July 24, 2017 0

PUTIH MELEPAK BAGAI SANG PUTERI

Ramai yang nak putih? mesti ramai kan? tetambah bagi yang banyak aktif dalam sukan luar ni..terutama budak sekolah dan pelajar universiti..tak lupa juga para pekerja yang giat aktif dalam riadah sukan ini. Hari ini kak Fa nak kenalkan bagi seluruh pembaca semua serba sikit info satu supplement yang boleh mencerah,mengatasi masalah jerawat,anti penuaan,kaya dengan vitamin? nak tahu lanjut? rujuk di ⤾




INFO SeriBella :

๐Ÿ“ Sesuai diambil oleh lelaki & perempuan 11 tahun & ke atas.
๐Ÿ“ Minum 2-3 liter air kosong sehari untuk kesan maksima.
๐Ÿ“ Hanya perlu dikemam atau dikunyah.
๐Ÿ“ SEDAP. Rasa masam manis.
๐Ÿ“ Perempuan mengandung tidak digalakkan ambil.
๐Ÿ“ Boleh diamalkan semasa pantang (menaikkan seri wajah).
๐Ÿ“ Ibu menyusu amat digalakkan untuk ambil (baik untuk kulit bayi juga).
๐Ÿ“ Jarakkan 4-5 jam dengan kaffein/ubat-ubatan lain.
๐Ÿ“ Sesuai untuk semua jenis kulit.



KEBAIKAN SeriBella.

๐Ÿ… Mencerahkan kulit berkali ganda seluruh badan.
๐Ÿ… Mengatasi masalah jerawat & parut jerawat.
๐Ÿ… Melembabkan & menaikkan seri wajah.
๐Ÿ… Anti Penuaan & atasi masalah jeragat.
๐Ÿ… Diperkaya dengan vitamin, mineral & antioksida (Detox).
๐Ÿ… Memberi tenaga sepanjang hari.



Nak tahu? Bahan Utama yang ada dalam SeriBella? Meh akak share sikit bahan yang terkandung di dalamnya :


BAHAN UTAMA SeriBella:

๐Ÿ… Tomato – Mencerahkan kulit 5 kali ganda.
๐Ÿ“ Strawberi – Kaya dengan mineral & vitamin.
๐Ÿฏ Madu – Melembabkan kulit. 
๐ŸŒฑ Daun Buah Zaitun – Atasi masalah jerawat/jeragat. 
๐Ÿ’ง L-Cysteine – Detox tubuh badan. 
๐Ÿž Yis Ceramide – Anti Penuaan


TESTIMONI PENGGUNA SERIBELLA






SERIBELLA (CRYSTAL TOMATO)


(30 Chewable Tablets)


"Seri hari ini, Seri selamanya"


Price : RM60

Tidak termasuk harga pos penghantaran




Ada yang BERMINAT?? Boleh terus direct whatshapp sis ๐Ÿ˜‰ www.wasap.my/60134294786



July 22, 2017 0

SENGGUGUT BERPUNCA DARI SYAITAN

Ramai perempuan yang mengalami masalah senggugut ni cuma beza ada yang teruk ada yang masih boleh bertahan. Lelaki memang tak ada masalah senggugut sebab dorang takde rahim.. Yang ada cuma yang bernama Rahim jer. Organ yang di namakan Rahim tu orang lelaki tak ada yer... So tak payah la nak guna alasan senggugut bagai wahai kaum adam.


Senggugut ni biasa berlaku sebelum datang haid atau semasa haid. Bergantung kepada seseorang juga. Ramai yang tak tahu senggugut sebenarnya adalah dari gangguan syaitan.. Mesti ramai perempuan yang mengalami masalah senggugut cuak kan? Tu dia.. masing2 gigit jari dah.. Rilex yer sis.. Meh kita baca penjelasan yang saya ambil dari page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith



Menurut ustaz Rozaimi..



SENGGUGUT DALAM ISLAM.


