INI


BERIKANLAH HAMBAMU INI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI


KUATKANLAH HAMBAMU INI UNTUK MELAWAN SEGALA PENYAKIT YANG DATANG PADAKU KINI


WALAUPUN DALAM KEADAAN SAKIT MANA SEKALIPUN AKAN HAMBAMU INI KUATKANNYA JUA


INSYAALLAH AMIN



DOA MOHON KESEMBUHAN DARI PENYAKIT






Mau pi cari Udang Ni

Nak pi cari udang ni sedap gila tengok resepi ni la terus lapa ok haha korang sah lapar gak kalau tengok ni hahaha saja bagi ampa tengok leh trai la buat aku pun nak pi cari udang ni..lama tak makan ok,tempoyak oh...nyum-nyum sedap ok hehe



*


*


*


*


*


*


*


*


*




sedap sungguh kan-kan?






cara-cara buatnya


BAHAN-BAHAN:

1 kg udang galah- bersihkan
2 senduk tempoyak
10 tangkai cili api
5 tangkai cili merah
2 ulas bawang merah
3 cm  kunyit hidup
2 batang serai-ketuk
2 helai daun kunyit-simpul
Sedikit air, garam dan gula


CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang galah.
2. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit.
3. Campurkan kesemua bahan dalam kuali.
4. Tambah sedikit air dan renehkan.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, dan masak sehingga agak pekat.


Thursday, March 24, 2011

Khasiat buah Delima

Assalammualikum dan hye semua ok hari ni bagi taw khasiat buah delima yea,sapa suka makan buah delima? sedap kan? so memang bagus pun makan buah delima ni taw sebab banyak khasiatnya,nak taw apa khasiatnya?ok sabar-sabar sat nak bagitaw la ni haha


sedapnya ok terus lapar nak makan buah delima...


Buah yang berasal dari timur tengah ini berkhasiat mengubati berbagai macam penyakit. Seluruh bahagian tanaman ini boleh digunakan sebagai ubat. Delima sering ditanam di kebun-kebun sebagai tanaman hias, tanaman ubat, dan buahnya yang boleh dimakan. Batang berkayu, ranting bersegi, percabangan banyak, lemah, berduri pada ketiak daunnya, cokelat ketika masih muda, dan hijau kotor setelah tua. Daun tunggal, bertangkai pendek, letaknya berkelompok.


Berikut cara pemakanan buah ini untuk pengubatan :


Cacingan
  
  • Cuci 7 gram akar delima yang telah dikeringkan, lepas tu potong-potong seperlunya. Rebus dengan satu  gelas air selama 15 minit. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus.
  • Rebus kulit keringnya dan serbuk biji pinang (masing-masing 15 gram) dengan tiga gelas air bersih. Didihkan perlahan-lahan selama satu jam. Setelah sejuk dan minum sekaligus sebelum makan pagi.
  • Campur jus buah delima dengan jus wortel, masing-masing setengah gelas. kacau sampai rata, lalu minum sekaligus.
  • Masukkan satu senduk makan  biji delima kering ke dalam segelas jus nanas yang belum terlalu masak. kacau rata, minum sewaktu perut kosong.

Radang gusi
  • Cuci bunga (tujuh kuntum) dengan air bersih, lalu rebus dengan segelas air bersih sampai mendidih. Setelah sejuk, gunakan untuk kumur-kumur.

Perdarahan
  • Rebus bunga delima (20 g) dengan tiga gelas air bersih sampai tersisa separuhnya. Minum air rebusan dua kali sehari, masing-masing tiga perempat gelas.

Luka
  • Campurkan serbuk kulit buah atau bunga secukupnya dengan minyak wijen. kemudian sapu pada bahagian yang luka.


Sering kencing

  • Ambil isi buah yang segar dan masak satu buah dan segenggam kucai, lalu potong-potong seperlunya. Rebus dengan tiga gelas air bersih sampai tersisa separuhnya, angkat dan sejukkan. Minum air rebusan dua kali sehari, masing-masing tiga perempat gelas.

Batuk yang agak lama

  • Ambil buah yang belum terlalu masak. Setiap malam sebelum tidur, kunyah biji tersebut. Buang bijinya.

Suara serak, kerogkong kering
  • Ambil buah delima segar, belah, dan ambil isinya. Kunyah, lalu buang bijinya. Lakukan 2--3 kali sehari.

so marilah kita jaga kesihatan selalu :)

Wednesday, March 23, 2011

tertetak

Assalammualikum dan morning semua huhu kembali update semalam cuti haha ok hari ni nak cerita pasal tertetak,tertetak sapa? ini kisah aku main reka saja yea hoho tiada kena mengena dengan sesiapa...


ok baiklah alkisahnya macam ni ada 1 pasangan ni mereka sudah berkahwin. Si suami berkerja hingga lewat malam, Si isteri pulak suri rumah tangga sepenuh masa huhu. Ketika si suami pergi kerja si isteri ini duduk la mengemas rumah dan lain-lain. Setelah penat menunggu si suami belum balik-balik lagi dari kerja, si isteri terus pergi tidur di dalam bilik.


