Thursday, July 25, 2019

CARA BUAT LAKSAM

Hi ampa semua lama sis tak celoteh dalam blog kan?Tapi Sis ada saja di fb or insta tu.Ok disebabkan ada yang bertanyakan cara nak layur nk buat laksam di FB dan bertanya macam mana nak buat layur?Awat selama ni cuba kejadian tak elok.Ok meh sini sis kongsikan pada korang semua cara nak layur buat macam mana kejadian gambar seperti dibawah, hidangan yang sis buat ni tak banyak cukup la dalam 3 ka 4 orang sahaja makan.hehehe sebab tak ramai.


BAHAN-BAHAN UNTUK LAYUR TEPUNG:


3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Air 4 cawan
Garam (secubit)


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM :

4 ekor Ikan sardin
1 ekor ikan kayu -size kecil
1/2 inci halia
2 ulas bawang besar (sederhana)
2 ulas bawang putih
400ml santan (ikut korang nak sikit ka banyak)
2 keping asam gelugor
1/2 sudu kecil lada hitam dikisar



Untuk ikan tak kisah pun ikan apa ikut kesukaan korang 


BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL


Cili api 2 tangkai
Cili Merah 2 tangkai
Belacan sedikit

Semua bahan itu ditumbuk,kalau korang suka sambal banyak tambahkan saja cili tu ya hehee


CARA-CARA UNTUK BUAT KUAH :

Ikan direbus dahulu,kemudian dikisar (untuk tulang bergantung sama ada korang nak kisar sekali atau nak buang) kalau tak buang tulang tu pun tak apa nanti tapis hehe

Masukkan bawang dikisar serta ikan dikisar tadi dan asam keping biar mengelegak, kemudian masukkan gula,garam untuk penambah perisa.Dah rasa semua tutup dan boleh dihidang.




CARA-CARA UNTUK LAYURKAN TEPUNG :

bancuh tepung pakai air suam jangan terlalu pekat dan terlalu cair sangat,sedang-sedang sahaja.

lepas dari itu gunakan tin periuk nasi yg didap-dap dengan minyak,kemudian kasi letak kejap periuk tin itu dalam tempat kukus selama 5 minit gitu,then taruk tepung tadi di atas periuk tin dan kukuskan smpai jd mcm mengelembung kemudian boleh la angkat.




ini la kejadian setelah tepung dilayurkan





Tara...Siap untuk dihidang dan makan.






SELAMAT MENCUBA.


Wednesday, December 19, 2018

BARANGAN HARGA MURAH RM 5

Assalammualikum dan salam sejahtera semuanya,lama sis dh tak update apa-apa kan dalam blog ni?Huh buzy manjang kan ekekeke πŸ˜„ Ok hari ni sis nak bagai dekat hampa-hampa semua suka tak dengan barangan yang MURAH-MURAH? Tapi BERKUALITI?Suka leteww wakaka.Ok disini sis nak agak korang semua terjah BARANGAN RM 5
ni untuk lihat barangan apa yang murah sangat tu!



Atau korang boleh like dan follow FACEBOOK dan juga INSTAGRAM INSTA RM 5 ok? Antara barangan yang sis suka adalah seperti dibawah ni ya :



Cadangan pada para ibu bapa untuk mengajak anak-anak MENDECO-DECO rumah anda dengan WALL STICKER NI!! Sambil MENGEMAS sambil mengisi masa terluang anak-anak dengan perkara yang berkualiti bersama-sama anda semua.

Yang dibawah ni pula cenderahati tau!! Nak bagi CENDERAHATI?Tapi tak tahu barang apa yang nak bagi ?



Jangan susah hati atau pening kepala meh sini tengok CENDERAHATI yang bersesuaian untuk diberikan kepada kawan-kawan ada atau sesiapa sahaja semperna hari kelahiran atau sebagainya.Tak payah duk kalut nak cari dah.




SPEED DATA USB CHARGING CABLE MURAH!!! Memudahkan dan mempercepatkan masa anda dari tunggu lama-lama!!JOM GRAB 1.


