bertanya itu lebih baik

salam hye semua ok dikala hujung minggu ni terasa lak nak post entry hehehe :) ok hari ni nak aku nak cerita pasal satu benda ni terjadi terutama pada kanak-kanak ketika masih bersekolah. Sekolah rendah terutamanya yer :) ok baiklah budak-budak sekolah rendah ni bagi yang tak banyak mulut,dan tak banyak cakap tu harus dibuang sifat itu Bukan apa mereka ni kalau tak tahu sesuatu mesti asyik diam dan tak bertanya kan? orang tua-tua kata kalau tak tanya sesat jalan kan? So bagi yang tak banyak mulut ni dya better mendiamkan diri sahaja. Ok tabiat kanak-kanak yang macam ni haruslah dibendung oleh ibu bapa kerana kalau tidak kelak anak-anak ni ketinggalan dari segi pembelajaraan atau kemunduran dalam pembelajaran mereka sebab dan 1 subjek tak berapa nak faham malu bertanya kawan malah pada kawan-kawan, sebab malu atau takut bertanya. So mulai saat kini ibu bapa harus memerhatikan atau memantau anak-anak mereka supaya perkara macam tu tak berlaku pada anak mereka. Kalau tak musnah pembelajaran anak-anak mereka kelak. Ibu bapa harus pantau juga di sekolah anak mereka dengan bertanyakan pada cikgu-cikgu sekolah perkembangan anak-anak ketika anak mereka berada disana. Perkara macam ni harus dibendung jangan membiarkan mereka kerap tidak banyak bertanya. Akibatnya ia akan hanyut suatu hari nanti. Seperti kata orang tua-tua 'Malu Bertanya Sesat Jalan' kan? Bukan kanak-kanak jua kalau kita yang dah dewasa ni pun jangan segan untuk bertanya jika ada masalah tak kira di office, di kuliah or dimana saja perjalanan kita mahu pergi jangan berat mulut untuk bertanya atau bongkah dan segan nak tanya orang ramai ok?

p/s : Jangan Sombong Untuk Bertanya kelak Sesat Jalan

10 comments:

Hannan Al-Qudsey said...

betul tu... bukan takat budak tadika sahaja.. semua orang khasnya.. kalau sombong2 taknak tanya orang lain pun guna GPS tu pun bertanya juga kan.. hehehe

Akmal Khalidah said...

sokong dengan Hannan Al Qudsey..hahaha...malu2 kucing..bukan budak kecik je...budak besar pun malu nak bertanya..

YOUsoF said...

Sangat betul lah tu Efa.. Malu bertanya sesat jalan, malu berkata orang kata sombong lak hehee

JIJI YU said...

senafas je aku bace entry ko

ch!natsu said...

huhu btol tuh..
sesape pun if xtau perlu brtanya..

mie said...

betul tu...
sila buang rasa segan untuk bertanya..
eheheeee

Ain Zulaikha said...

kalau kita banyak tanya pun tak bleh jgk kan.. nanti orang kata asik tanya je sampai orang lain pun rimas dengan kita T_T kalau tak tanya pun masalah jgk.. so apa yang perlu buat bertanya jika perlu..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Kalau tanya tu pulak jangan lah soalan merapu macam Shag suka tanya kat Cikgu dulu2 :P

A'IM said...

malas nak bertanya kalau sesat jalan sangup drive pusing2..haha

Solihin Zubir said...

bagus sebanrnya rajin bertanya..
tp kdg2 byk tanya pon org rimas.. kan..
manusia.. semua tak kena.. nehhehe..