Followers

Tuesday, November 30, 2010

Kenali insurans haram

salam n hye semua :)

ok-ok aku nak tanya korang ada beli  insurans tak???ari ni aku nk bagitahu korang tentang isu insurans haram ok...baiklah info ni ak dapat dari surat khabar ok...meh baca ok...jangan mudah terpedaya...selidik dulu sebelum beli insurans yerp...hati-hati ok :)

Kenali insurans haram

  • SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.
  • Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.
  • Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).
  • Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. 

 Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut: 

1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.
2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.
3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.
4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan
Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:

1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).
2. Riba dan pembahagiannya.
3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:

1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).
2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.

Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.

Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.

Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.

Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.

P/S:renung-renungkan lah yerp :)

Monday, November 29, 2010

Apa kesudahannya....

ok-ok mesti korang tertanya-tanya kan kesudahan apa ya dak?hehehe :)ok ak kasi taw...ak ni peminat setia kepada semua cerita dari TV3 ok...terutama slot lestary...ok hehehe...aku sekarang ni tengah syok duk tengok cerita 'Asmara' ok...tengok tak korang semua cerita tu???tak nah tgk??meh aku bg cikit sinopsis cerita tu :)

ambik dari google huhu

sikit sinopsis dari cerita asmara

Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

aku...tak miss pon 1 episod ok kekeke :) ok...malam ni cerita tu episod akhir....so...mesti tengok ok..wuwu...best wo0...tak caya sudah.....hahaha...so jangan lupa yerp tengok taw....macam mana la the end yea huhu..tengok jangan tak tengok...best sesangat kekeke :P

pssst.....jom layan lagu tema cerita asmara tu :P tp lirik ja la...opis ak youtube x leh bukak miahahaha..ok tak pa korang layan di 4 shared ok :) ni  link
wuwu...best w0o..lagu tu ak suka :)jom....menyanyi dengan lirik sekali wehuhu :)

Sixth Sense – Menyesal

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


bunuh isteri macam ni...

ok-ok nak kasi tahu korang tadi aku baca newpaper online tetiba aku terlihat satu cerita ni....nak tahu apa???bunuh isteri...ish-ish...macam-macam la sekarang ni...aku jadi takut adess....sanggup si suami bunuh isteri...tak faham dah la aku....Dunia 0oh..Dunia...macam-macam...cian kat isteri dya.. tergamak sungguh si suami...Al Fatihah untuk arwah....nak tahu lebih lanjut...ni aku kasi taw...baca yerp...

berita dari utusan malaysia online....

 