Yang dekat bawah ni adalah LUGGAGE TAG yang SUPER CUTE sangat tau korang πŸ˜πŸ₯°Banyak lagi bentuk yang lain.Sis suka gila tengok EMOONNN A.K.A (doremon) hehehe




WOW BERANEKA BARANGAN HANYA RM 5 SAHAJA!!APA LAGI KORANG JOM TERJAH KE OUTLET  πŸ‘‡



5ringgit.com.my Mydin Bukit Mertajam
5ringgit.com.my Amanjaya Mall Sungai Petani
5ringgit.com.my Tesco Extra Seberang Jaya
5ringgit.com.my Mydin Parit Buntar
5ringgit.com.my Kompleks Bukit Jambul Penang
5ringgit.com.my Tesco Bertam Perdana (Kepala Batas)
5ringgit.com.my Mydin Mall Meru Raya, Ipoh



BERBELANJA DENGAN JIMAT!! JOM PAKAT TERJAH WEBSITE JUGA OUTLET NOHHHH

Saturday, July 28, 2018

Labu zukini hijau

Assalammualikum.Salam sejahtera semua. semalam dekat Fb kak fa ada upload gambar dimana kak fa suruh friendlist meneka sama ada gambar itu sejenis buah-buahan atau sayur-sayuran?Ada yang jawab buah-buahan,ada yang jawab timun?Dan ada yang jawab betul!! Terbaiklah yang jawab betul tu hehe Gambar apa tu?Ni ha gambar di bawah ni.

...

...

Ini dia Labu Zukini Hijau.


Pertama kali tau kak Fa makan zukini ni!! Memula ingat timun masa mak kak Fa beli,tapi rupanya labu haha.Sejenis Kak Fa susah nak makan benda pelik-pelik ni tapi bila dah cuba makan eh tetiba kau sedap pula waduhhh susah gini.


Semalam kak Fa cuba masak labu zukini ni sekali makan fuhhh nak lagi.Banyak khasiat Labu Zukini hijau ni antaranya adalah :

❤Mencegah dehidrasi

❤Mencegah sembelit

❤Meningkatkan sistem imun

❤Mencegah diabetes

❤Mencegah osteoporosis

❤Mengurangi risiko anemia

❤Menyembuhkan gejala rheumatoid arthritis

❤Menurunkan risiko terjadinya stroke

❤Menurunkan berat badan

Part yang last sekali khasiat tu kak Fa suka sebab menurunkan berat badan hahaha korang pun mesti suka kan?


Bahan-bahan sayur Labu Zukini Hijau

Labu Zukini (dipotong nipis atau tebal sikit)
bawang besar
bawang putih
Udang kering
Cili api 2 batang (ikut nak pedas ka tak)
Garam
Gula
Perencah maggi


Semua bahan-bahan diatas perlu ditumbuk ok(suka tumbuk dari blend)

Cara-cara

Tumis bahan-bahan yang ditumbuk itu tadi,masak sampai kekuningan sikit kemudian masukkan udang kering juga.

Selepas itu masukkan garam+gula+perencah secukup rasa,jangan letak banyak hanya sekadar cukup rasa(dah letak kena rasa dulu) dan juga sos tiram sikit sahaja,gaul bahan berkenaan kemudian masuk zukini dan kacau.tambahkan air sedikit jangan terlalu banyak.

Jangan biarkan zukini itu layu ok means jangan overcook la,kemudian rasa jika dh ok zukini tu tak keras so boleh terus angkat dan dihidang

Taraaaaa..


Selamat mencuba πŸ˜‰




Wednesday, April 18, 2018

PETUA MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT WAJAH


PETUA MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT WAJAH AGAR SENTIASA BERSERI.


1. Senaman wajah.
Senaman ni seelok korang buat pada waktu pagi.Buka mulut korang besar-besar, keluarkan lidah dan buka mata seluas yang boleh. Tahan selama 15 saat.


2. Perbanyakan senyum. 
Elakkan muka masam. Kulit akan cepat berkedut kalau muka masam je memanjang.


3. Putih telur
Caranya korang asingkan putih telur dan kuning telur lepas tu sapu kat muka. Biarkan kering selama 5-10 minit n bilas dengan air bersih.



Sambil korang amalkan petua ni semua, korang boleh amalkan titik 2 kali pure argan oil di muka dan juga kunyah dianz vitamin.Dua benda tu sangat baik untuk kulit korang tau. 😍Nak wajah macam kulit telur kena amalkan selalu.










Moga bermanfaat untuk korang semua.


Kalau nak tahu tip lagi banyak meh follow Kak Fa di FACEBOOK OKEY? Meh follow rerapat.



with love Kak FA ❤



#mudabeauty
#dealerdianz
#teamauradianz

Sunday, January 21, 2018

10 PETUA KECANTIKAN


Macam-macam produk ada jual sekarang kan?untuk kecantikkan.Semua pakat nak nampak lawa cun melecun waahhh gitu kau.Tapi tak semua orang yang mampu nak beli?tetambah ekonomi makin pesat nak beli pun ikut kemampuan ala kadar saja kekadang tu kan.