Jam ditangan sisuami sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, Sisuami terus pulang ke rumahnya. Ketika pulang kerumah si suami terlupa nak bukak lampu dirumahnya,kerana lampu diluar terbuka dan sudah cerah. Lalu terus masuk rumah,dan terus ke bilik untuk tidur kerana keletihan kerana seharian bekerja. Ketika hendak melendingkan badannya ke katil tiba-tiba sisuami terasa something ada ditangannya lalu pergi kedapur terus mencapai kapak kemudian mentetak something yang dia terasa tadi. Tiba-tiba si isteri menjerit....


si isteri : Abang....kenapa ni? aduss sakit la...

si suami : alamak....yang tak apa-apa ka? YAALLAH...abang tak perasan pun,abang ingat tadi ular...tapi rupanya maaf la yang abang minta maaf bebanyak yea,serius abang ingat tadi ular wuwu maaf la yea ayang tak pa esok abang bawak ayang  pi kedai pastu betulkan balik yea? tak pa nanti naik balik kan? maaf la abang tak sengaja


si isteri : Penat taw orang simpan dah lama taw,bukan senang ni hurm nasib malang sungguh kali ni hurm lain kali sebelum tidur bukak lampu dulu na? tengok sekarang dah jadi apa? habis rambut ayang jadi pendek, dari panjang ke kaki sekarang hurm..punah habis,tinggal kenangan ja rambut ni...abang la ni pi tetak rambut ayang ish...


si suami : ala maaf la tak sengaja....tak pa nanti rambut tu naik balik nanti simpan la bagi panjang huhu bukan sesaja nak tetak taw..ok janji lepas ni sebelum tidur kena bukak lampu ok?abang janji.


Si isteri : jangan janji tinggal janji ja taw...ingat tu lain kali bukak lampu dulu.


Si suami : ok baiklah ayang  


Pengajaran disini jangan lupa pasang lampu erk haha,kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa hanya rekaan semata-mata

Tuesday, March 22, 2011

Adik-adikku

Huh ampa semua tengok tak semalam?program TV adik-adiku di RTM 1 semalam hehe best kan? aku tengok semalam sampai habis ok hehe syok melayan adik-adik itu berkata-kata pandai teratur ja





aku suka ja tengok adik-adik tu best kenapa best? sebab suka tengok cara diorang berpidato,bertaranum,azan dan bernasyid huhu best, ni juga 1 platform untuk dengar si adik yang cilik bertaranum hebat kot dari aku wuwu :) suka aku tengok kekadang sampai leh nangis bila tengok lepa bercerita ni huhu


pemenang semalam jatuh kepada

Muhammad Amirul Munir Azlin [ juara] & Syafiqah Fasiha Ahmad Safri [naib juara]




Juara
Muhammad Amirul Munir Azlin


Naib Juara
Syafiqah Fasiha Ahmad Safri


Ketiga
Zaid Najmuddin Zul Akmal



tahniah buat pemenang caya la hebat adik-adik ni,kecik-kecik lagi dah cilik dan pandai kan? pandai ibu dan ayah mereka mendidik good-good i like hehe...




nak taw lanjut pasal pemenang klik  Pemenang ADIK-ADIKKU

Monday, March 21, 2011

Bahangnya Terasa Kini

Assalammualikum dan morning semua huh bahangnya terasa kini ok!!apakah? huhu yehaak Gathering Kami Blogger Utagha [ KBU ] kini terasa bahangnya huhu dah kecoh kat group KBU tu hehe dah habis pasal t-shirst,timbul pulak pasal sticker huhu adess sungguh meriah+hebat  aku tengok  lepa semua yang buat ni huhu


tempat telah bertukar harap maklum,kerana sebab-sebab tertentu



Gathering Blogger Utara kali ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran anak yatim dari Rumah Sinaran Kasih. Sambil-sambil beramah mesra dengan semua blogger-blogger utagha sambil itu kami akan membuat amal kebajikan dan berbakti dan mengembirakan anak-anak yatim dari Rumah Sinaran Kasih. So marilah kita memeriahkan lagi gathering kali ini.