Bunuh isteri: Tertuduh lakukan seks berhampiran mayat

SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fazlina Ahmad mengaku mengadakan hubungan seks dengan tertuduh, Mohafri Mohamed ketika mayat mangsa masih berada di dalam almari berhampiran, pada hari kejadian.
Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, mereka melakukan hubungan intim di atas katil di bilik tidur utama di rumah kekasihnya itu kira-kira pukul 5.30 petang, 30 Disember 2009.Kata saksi pendakwaan kelima itu, kejadian tersebut berlaku beberapa jam sebelum mereka berdua menaiki kereta api di KL Sentral menuju ke Perlis untuk berkahwin lari di Thailand.
''Selepas keluar dari bilik air, Mohafri masuk ke bilik air. Dia kemudian mengajak saya melakukan hubungan seks. Mulanya saya tidak mahu tetapi dia kata sekejap sahaja.
''Dia tolak saya ke atas katil dalam keadaan mengadap ke bilik air. Kami ada menggunakan kondom pada masa itu,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Dia dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya.Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang sebelum dijemput Mohafri dan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang.
''Saya tanya kereta Toyota Vios siapa ada di hadapan rumah. Mohafri kata ia kepunyaan sepupunya yang pergi ke Kuantan. Saya juga tanya di mana anak-anak dan pembantu rumah. Dia kata Fazlina bawa mereka ke Pulau Pinang.''Semasa saya di ruang tamu, dia kerap berulang-alik naik turun tangga dari tingkat atas rumah. Ketika di bilik tidur utama, dia sentiasa berada di laluan sebelah kiri saya seolah-olah cuba menghalang saya daripada melihat sesuatu. Saya juga tidak nampak jelas kerana tidak memakai cermin mata,'' jelasnya.
Menurut saksi, selepas mengadakan hubungan seks, dia terdengar bunyi loceng rumah dan diberitahu oleh Mohafri ada seorang polis wanita datang untuk berjumpa pembantu rumahnya, Yayok.Mohafri bagaimanapun enggan membuka pintu rumah kerana Yayok didakwa tidak memiliki pasport dan tidak lama selepas itu, lelaki tersebut menyuruh kekasihnya itu menaiki kereta bersama abangnya, Hanafi.Mereka kemudian menuju ke KL Sentral dan menaiki kereta api ke Perlis pada pukul 8.15 malam sebelum turun di Rawang kira-kira 45 minit kemudian.
''Mohafri beritahu dia perlu buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina dan menyuruh saya balik semula ke Kuala Lumpur seorang diri. Saya naik komuter dan menunggu kawan saya, Wan dari Sungai Buloh datang menjemput.''Pada malam itu, Wan bawa saya ke rumah Mohafri untuk mengambil beg pakaian saya. Apabila sampai, rumah telah dikelilingi pihak polis. Wan keluar dari kereta untuk bertanya dan diberitahu ada kes suami bunuh isteri,'' katanya lagi.
Sementara itu, kakak mangsa, Faizah Ahmad, 47, pula berkata, Fazlina pernah mengadu menghadapi masalah rumah tangga kerana suaminya menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan berhasrat untuk bercerai.Dia yang bekerja sebagai pembantu jururawat bercakap dengan mangsa untuk kali terakhir pada pukul 5 pagi hari kejadian apabila Fazlina menghubunginya dan meminta mengambil cuti kecemasan bagi menghantar bapa mereka ke hospital.''Sebelum keluar ke tempat kerja pada pagi itu, saya ada cuba menghubungi Fazlina untuk memberitahu saya tidak dapat hantar bapa, tetapi adik saya akan berbuat demikian. Tetapi dia tidak dapat dihubungi,'' jelasnya.
Ketika diminta mengecam gambar-gambar Fazlina, saksi tidak dapat menahan kesedihan. Dia dilihat mengesat air mata menggunakan tisu yang diberikan oleh jurubahasa mahkamah.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung pada 13 Januari ini.

Award yang ke 2

salam and hye semua...

ok-ok tadi masa ak bukak ja blog aku ni tetiba aku terima message di shoutmix box aku yang berbunyi
"Dear, ada award khas kat belog Shag."and siap bagi [LINK] lagi huhu...aku pon dengan teruja bukak la blog shagcomot tu...tuptup nama aku tersenarai follower yang ke 57 hingga 126...aku yang keberapa entah kekeke..ok thanks a lot yerp Shag sebab bagi award untuk follower...hargai sesangat...ok-ok nak dapat award..kena lah jawab beberapa soalan...ok-ok ni la rupa award yang aku dapat :)

 nice this award thanks shag..


antara soalan&jawapannya...

1.Nama penuh anda dan nama panggilan blogger anda.

Nama penuh aku nurul aifaa binti haji manijas&nama panggilan dalam blog...panggil efa sahaja ok

2.Kenapa jadi pengikut belog ini [shagcomot]?

sebab aku suka tengok blog dya ni..kemas ja...tersusun gitu huhu..

3.Apa kekurangan belog ini [shagcomot]?

blog dya so far tak ada kekurangan...nice blog ja aku tengok 
 
4.Apa pula kelebihan belog ini [shagcomot]?

ok kelebihan blog dya adalah banyak info and yang lebih penting ada gak tutorial yang ak boleh tengok hehehe :)lagi satu blog dya ni kemas aku suka :)

ok untuk shag...thanks sekali lagi for that award ok...hargai sesangat :)cantik award tu like it ;)1 more time terima kasih shag..