Tapi tak mengapa!! Jangan risau kalau nak cantik dengan petua-petua menggunakan bahan-bahan yang mudah dan yang pasti murah la kan?Dan berbaloi dalam ekonomi sekarang ecewahh jom kita tengok apa yang perlu ada dan apa yang mudah dan murah sangat untuk nampak cantik anggun dan terserlah itu.


10 PETUA KECANTIKAN YANG MURAH DAN MUDAH DIDAPATI


Nak cantik, kita tak perlukan alasan. Yang penting usaha dan sedikit pengorbanan. Masa dan duit jangan diambil kira kerana itulah sebahagian harga yang perlu kita bayar untuk cantik meletops.


Alaaa sebenarnya bukannya nak cantik sangat, sekadar sedap mata memandang sahaja, kan.
Okaylah, untuk anda yang nak cantik dengan mudah dengan cara berjimat boleh cuba beberapa petua ubat semulajadi di rumah seperti dibawah.







Bahan-bahan yang kita gunakan ini ada didapur. Jadi tak perlu bimbang untuk mencari. Pokok pangkalnya kita ni rajin ke idok untuk membuatnya? 


Psst.. nak cantik perlulah kerja keras sedikit yea.


Dengan tip yang diberi diatas Moga ia mendapat manfaat untuk korang semua.



SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, January 17, 2018

RESEPI KUIH BOOM

Huh ada tak peminat kuih boom?Mesti ramai kan?Terutama bila masa bulan puasa kan!eh ni persiapan nak atur masak pencuci mulut untuk buka puasa ka eh? oh tetiba pula la kan.Selalunya kalau nak makan sarapan atau masa bulan puasa sebelum makan nak juga makan kuih muih,salah satu menu pembuka selera yang Kak Fa suka adalah kuih boom.


Kuih tradisional la orang katakan,senang saja nak buat kuih ni mudah dan cepat ecewahh yang penting bahan-bahannya perlu la ada kan. Orite meh sini akak kasi resepi untuk kuih ni eh kot-kot ada yang kenan nak buat menu pembuka selera masa minum petang ka pagi ka atau nak buat jadual kuih muih mana nak buat masa bulan puasa nanti kan?Amboi awai pikir pasal puasa ahahaha,ikut la korang nak letak banyak mana tepung bergantung pada berapa orang nak makan okey


BAHAN-BAHAN
Tepung Gandum
Tepung Pulut
Kacang Hijau
Gula Merah
Gula Putih
Kelapa
Bijan
Daun Pandan



CARA-CARA MEMBUAT

1) Masukkan tepung pulut dan tepung gandum sekali dan gaulkan dengan air.Tepung gandum letak sikit ja jangan banyak,pastikan jangan sampai lembik sangat agak-agak boleh diuli dan digolek ketika mahu golekkan dengan intinya nanti

2) Untuk intinya pula,masakan gula putih dan gula merah dan masakkannya hingga gula hancur 

3)Rebus kacang hijau dan kemudian masukkan gula yang dimasak ke dalam kacang yang telah direbus itu tadi

3)letakkan daun pandan untuk wangikannya,kemudian letakkan kelapa yang diparut dan kacau

4)Kemudian letakkan sedikit tepung gandum kedalam inti itu tadi untuk menjadikan inti itu likat dan memudahkan proses untuk membentuk inti jadi bulat


Tepung gandum dan tepung pulut diuli dengan air


inti yang telah digolekan menjadi bulat


Golekkan inti dan tepung menjadi bulat seperti gambar diatas


Golekkan kuih boom yang telah siap itu tadi dengan bijan



Tara...Siap digoreng heeee




SELAMAT MENCUBA 

Thursday, January 4, 2018

C-TRIMAX MALAYSIA (KURUS TANPA BERLAPAR)

Bercerita mengenai nak nampak cantik, kurus, selim? Semua orang nak cantik, kurus, selim tak gitu?Kalau orang lain cantik, langsing tapi kita tak cantik, tak selim melim mesti ada rasa dengki lepas tu mula nak merendah-rendahkan orang yang cantik tu? Ya ka?

Asal nak kurus saja mesti ada ja yang nak sakitkan diri sendiri semata-mata untuk tampil nampak kurus? Kan banyak cara yang boleh diambil,seperti contohnya penggambilan supplement.

