Tuesday, December 20, 2011

si comel shop online?

Assalamualikum dan salam sejahtera semua hehe hari ni entry pendek dari aku untuk korang semua ok hari ni aku nak promote 1 blog iaitu Apezs shop online orite aku promote sebelum aku balik asrama sebabnya kalau dekat sana karang takut tenet buat hal ka hapa kan hehe.Ok sebenarnya blog ni ada menjual/mengimport arnab yang comel ok!tak caya? tak caya sudah :p Selalu kita pernah tau ada  shop online tudung dan lain-lain ja kan? kini pet shop online pon hado ok? ka aku sorang ja baru tau -_-' haha so apa tunggu lagi boleh la korang pergi jeguk tengok dekat blog tu yea kalau tak caya gi tengok yea hehe comel-comel arnabnya

jom tengok  Si Arnab Comel

Friday, December 16, 2011

butter prawn

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua hehe ari ni mimpi apa pun tak tau terasa tekak nak makan udang? haah udang,buat sekian lamanya aku tak makan udang kerana aku alergic pada seafood huhu so arini tak leh jadi aku nak juga makan udang apa nak jadi jadi la kahkah :p so padan muka aku sat lagi sebab makan udang so  aku masak butter prawn ni khas buat tatapan semua reader ok? kehkeh aku buat sendiri ok :)

bluppp...sedap lama aku tak makan kau wahai udang ehehe 

Wednesday, December 14, 2011

tiada gunanya lagi

Assalammualikum dan salam sejahtera untuk semua ya apa yang tiada gunanya lagi tu? ya pasti anda tau bahawa bila anda semua pergi ke hypermaket tiada lagi beg plastik kan? macam setengah tempat ada hari tertentu saja yang tiada penggunaan beg plastik tapi macam dekat tempat aku plak sekarang tiba 1 day tu lepa kata tiap-tiap hari tiada beg plastik!

So bagi aku kalau korang nak pergi hypermarket tu bawa la green beg tu contohnya pic yang digoogle  oleh aku :) macam ni

 

ataupun korang buat la beg sendiri hehehe ok? kalau korang tak bawa green beg dan beg yang korang buat tu nanti korang kena cas 20 sen untuk 1 beg plastik tau,ada 1 kes dekat hypermarket aku pi ritu, 1 mak cik ni memarah orang kaunter cashier tu sebab plastik beg kena cas 20 sen. Jangan memarah kan kempen tiada lagi beg plastik dah dilancarkan masa bulan januari  2011? tak nah dengar ka? so jangan memarah yea len kali bawa2 la green beg dll ok? 

Sunday, December 11, 2011

tahniah MU menang

tahniah buat siapa? ya tahniah buat Manchester United kerana telah menang dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dengan membelasah 4-1 dengan Wolverhampton.Tahniah buat pasukan Manchester United :) nak tahu lebih lanjut ceritanya klik MU menang

yeah MU menang ^_^

Thursday, December 8, 2011

anganku musnah

Assalammualikum dan hai semua ok hari ni aku ada 1 cerita yang dikongsikan dengan korang tau..nak tau apa?ahakz sila baca dialog dibawah yang direka oleh aku yea 

mak Munah : azwan....oh azwan haish hang buat apa dekat atas tu? duk tidoq apa lagi budak ni...nanti sat dia nak kena ni tengah  rembang macam ni pun tak bangun-bangun lagi? tunggu hang sat..

mak munah memarahi azwan kerana dia tidak menyahut pertanyaan sebentar tadi,azwan sedang tidur nyenyak dibuai mimpi sampai mak munah memanggilnya pun dia tidak sedar

di dalam bilik azwan.....

Azwan sedang tidur dengan nyenyaknya,sehingga bermimpi...

Azwan : waah....terima kasih ya pak sebab belikan cheq pelampung ni leh la azwan belajaq berenang na?