Terdapat sebuah hadith panjang yang diriwayatkan daripada Hamnah binti Jahsy bahawa Baginda bersabda berkenaan istihadhah yang dialami oleh Hamnah: ุฅู†ู…ุง ู‡ูŠ ุฑูƒุถุฉ ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู† "ianya adalah hentakan/pukulan yang berpunca daripada syaitan". (Riwayat Ahmad 6/381, 439, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad hadith ni 797, Abu Daud hadith no 287, Ibn Majjah hadith no 622 dan 627 dan al-Tirmizi hadith no 128. Takhrij hadith melalui kitab al-Musnad al-Jami' oleh Dr Bassyar 'Awwad dan rakan-rakan, jld 19 m/s 136, hadith no 15879, di bawah biografi Hamnah binti Jahsy no 1092. Cetakan pertama, tahun 1413 H/1993 M. Dar al-Jail, Beirut). 

Terdapat perbezaan pendapat para al-Nuqqad terhadap hadith tersebut. Al-Imam Ahmad dalam satu riwayatnya mendhaifkan hadith tersebut. Demikian juga Abu Hatim turut mendhaifkan sanad hadith tersebut.

Perbahasan lanjut rujuk al-Musnad al-Mu'allal oleh Dr Bassyar 'Awwad dan rakan-rakan, jld 36 m/s 205 dan seterusnya, hadith no 17416. Cetakan pertama, tahun 1434 H/2013 M. Dar al-Gharb al-Islami, Beirut. Wallahua'lam.


#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith


Cara untuk mengatasinya Ustaz Rozaimi pun ada bagi. Boleh rujuk screenshot di bawah yer




Insya Allah dengan berpandukan Al Quran boleh membantu masalah senggugut ni. Sesungguhnya dalam Al Quran banyak penawar yang boleh kita pelajari cuma kita manusia ni terkadang malas dan alpa saja kan nak baca Al Quran & terjemahan dia. hehehehe







July 12, 2017 2

RESEPI NASI ULAM

Assalammualikum dan hi semua..Siapa disini pernah makan nasi ulam? Sedap kan? Ka ada baru pertama kali dengar? Hahaha tak apa hari ini kak fa nak share resepi nasi ulam,mana tahu korang berminat atau nak mencuba resepi ni kan? Bahan-bahan kak fa banyak ambil di rumah sahaja sebab kak fa banyak tanam pucuk-pucuk untuk buat ulam ni..Nasi ulam ni tradisi turun temurun..macam tradisional la sikit kan? Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan okey?



BAHAN-BAHAN

Bawang besar
Halia
Lengkuas
Pucuk kari
Pucuk kaduk
Pucuk betik
Pucuk manga
Serai
Pucuk limau purut
Pucuk kunyit
Pucuk mengkudu
Pucuk lemuni
Pucuk beluntas
Pucuk jangus
Pucuk cekur
Lada hitam (ditumbuk)
Kerisik
Ikan masin (tenggiri)




CARA-CARA MEMBUATNYA :

  • Masak nasi dahulu
  • Potong kesemua bahan-bahan pucuk itu tadi (dipotong halus)
  • Goreng ikan masin (ikan tenggiri)
  • Setelah goreng ikan masin, biarkan ia sejuk sekejap
  • Setelah sejuk,masukkan kesemua bahan pucuk ke dalam nasi yang telah dimasak(tunggu nasi sejuk dulu) kemudian masukkan ikan masin dan kerisik
  • Gaul kesemua bahan hingga sebati dengan nasi


Dah siap masak nasi ulam!! Nak lagi sedap korang kena makan dengan sambal ikan bilis atau sambal udang atau sambal ayam (ayam masak merah) ka kan? Ikut minat korang…macam kak fa buat sambal ikan bilis dan begedil sahaja..siap untuk dihidang!!







Pucuk mengkudu,Pucuk lemuni Pucuk beluntas, dan Pucuk jangus kak fa tak ada..nak lagi sedap banyak ulam-ulam lagi sedap tau hehehe selamat mencuba you alls...tak sempat tangkap gambar nasi dengan sambalnya sebab terus ngapp kemulut tak menyempat wakaka..