"KENAPA SAYA MAKAN SUPPLEMENT TAPI TAK BERKESAN?"

Ini soalan yang biasa kita semua dengar kan?Terutama bagi mereka yang amalkan pengambilan supplement.Tak kisahlah supplement apa sekali pun.Sekarang ni kan dah ada macam-macam jenis supplement yang tersedia keluar di pasaran.Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala bagai segera ada.


Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari ?
• Konsisten tak kita makan supplement tu setiap hari ?
• Cara pengambilan kita macamana ? Selepas sarapan ? Tengahari ? Sebelum tidur ? Lepas makan ?
• Apa yang kita makan dan minun sepanjang pengambilan supplement tu? Makanan ringan ada tak ambil?


ELAKKAN MAKAN SUPPLEMENT SERENTAK DENGAN UBAT sebab supplement yang kita makan tu tak dapat diserap dengan baik oleh badan kita.Jadi ia tak berguna juga kan?
Penyelesaiannya kita perlu buat jadual jika makan supplement ni.Sebab tu kalau nak makan dan amalkan supplement ni kita kena lebih disiplin.


Hari ini Kak Fa nak review dan wawarkan kepada anda semua mengenai satu supplement yang dimana bagi sesiapa yang nak "KURUS TANPA BERLAPAR" Apakah nama produk itu? Ha nama produk tu adalah C-Trimax. 


Apa itu C-Trimax?

C-Trimax ni merupakan agen pembakar lemak yg membantu mereka yang menghadapi masalah kegemukan & lemak yang berlebihan di anggota badan.Nak berat lebih cepat turun, kena banyakkan minum air setiap hari campur dgn 1 sachet Ctrimax dan lemak teruss akan berkurangan okey!

Cuba amalkan minum 1 sachet CTRIMAX setiap pagi InsyaAllah perut lebih lama kenyang hingga ke malam. Ctrimax ini sebenarnya dirumus daripada ektrak buah-buahan antara buahnya adalah buah markisa, dimana buah markisa ini ia mampu untuk membakar lemak serta membekalkan tenaga untuk badan kita.




  • Produk yang boleh membuang toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu kepada semua anggota badan
  • Dengan ctrimax ini anda akan kerap haus dan perlu minum air dalam kuantiti yang banyak.Tapi paling penting ctrimax ni lulus KKM
  • Berfungsi seperti Fat burner jika disertakan sekali dengan melakukan senaman,lagi ketara efek yang akan dapat
  • Sekotak ctrimax ini mempunyai 15 sachet.Mempunyai rasa yang berperisa dari buah markisa,serbuk ini perlu dibancuh dengan air (suhu bilik)minum 30 minit sebelum makan
  • Minum ctrimax sebelum sarapan dan sebelum dinner atau ambil sebelum sarapan 15-30 minit sebelum bersenam(petang)
  • Bancuh ctrimax bersama-sama ½ gelas air sejuk,kacau sehingga sebati dan minum serta merta
  • Bagi yang mempunyai berat badan 100kg keatas boleh makan 3 sachet sehari.Sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum dinner
  •  Bagi yang mempunyai berat badan 70kg keatas boleh makan 2 sachet sehari.Sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum dinner


TUJUH FUNGSI C TRIMAX (FORMULA KURUS TANPA BERLAPAR)

  •     Menghalang pembentukan lemak
  •     Mengawal berat badan
  •     Mengurangkan dan mengawal selera makan
  •     Mengurangkan kolestrol
  •     Menambah tenaga
  •     Melancarkan dan membaik pulih peredaran darah
  •     Membuang toksin dalam badan
Harga untuk C-TRIMAX

WM- RM 120.00


TESTIMONI PENGGUNA 

 

WOW TURUN 3-4 KG?

ANDA PATUT CUBA C-TRIMAX 

BERBALOI!!


Seronok kurus tanpa kita rasa berlapar kan? dan paling seronok dapat turun berat badan dengan berkesan dengan hanya minum supplement C-TRIMAX OKEY !! 



Nak mencuba minum supplement ini?


Boleh terus ka FB Page C-Trimax Malaysia


Azam tahun baru korang apa? Sah-sah nak kurus kan? Jom kurus dengan 
C-TRIMAX

(hakak nak gemuk) kbye bebelan kak FA




CARA BUAT LAKSAM

Hi ampa semua lama sis tak celoteh dalam blog kan?Tapi Sis ada saja di fb or insta tu.Ok disebabkan ada yang bertanyakan cara nak layur nk b...