Pak manan : ha azwan hang tak payah dah duk pi tengok ja orang berenang dekat kolam renang tu na sekarang hang guna pelampung yang ayah bagi tu untuk hang belajaq berenang dekat situ na?

Azwan : la sungguh ka pak?terima kasih la pak nuh sebab sudi pi beli pelampung ni untuk cheq guna nak belajaq berenang tu nah sayang pak...

Pak Manan : ha belajaq berenang tu elok-elok tok sah main-main,belajaq berenang jangan sampai lupa belajaq dekat sekolah tu nuh?ingat pesan pak ni nah

Azwan : cheq takkan lupa aih pesan pak.. cheq ingat sampai bila-bila

Pak manan : ha kalau lagu tu bagus

Azwan : terima kasih lagi sekali nah pak..

Pak manan : tak pa eh

setelah itu azwan berangan-rangan sedang berenang di kolam renang dengan pelampung yang pak dia beli

Rubber ring

tiba-tiba angan-angan azwan tu bertukar...

Mak munah : amboi duk tidoq lagi nah?nah ambik ang ayaq satu baldi....bagun..........

Azwan : apa ni mak...basah abes ni 

Mak munah : ha tidoq lagi sampai tengah rembang ni la akibatnya bangun lekas...pi mandi,makan apa semua...ni ja la kerja ang noh masa cuti sekolah tidoq ja kerja apa nak jadi pun tak tau pi lekas

Azwan : ya la sat lagi cheq pi la..

Mak munah : ha tercegat apa lagi dekat atas katil tu ha? pi lekas mandi

mak munah pun berlalu pergi ke dapur...

Azwan :musnah abis eh impian aku nak berenang tadi ish last-last aku kena simbah ayaq 1 baldi dengan mak aku adoi berangan ja aku duk belajaq berenang segala bagai tadi rupanya mimpi ja rupanya adoi... (dalam hati Hot Head)


cerita diatas tiada kena mengena dengan sesiapa ya hanya rekaan dari aku semata-mata renungan bersama jangan berangan-angan di tengah rembang kahkah Laugh

Wednesday, December 7, 2011

melatah kuat?

Assalammualikum dan hai semua ehehe ok hari ni aku nak cerita sedikit pasal melatah kuat ok! ramai bukan yang suka melatah kan? tapi tak semua la kot bergantung pada seseorang tu ka? faktor orang yang melatah ni mungkin bagi aku adalah sebab faktor keturunan. Mungkin nenek moyang mereka ka sebelum ni pernah melatah dan ia diwarisi oleh anak cucu mereka mungkin?

Bagi aku orang yang melatah ni kalau mereka tak diacah atau tak disakat oleh rakan-rakan atau sedara mara mereka mungkin mereka tak akan melatah walau sepatah pun, jikalau mereka disakat maka terjadilah melatah itu tak kira perlahan atau kuat bunyi melatahnya itu.

Pernah suatu ketika dahulu waktu aku sekolah menengah ada 1 member aku ni kuat benor melatah ok! macam-macam keluar dari mulutnya bila dah melatah ni tau, dya akan ok kalau tak ada orang yang kacau dya,malangnya ramai yang suka menyakat dan suka benor bagi dya melatah. Member aku pernah bagitau aku yang dya kekadang penat+semput bila orang duk acah dya. Kecian dekat member aku tu tapi nak buat macam mana dah orang lain suka sakat dya hurm...

Benda ni boleh diatasi jikalau tak ada orang duk mengacah ia tak akan jadi melatah, bagi aku la kan kalau korang ada member-member yang suka melatah ni korang jangan la mengacah dan mengacau mereka ok! tak kecian ka huh? renung-renungkan kalau korang la yang ada dekat tempat member korang yang melatah tu ha amcam?

pic pinjam google ^_^

tutorial pen tools?

