BAHAN-BAHAN UNTUK LAYUR TEPUNG:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Air 4 cawan
Garam (secubit)
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM :
4 ekor Ikan sardin
1 ekor ikan kayu -size kecil
1/2 inci halia
2 ulas bawang besar (sederhana)
2 ulas bawang putih
400ml santan (ikut korang nak sikit ka banyak)
2 keping asam gelugor
1/2 sudu kecil lada hitam dikisar
Untuk ikan tak kisah pun ikan apa ikut kesukaan korang
BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL
Cili api 2 tangkai
Cili Merah 2 tangkai
Belacan sedikit
Semua bahan itu ditumbuk,kalau korang suka sambal banyak tambahkan saja cili tu ya hehee
CARA-CARA UNTUK BUAT KUAH :
Ikan direbus dahulu,kemudian dikisar (untuk tulang bergantung sama ada korang nak kisar sekali atau nak buang) kalau tak buang tulang tu pun tak apa nanti tapis hehe
Masukkan bawang dikisar serta ikan dikisar tadi dan asam keping biar mengelegak, kemudian masukkan gula,garam untuk penambah perisa.Dah rasa semua tutup dan boleh dihidang.
CARA-CARA UNTUK LAYURKAN TEPUNG :
bancuh tepung pakai air suam jangan terlalu pekat dan terlalu cair sangat,sedang-sedang sahaja.
lepas dari itu gunakan tin periuk nasi yg didap-dap dengan minyak,kemudian kasi letak kejap periuk tin itu dalam tempat kukus selama 5 minit gitu,then taruk tepung tadi di atas periuk tin dan kukuskan smpai jd mcm mengelembung kemudian boleh la angkat.
ini la kejadian setelah tepung dilayurkan
Tara...Siap untuk dihidang dan makan.
SELAMAT MENCUBA.