Sunday, November 28, 2010

Jom Mai PULAU PINANG

salam and hye korang semua :)

ok2 ak nak bagi info sikit pasal entry aku ni kepada semua  adik-adik,akak-akak,pak cik-pak cik.mak cik-mak cik,abang-abang semua sekalian...wo0...ish-ish banyak sungguh...kenapa ak panggil semua ni....nak pi mana????ha ok2 seperti tajuk enrty aku ni terpampang jom mai Pulau Pinang.......ecece...promote negeri ak pulak kekeke :P



hahaha...ok-ok apa lagi mai la serebu...tapak pesta pulau pinang 2010 huhu bila???ok siap sedia yerp pada.......


google  pic :P nak baca sila besarkan yerp :)

ok apa lagi siap sediasemua moh le kita semua turun penang hahaha...ok bagi yang nak sertai Pertandingan Seni Lukis Pesta Pulau Pinang 2010pun boleh ok....ada...sila-sila....jemput-jemput...masuk hahaha promote pulak hahaha...nak tahu lebih lanjut tengok sini ok
boleh la korang mencuba nasib yerp :P hehehe...mana taw kot-kot menang yea dak??hehe 
 :) ok tu ja la aku nak cerita petang ni...jangan lupa taw....1/11/2010
pakat-pakat mai noh hahaha...BEST WooPhotobucket

RON95 selamat ker??

Salam n hye semua pekhabar???harap sihat la yer...tadi masa ak tengah baca newpaper online aku terbaca berkenaan dengan 1 tajuk ni RON95 tetap selamat diguna???dengar cerita minyak RON95 ni meyebabkan kebanyakkan kereta terbakar uish betul ka???tetiba ja aku jadi takut tapi bila baca punya baca balik alhamdulilah....RON95 tetap selamat diguna....ok nak tahu lebih lanjut baca ini ok


BERA 28 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.

''Petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.''Saya harap orang ramai tidak bimbang untuk menggunakan petrol berkenaan kerana bahan bakar itu turut digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Eropah, benua Amerika dan Jepun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini semalam.
Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kejadian kebakaran kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan berpunca daripada penggunaan minyak petrol RON95.
Menurut Ismail Sabri, ada sesetengah pihak beranggapan minyak tersebut tidak sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia.Bagaimanapun, jelasnya, minyak jenis sama juga digunakan secara meluas di negara-negara tropika seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.
"Pengguna minyak tersebut di negara berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah atau gangguan sehingga menyebabkan kenderaan mereka terbakar apabila terbabit dalam kemalangan," jelasnya.Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu, pihaknya akan memperkasakan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) untuk dijadikan medium meningkatkan kesedaran kepenggunaan terutama berkaitan pemakanan seimbang, penjagaan alam sekitar, kebersihan dan pengurusan kewangan.

Katanya, KPS akan diperkenalkan kepada pelajar sekolah menengah bermula tahun depan sebelum diperluaskan di peringkat sekolah rendah.KPS, katanya, berperanan lebih luas berbanding kelab koperasi sekolah pada masa ini yang hanya terlibat dengan aktiviti penjualan alat tulis, makanan dan minuman.Katanya, penumpuan akan diberikan pada tiga perkara berkenaan kerana ia penting bagi memupuk kesedaran kepenggunaan di peringkat awal selain disebarkan kepada ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat.
"Ini kerana, kita dapati pelajar suka membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah."Kita mahu mendidik mereka menjaga alam sekitar seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes manakala dari segi pengurusan kewangan pula, kita mahu menggalakkan amalan berjimat cermat dan menabung," katanya.Ketika ini terdapat 1,586 sekolah atau 71 peratus daripada keseluruhan 2,250 sekolah menengah telah menubuhkan kelab itu.

p/s:jangan takut-takut untuk mengunakkannya yerp :P selamat yerp...terkejut den...tp dh ok :)

Thursday, November 25, 2010

Penat la nak pakai...

salam and hye all..