Assalammualikum dan selamat petang semua ahaha ok ari ni aku nak buat 1 tutorial pasal pen tools kahkah :p sebab ada orang tanya aku macam mana nak guna pen tools dalam adobe photoshop huhu aku tak sure la pula dya saja buat tak tau ka apa ke kan? so aku nak share la cara guna pen tools dekat photoshop tu huhu sesetengah orang tau guna pen tools dekat adobe illustrator ja tapi dekat photoshop tak tahu ok meh sini aku share sikit ye ilmu yang aku ada yang tak seberapa ni jom kita tengok cmna nak guna ok?


1 step
bukak sofware adobe photoshop kemudian ikut pic dekat bawah pergi ke menu bar > file then klik > open.

step 2

bila korang dah klik macam step 1 tu then korang pilih la pic yang korang nk tres tu yea contoh aku pilih pic dibawah ni


step 3
pergi ke tools dan ikut macam pic di bawah yang beranak panah merah tu




step 4

tengok dekat menu bar macam pic dekat bawah,dan klik pada anak panah yang berwarna merah tu ya



step 5

korang klik ja guna pen tool macam yang bertanda merah tu


kemudian korang klik lagi ikut macam pic yang bertanda dibawah tapi jangan lepas kan ok?


step 6
korang buat ikut bentuk benda yang korang nak buang tu yea contoh aku buat macam pic dibawah korang ikut lekok macam aku buat tu tp jangan lepaskan mouse korang masa membuatnya yea :)



lepas dah ikut lekok tadi korang lepaskan mouse orite? then klik dekat tanda macam dekat bawah tu eh


sebab buat macam tu untuk hilangkan garis macam pic dekat bawah ni


kemudian korang tres sampai jadi macam ni

nampak garis-garis  diluar tu? hak orang tres hingga jadi macam tu ok! then korang right klik dan dya akan keluar macam pic dibawah ok


kemudian garisan putus-putus tu akan menari-nari  macam pic di bawah (hanya di photoshop ja akan menari-nari ya)
step 7
pergi ke layer ikut macam pic dibawah then double klik ok


bila dah double klik akan keluar macam ni


then korang perlu tekan button keyboard delete>tekan ctrl D lastly akan jadi macam ni

see dah hilang background tu kan? 

ok itu ja entry aku untuk hari ni yang tak seberapa and very the long-long ok!ada sebarang pertanyaan pasal tutorial ni kasi tau la yea

selamat mencuba!!

Friday, December 2, 2011

best+creative lagu ni

Assalammualikum dan selamat tengahari semua hehe dah makan belum ni? korang masak apa ja? sah sedap kan-kan? hehe ok hari ni aku nak kasi korang tengok dan dengar lagu ni best sangat bila diaorang medleykan hehe bagi aku diorang ni kreatif sesangat tau huhu so jom dengar lagu ni medley lagu pokok,dan beribu sesalan oleh Rain Over Me (Pitbull Feat Marc Anthony) kretifkan diorang buat cmtu hehe so layan for this weekend :)



suka tengok dya main alat muzik tu >.<

Thursday, December 1, 2011

mari vote!!

Assalammualikum dan selamat petang semua ok mood arini nak mengvote eh vote apo plak la kau ni pepetang cmni? haha ceh itu tanda aku tiada kerja nak buat la kan? haha serius bosan aku duk dekat rumah ni....tibo2 aku baru teringat dekat kawan aku ni ha dya masuk pertandingan Pencarian Ikon JJC 2011,tak tau apa tu?

ha kalau nak tau korang just klik dekat fbJJC ni ok pastu korang tolong la sekali like2  member aku punya pic tu sekali na iaitu syakila orite pic yang dipertaruhkan tu adalah 


***
***
***
***
***
***
***
***
***
******
***
*

taraa 

>.<



p/s : vote yea jangan tak vote... >.<

Gayatkah anda ?

Nak cerita mengenai gayat atau pun tidak bagi anda diluar sana? gayat?? gayat untuk apa la kan?kak Fa ni? gayat bila duduk atau berdiri di ...