lepas pasal t-shirst ada plak sticker yang dibuat hoho meriah habis kehkeh,nak taw macam mana rupa sticker tu? huh meh sini aku bagi tunjuk dan ampa semua buat la pilihan huhu


mana 1 menjadi pilihan? huhu aku macam like yang no 4 kot huhu erk mana-mana pon ok kot huhu



erk-erk neves lak aku haha tak pi boleh dak? haha


Uish mahalNya

Uish apa yang mahal tu? haha korang tengok TV tak? atau pi server kat market pasal benda yang satu ni mahal? apa plak yang mahalnya? ala tak kan tak taw kot? ala makanan ni mesti korang pernah makan ala fav orang ramai kot hoho, taw tak ni? meh nak bagi taw pasal ayam ok lagi sekali ayam ok huhu



 
dipinjam dari pok cik google


harga ayam la ni dah naik wuwu T___T taw naik berapa? mencecah RM8.50 hingga RM9.90 uish alamatnya kopak la siapa yang niaga jual nasi ayam adess susah-susah hurm nampaknya lepas ni tak makan dah la ayam wuwu 


owh...ayam mengapa perlu naik harga erk? sapa taw? aduss napa-napa perlu naik erk,aku pun tak sure la bab cmni huhu...ayam oh ayam bermacam ayam haha


so lepas ni tak yah duk beli ayam tak yah duk makan ayam mari kita melopong tengok ayam yang dimasak macam ni pakat melopong na haha jadi macam aku memang dah lama melopong  tengok ayam sebab tak leh makan wuwu allergic uhuk tapi ketegaq makan gak semua bedal so tanggung risiko la haha ambik ko layan ayam goreng berempah huhu sedap yum-yum


pic dipinjam curi dari google thanks pok cik google


nak taw lanjut pasal ayam mahal KLIK SINI

Sunday, March 20, 2011

Harap Bersabar Yea

Assalammualikum,hye semua wuwu dua hari tak on9 rasa 2 tahun tak on9 haha ok gelak guling-guling jap huhu,aku busy sikit haha buat-buat busy kat rumah kenduri kawin sedara aku huhu terus terbungkang penat aku haha penat-penat kalau kenduri time hujan ni huhu apa-apa pun aku kembali berblogging haha jangan risau maaf noh huhu


Apa-apa pun harap semua pemenang bersabar nuh sebab aku menunggu 1 blogger ni sebab dya tak bagi lagi alamat dya tapi alhamdulilah dya dah bagi boleh la aku start buat penghantaraan huhu sabar nuh adess letih terasa huhu


ok entry begitu pendek wait for my next entry ok haha

Thursday, March 17, 2011

Jangan nak mencaci

Assalammualikum semua huwargh...lambat update sebab-sebab adess hari ni aku keseorangan di tempat kerja so apa lagi buzy jap tadi pagi adal kerja lak huhu so lambat update siti sorry yea huhu ok la abaikam kisah aku tu yea haha.


ok seperti tajuk entry aku ni huh, Jangan nak Mencaci...Caci sapa? huh disini nak bagi tau Dilarang Mencaci Sesama Islam ok? Kekadang ada gak aku tengok ramai suka mencaci sesama umat islam ni, macam mana mencaci? huh faham-faham la kan? mengeluarkan kata-kata kesat pada seseorang,hurm memang diikutkan kata-kata caci ini tidak baik dalam islam kan? apa-apa pun perlu ingat jangan sewenang-wenangnya nak mencaci sesama islam. Tak kisah tua ka muda,benda ni aku tak tuju pada sesiapa taw cuma memperingat kepada semua jangan mencaci diantara kita, yang bagi umat islam ni huh. Walau macam mana sekalipun kita perlu beringat benda-benda macam tu.


ISLAM menganjurkan hubungan baik sesama manusia. Setiap orang hendaklah menjaga tingkah laku dan kata-kata. Perbuatan mengherdik, mencaci dan menghina sesama sendiri dilarang Islam. 
 

Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. 


Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat ayat 11). Selain itu, Islam menganjurkan supaya kita bermaafan sesama sendiri lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan keluarga, sahabat dan taulan.


Allah berfirman: “Dan janganlah orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nur ayat 22).


Berbekalkan sifat mulia, mudah memaafkan kesalahan orang lain, kita tentu dapat hidup dengan tenang dan bahagia kerana kita percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Allah tentu membalas segala kebaikan dan kejahatan dengan penuh kesempurnaan. Itulah nasihat saya kepada saudari.


Marilah kita sama-sama renung-renungkan dan moga kita mengambil iktibar dari segala hal di dunia ni kerana aku taw semua yang hidup didunia ini tiada yang prefect tapi kita boleh jadi prefect kalau kita sentiasa meningatiNYA dan Mengamalkan segala PerintahNYA pasti segala hal yang kita lakukan didunia ni akan menjadi prefect, jangan sesekali putus berdoa PadaNYA supaya kita dibimbing ke jalan yang redha / benar, apa-apa pun berfikirlah secara rasional...



Gayatkah anda ?

Nak cerita mengenai gayat atau pun tidak bagi anda diluar sana? gayat?? gayat untuk apa la kan?kak Fa ni? gayat bila duduk atau berdiri di ...