seperti tajuk entry ni Penat la nak pakai apa yang penat tu erk???hahaha..sah korang ingat nak pakai apa la yang sampai penat tu yea kehkeh :) ok ini info untuk para wanita yang dh kahwin ok..yang tak kawin tu pon boleh juga la nengok ya....hahaha :)korang rasa apa yang susah nak pakai tu????taw tak???meh aku kaborkan ok.....
















bengkung or barut

hahaha...benda ni lah yang susah sangat nak pakai kekeke :P
ha bagi siapa rasa nak kurus lepas bersalin tu leh la pkai bengkung tradisional ni...ada berani???hahaha...tapi tak ramai yang  guna kaedah tradisional ni...bukan tu ja mereka kata buat apa nak bengkung-bengkung ni.....eeee menyusahkan...hahaha..ok meh ak kasi taw korang sebab apa korang perlu memakai barut or bengkung ni :

Mudah dipakai & mudah dicuci sebab diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.


merampingkan pinggang, punggung yg menggeleber lepas bersalin
 

sesuai utk lelaki & wanita .(lelaki pon boleh yerp :p)

Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat.

  Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik.
 
Sesuai dipakai bila-bila masa.
 
Ukur lilit bengkung telah direka untuk ukuran pinggang sehingga 40 inci.
 
Menegangkan kembali otot-otot perut.
 
Membantu mengawal selera makan.
 
meh tengok cara pemakainya pulak yerp :)

Kaedah penggunaan :
* Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan.
* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas.
* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.
* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.
* Cuci bengkung sebelum digunakan.
ok....leh la korang try erk hehehe :)0opss...bukan mak baby or papa baby ja kena pakai...hahaha...baby tu pon kena gak la pkai...ni aku tunjuk kat korang barut untuk baby yerp comey jer aku tengok hahaha :)

comel kan???hahaha :P


selamat try+try yerp hahaha :)

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah ..


salam n hye semua tetiba kepala aku ni pusing  gara-gara minggu depan hari jadi En Ben....bila tengok banyak yang sertai contest tu.. and tengok la apa diorang kasi kt En Ben tuptup benda yang bermain dikepala aku nak kasi EN BEN dh ada orang bagi adoi la....fikir punya fikir....benda apa aku nak kasi tertiba dapat 1idea benda apa yg nk aku kasi.......tapi-tapi contest ni abis ka blum yerp entah...but aku wat juga tak pa lah kot hahaha...benda apa yang ak nak kasi tu...tara.......



*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*



Lilin bleh dak???huhu....

ok...sebab apa ak nak kasi lilin ni..adalah kerana....bau lilin ni wangi...tapi kena beli yang wangi lah yea...kekeke...selain tu boleh la en ben&wife sambut birthday en ben tu pada 30/11/2010 dengan cahaya lilin yang lagi gemerlapan itu cewah....or lebih sedap bunyilah kan...ya la kot...yea...bolehlah candle light dinner ecece...hahaha :)
lagi pon lilin ni murah ja...lagi murah kalau yang biasa...tapi yang bentuk love design yang lain-lain tu pun murah ja la...ok dari mana aku dapat duit untuk beli lilin ni???dari duit poket selama aku kerja la......adess...hehehe...ok itu saja hadiah yang boleh ak kasi...ok ka tak??miahahaha :)

ok for lastly EN BEN efa nak ucapkan selamat menyambut hari jadi yang keberapa???tett....hahaha..moga panjang umur dan dimurahkan rezeki insyaallah amin :)En Ben x pa kot yea wish awal kekeke...


