Skip to main content

Ulat berleluasa

Salam and hye semua..sihat ka? ehem haish dah dua hari aku tak buka blog ni..tetiba rasa macam dah bersawang hahaha :P ni gara-gara cuti 2 hari kehkeh :) penat tak abis lagi akibat dari angkat barang nak pindah uhuk penat tak terhingga...adess..sabar ja la...orite hari ni seperti tajuk entry aku ulat berleluasa? ulat tiket ok huhu, diorang ni tak habis-habis kan..menci betul...tahu tak kak aku nak balik cuti tahun baru Cina ni kan tiket balik dari Penang ke JB dulu RM 55 sekarang tau berapa? RM 65 hinggit haish macam-macam, bapa dabak la dya naik ni angkara ulat tiket la ni kalau tak salah aku macam-macam kan sekarang...semuanya makin  naik kan? Macam mana la nak banteras mereka ni erk?

Ulat tiket masih berleluasa



KUALA LUMPUR: Biarpun sudah beberapa kali diserbu, kegiatan ulat tiket masih berleluasa seolah-olah mencabar arahan pihak berkuasa supaya menghentikan aktiviti penjualan tiket di luar kaunter.
Tinjauan Harian Metro di Terminal Bas Sementara, Bukit Jalil dekat sini, mendapati lebih 15 individu dipercayai ulat tiket berusaha mendekati dan memujuk orang ramai supaya membeli tiket mereka dengan pelbagai alasan bagi meyakinkan penumpang tiket dijual adalah tulen.

Keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai kerana tidak bebas memilih bas yang mahu dinaiki sebaliknya dipaksa ulat tiket berkenaan yang mengekori sejauh 250 meter daripada pintu masuk terminal itu.
Beberapa ulat tiket turut mengawal kawasan tepi jalan berhampiran susur masuk ke terminal dengan menahan kereta yang lalu di situ dipercayai untuk memancing pelanggan.

Tidak cukup dengan itu, mereka menunggu kereta yang berhenti dan mengetuk cermin tingkap untuk bertanya pemandu destinasi dituju dan menawarkan tiket selain membantu mengangkat beg penumpang sebagai 'khidmat tambahan'.

Dengan menggunakan walkie talkie, mereka berhubung dengan rakan di dalam terminal bagi memaklumkan sudah mendapatkan penumpang. Kebanyakan penumpang menjadi mangsa terdiri daripada wanita dan warga emas yang ditawarkan tiket tanpa perlu bersusah payah ke kaunter di terminal itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman berkata, pihaknya menjalankan pemantauan harian di terminal berkenaan berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan ulat tiket termasuk menempatkan anggota berpakaian preman.
“Kami akan meningkatkan pemantauan bagi membanteras kegiatan berkenaan dan berharap orang ramai akan membuat laporan sekiranya terus diganggu ulat ini,” katanya.

Comments

apezs shah said…
Salam

Efa kita racun sama 'ulat²' itu....
teruk betol dorang tu kan?
mencik tol la..

*Efa meih la dtg JOIN contest apezs tau.
eB ezrin said…
la engat ulat aper tadi sbb eb phobia ngan ulat... hu3...
tapi ulat tuh... cis... z suker... cekik darah
gadisBunga™ said…
mahalnya tiket bas sekarang....

dah lama tak beli.
::FAIZ:: said…
Aku Jarang naik Bas. hehehe
aibaks said…
len kali kene pakai penyembur berkapasiti besar cam kementerian pertahanan de sekarang tu.. hehe.. kasi buang semua "ulat" ni..hehe

Popular posts from this blog

PENGALAMAN BELAJAR BERMULA DARI BAWAH! [Part 1]

Assalammuaikum dan hi semua ok hari ni nak becerita la sikit pengalaman saya belajar yang bermulanya dari bawah! Ok bagi pandangan saya tidak salah jika kita hendak belajar bermula dari bawah ni, apa yang bermula dari bawah? HAHA ya bermula dari peringkat yang kecil-kecil.  Maksudnya disini adalah ketika baru habis lepasan SPM suatu ketika dulu saya mendapat keputusan SPM macam biasa-biasa saja ada A pun 1 aja. 0_o agak kecewa dan terasa sedih apabila target yang nak dicapai itu tak dapat tapi orang lain happy sebab mencapai target dan banyak A tapi saya redha, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi sebab semuanya lulus Amin. Tetapi saya bangkit dan selepas itu saya pun mengisi la borang online untuk menyambung pelajaran saya ke IPTA.  Nak tau apa yang diapplykan? Hehe saya apply masuk Politeknik dan Kolej Komuniti saja,nak apply U macam tiada keyakinan la pula still masih rasa tiada keyakinan diri waktu dan ketika itu hoho so sementara menunggu keputusan itu saya pun kerja buat

Kes Pembunuhan AloNg SpooN

salam and hye semua.... sihat tak??harap2 sihat lah ya...dh makan blum..ka tak bangun lagi kehkeh...bgun2 cepat2...nk cerita ni kat korang huhu...masih igt tak lagu ni  "Rindu ... rindu serindu rindunya Namun engkau tak mengerti oh...oh Pilu ... pilu sepilu pilunya Namun engkau tak perduli" sapa2 yang nyanyi...lagu tu...ala2...igat2  cepat2 igat kembali.... huhu..tu la lagu dari kumpulan Spoon....kalau korang igt la kan kembali....kalo tak igt ni ha ak tunjuk korang ni pic diaorang... ni la kumpulan spoon :P bagi yang dah lupa... hurm....kesian kan along spoon tu telah meninggalkan kita buat selama2nya...sedih 0o..ak minat gila la gak kt kumpulan ni... :( tp hurm...nk wat cmna dh takdir arwah along pergi meninggalkan industri muzik sedih... :(tadi masa ak gi isi minyak kat shell ak tertengok la plak pic dya kt muka depan newspaper kosmo...ttg kes pembunuhan along spoon....dengar kata hukuman gantung dikekalkan pada si pembunuh arwah along tu..kecian kan kt arwah alon

Kereta MyVi la.....

assalammualikum semua....pekabor sihat?moga sihat ja yea :) hari ni masa ak nak mai keja....dekat ngan tol...tetiba ak terpandanglah some car ni....bentuk MyVi...tp ak terkebil2....seketika...apasal logo keta tu toyota???eh2...mata ak ka rabun ka hapa eh...ak tengok agak lma la gak....pastu tanyalah mak ak...mak....tengok myvi tu...logo toyota kan??mak ak kta blik...ha la logo toyota...0o...engin toyota kot....hadess....ak pun kta blik eh ya ka?tak pa relax2...smbil msih lg terfikir di kepala haku ni....pas ja masuk opis bukak laptop...n buat kerja cikit sebab td ada student...pas ja student tu pi...apa lg...hilangkan keliruan ak tentang myvi td....tu ha cari pnya cari...tentang myvi tu...tup2...dapat la some info tentang kereta myvi tu...nma kereta tu toyota passo (myvi ezi full spec 1.3 - 06) oyeyeye...hilang kekeliruan ak yang terkebil2 tengok myvi tu td...patut la kt keta myvi yang ak tengok tu td ada tulis passo...ak igtkan sja ja dya pi design tulis cmtu miahahahahaha...malu2.