Wednesday, November 24, 2010

KOTOR la KaU

assalammualikum n selamat pagi semua...

mood pada pagi ni aku nak story dekat korang tentang pengotor siapa yang pengotor ni yerk!!!!haish...meh dengar story ni wuwu +_+

cik K-ish bau busuk apa ni....ish...tak tahan la npa busuk sangat ni???dari mana datang bau busuk ni..haiyo...

cik B-hye K kenapa muka macam tu???apa yang jadi??

cik K-ni B ko tak bau ka???busuk yang amat ni...tak boleh tahan dh ak...makin dekat ni...

cik B-0oo...ingatkan apa la tadi...hurmm...[terkebil-kebil seketika]

K-eeee bau ni datang arah kau la.....eh B ko tak mandi berapa lama ni....asal busuk sangat ni...ko main apa tadi ni....eee...tak boleh tahan ak...busuk yang amat ni...eeww....pengotor la kau ni B...harap ja hensem tapi eee...buruk benor perangai kau...napa busuk sangat ni?????(maaf la aku berterus terang dengan ko...ak dah tak boleh tahan la..sorry sesangat ya)

cik B-(dengan tersenyum-senyum)lalu si B berkata....sorry la K...ak yang sememangnya tak mandi dah berapa lama..ni...

cik K-eeww...patut la pon....pi la kau mandi dulu....nanti-nanti kita borak lain ok...but make sure ko mandi ok?
cik B-ok....nnti ak suh majikan ak bagi aku mandi ok...nanti kalau dah mandi dh wangi aku datang jumpa ko lg ok :)

 cik K-ok

Majikan si K tu tak kasi mandikan K tu yerp dah berapa hari da....pengotor sungguh majikan si K itu.....

sebenarnya 'K' &'B' adalah......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
tara....stoking ok hahahaha :P

ini si cik K for kartun :)
ini si cik B for belang :) 
dari dialog diatas.....disini nak bagi tahu korang janganlah korang lupa untuk basuh stoking korang tu yerp...jangan terus letak dalam kasut sport lepas dh digunakan yerk....busuk tahu tak...hahaha....so yang pengotornya adalah si majikan....yang tak reti2 masukkan stoking dalam mesin basuh...ish2...pengotor sungguh la s0...jangan jadi perangai macam tu yerp :P huduh tahu dak :P
tetiba aku teringat masa kat kolej dulu kita orang kena buat  sock puppet...dalam matapelajaran pembuatan model&animasi,best w0o...buat tu...korang mesti pernah buat kan2....s0..layan dengan pic puppet yg aku google ni yerp...comey sangat....

no 1

no 2

no 3

no 4


no 5

no 6

no 7

no 8


boleh tak korang tolong pilih mana 1 puppet yang elok berdasarkan no pic yang ak bubuh ni???aku nak buat 1 nak kasi kat adik sepupu ak hehehe saja2 for fun untuk dia main...tolong jap pilih mana 1 aku nak buat ni...adik sepupu ak tu lelaki :)tolong jap yerp +_+ ok boleh???

Tuesday, November 23, 2010

TeRowong Mercu Tanda

salam and hye semua...

hari ni aku nak cerita pasal terowong ok??terowong apa??hahaha terowong la tak tahu???meh aku kasi tunjuk terowong tu macam mana rupanya hohoho :)


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


 
 tara...ni la rupa terowong ok...

aku selalu masak dekat terowong di ipoh tahu tak???sb rumah arwah tok ak kt ipoh sebab tu ak selalu masuk terowong tu ;)syok sungguh bila berada dalam terowong tu..terowong ni berbeza designnya ok...meh sini baca tentang terowong mercu tanda jom...aku ambik ehsan dari berita harian hehehe :)

 Binaan Terowong Berkembar Berapit, Perak terpanjang di Asia Tenggara dan setaraf negara maju 

SEJARAH penciptaan terowong bermula sejak permulaan peradaban di mana manusia menyediakannya sebagai akses atau laluan ke makam, kuari bawah tanah atau lencongan aliran air di permukaan berbatu.
Definisi kamus menyatakan terowong adalah laluan yang dibina menembusi bukit, gunung dan terusan. Sesebuah terowong boleh menjadi laluan pejalan kaki, laluan kenderaan, jalan raya atau lebuh raya, kereta api mahupun laluan air.
Terowong boleh dikorek menembusi pelbagai jenis tanah atau batuan dan cara pembinaan terowong bergantung kepada struktur tanah serta batuan di sesuatu kawasan.

Masyarakat Rom satu ketika dulu dikatakan mahir dalam mencipta terowong sehingga mampu membina sebuah terowong sepanjang kira-kira 5.6 kilometer bagi tujuan menyalur keluar air dari Tasik Fucino yang terletak di Timur Rom, bagi mengelak masalah banjir.

Ketika itu, kira-kira 30,000 pekerja dikerah bagi membina terowong itu yang memakan tempoh masa sehingga 10 tahun untuk disiapkan.

Kini, berbekalkan kepakaran manusia dibantu kecanggihan teknologi terbukti banyak membantu dalam pembinaan lebih banyak terowong moden.
Malah, Malaysia sendiri melakar sejarah apabila membina terowong lebuh raya pertama iaitu Terowong Genting Sempah berukuran 900 meter yang menghubungkan kawasan Gombak di Selangor dengan Genting Sempah di Pahang, yang dibuka secara rasmi pada 1979.

Malaysia turut membina terowong jalan raya terpanjang di negara ini iaitu Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) sepanjang empat kilometer (km) yang mula beroperasi pada 2007.

Terbaru, Malaysia mencipta nama dengan pembinaan terowong lebih canggih iaitu Terowong Berkembar Berapit di Taiping, Perak, sepanjang 3.3 km yang diiktiraf sebagai sebagai terowong kereta api terpanjang di Asia Tenggara.

Terowong itu sebahagian komponen projek infrastruktur terbesar negara setakat ini bernilai RM12.5 bilion iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar. Terowong berkenaan kini siap 70 peratus sejak dimulakan pada awal 2008.

Tanggal 1 November lalu menjadi detik awal sejarah terowong itu apabila bahagian terakhir terowong itu dipecahkan dan majlis itu disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Apa yang menarik, terowong berkenaan berkonsepkan berkembar dengan satu landasan yang setiap satu mempunyai sembilan laluan silang antara terowong kiri dan kanan bagi tujuan keselamatan dan penyelenggaraan. Ia dibina dalam bentuk seperti ladam kuda berukuran tinggi 9 meter x 9 meter lebar.

Lebih membanggakan, ilham reka bentuk dan binaan struktur itu dibuat sepenuhnya hasil kerjasama pakar, jurutera dan pekerja mahir anak tempatan di bawah syarikat penerajunya, MMC-GAMUDA Joint Venture (MMC-GAMUDA JV).

Pembinaan terowong itu menggunakan kaedah pembinaan seperti gerudi dan letupan terkawal di bawah bukit, memotong dan menimbus di kawasan terbuka serta pengorekan mikro di bawah laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Persekutuan.

Pengarah MMC-GAMUDA JV, Datuk Azmi Mat Nor, berkata pembinaan Terowong Berkembar Berapit berhadapan banyak cabaran seperti pengorekan dibuat di bawah PLUS dan Jalan Persekutuan 1 (Taiping ke Kuala Kangsar) ketika kedua-dua laluan itu tidak ditutup kepada lalu lintas.

“Keadaan geoteknikal dengan beberapa faktor seperti struktur tanah, aliran air dan kecerunan bukit diambil kira bagi kaedah pengorekan-mikro di bawah lebuh raya. Selain itu, pengurusan trafik dan lencongan sejauh 1.5 km juga dilakukan bagi memastikan faktor keselamatan serta kesempurnaan binaan.

“Faktor penyumbang kepada kelancaran kemajuan projek dan pembinaan terowong dibantu dengan semangat dedikasi pasukan pengorekan terowong di kalangan rakyat Malaysia terlatih. Mereka mengaplikasikan pengalaman sebelum ini iaitu ketika terbabit dalam beberapa projek pengorekan terowong lain terutama Terowong SMART," katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek PLBE, Yeoh Hin Kok, berkata kerja pembangunan Terowong Berkembar Berapit kini siap sekitar 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2011.

“Baki 30 peratus kerja pembinaan terowong itu masing-masing hanya membabitkan 15 peratus pembinaan infrustruktur dan 15 peratus pemasangan sistem dalam terowong.

"Pembinaan terowong itu juga memenuhi segala aspek keselamatan antarabangsa termasuk infrustruktur bertaraf dunia. Malah, sehingga kini kita mampu mencapai '19 Juta Jam Tenaga Manusia Tanpa Kehilangan Masa Akibat Kemalangan' untuk rekod keselamatan dan kesihatan PLBE," katanya.

Hin Kok berkata, dengan terbinanya terowong berkenaan, Malaysia kini mampu dilihat setanding dengan kemajuan sistem pengangkutan di negara maju lain kerana ia membolehkan kereta api elektrik memecut pada kelajuan 140 km/sejam, walaupun melalui terowong.

"Selain Terowong Berkembar Berapit, beberapa lagi mercu tanda PLBE Ipoh-Padang Besar yang bakal menjadi antara struktur menarik di negara ini ialah Jambatan Marin Bukit Merah di Bukit Merah, Taiping sepanjang 3.5 km yang kini 95 peratus siap, Terowong Larut yang berukuran 342 meter (m) bersaiz 13 m lebar dan 10 m tinggi (85 peratus siap) dan Jambatan Berbuai Prai di Pulau Pinang iaitu sepanjang 282 m," katanya.

Terowong di Malaysia

  • Terowong lebuh raya pertama negara
    - Terowong Genting Sempah berukuran 900 meter yang dibuka secara rasmi pada 1979.



  •   
    terowong genting sempah 
    • Terowong jalan raya terpanjang di negara ini
    - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART)

    Terowong Berkembar Berapit di Taiping, Perak


  • Diiktiraf terowong kereta api terpanjang di Asia Tenggara.




  • Sebahagian komponen projek infrastruktur negara iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar.




  • Projek di bawah syarikat peneraju MMC-GAMUDA Joint Venture (MMC-GAMUDA JV), kini 70 peratus siap sejak dimulakan awal 2008.




  • Setaraf negara maju kerana membolehkan kereta api pecut pada kelajuan 140 km/sejam.




  • Dibina dalam bentuk ladam kuda, berukuran 9 m (tinggi) x 9 m (lebar).




  • Pembinaan menggunakan kaedah gerudi dan letupan terkawal di bawah bukit, memotong dan menimbus di kawasan terbuka serta pengorekan mikro di bawah laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Persekutuan.
     




  • Monday, November 22, 2010

    Follower mencecah....

    ok entry kali ni tak da kta pendahuluan hahaha....0k mengenai entry ak kali ni...adalah  tentang follower ak yang mencecah angka brapa????hahahahaha...dh 100????0opss...mcm tak percaya plak kan...macam mna nk bg org follow kita???mcm mna kena usahakan la...cmna nk usaha...korang rajin2 la blogwalking...tinggal jejak kt blog yg korang jeguk tu ya...selain tu...korang comment ka????tinggal jejak ka kt shoutbox diaorg....hehehe...ak selalu wat mcm tu la hehehe...tp tak rasa akan ada org follow ak smpai 100....daku tak percaya lalu tergamam huhu....ya la blog ak ni tak la seberapa la kan????hahahaha...tak la mcam blog  En ben tu....best ja kan...banyak idea mencurah2...caya la cewah promote blog en ben plak kekeke....blog en ben ni rmai follower....termasuklah ak jd follower en ben hahaha :) nak tahu sapa follower ak yg 100 tu????ni  ha ak print screen kan utk korang wuwu....

    yg bertanda itu follower ak yg ke 100 thanks yea :)


    meh kita terjah blog follower ak ni DiaUmaiNiNaz
    dan juga blog yang ramai followernya iaitu Blog EN BEN :) jOM TERJAH...thanks a lot ya 1 more time diaumaininaz anda sudi memollow blog sya hehehe :)tak da hadiah la nk bg hehehe :)but i will always go to your blog ak ;)

    PAKEJ PHOTOGRAPHER

    Hye semua…maaf lama rasanya tak on blog kak fa ni..amaklumlah bulan puasa I is sibuk sikit dan kebetulan habis dah praktikal kan? So menyib...