
Seterusnya pihak jabatan agama negeri akan melakukan ujian saringan dan jika ramai peserta yang mendaftar ujian saringan kedua akan diadakan sebelum diuji pada ujian terakhir.Peserta dalam menghafaz ini perlu menghafaz al-Quran dan mengingatinya dengan baik. Ini kerana mereka dikehendaki menjawab dengan membaca ayat al-Quran secara hafazan tanpa melihat mushaf mengikut tempoh yang ditetapkan.Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mendekatkan masyarakat Islam dengan al-Quran dan mencintai kitab suci itu.
Di saat kemajuan teknologi dan globalisasi yang mencabar ketika ini, masyarakat Islam amat digalakkan mengikutinya tanpa mengabai al-Quran dengan menjadikan bacaannya rutin harian.Sesungguhnya ramai yang terpegun apabila melihat peserta mampu menjawab keseluruhan soalan tanpa kesalahan.Setiap tahun kualiti peserta juga meningkat dengan mereka mampu mempersembahkan hafalan dengan alunan suara mengikut seni tarannum al-Quran.Secara positifnya, paradigma pemikiran telah berlaku dalam masyarakat tentang menghafaz al-Quran.
Satu masa dahulu jika disebut menghafaz al-Quran terbayang kepada kita orang yang menghafaz al-Quran itu adalah buta, tua, nakal atau yang tidak lulus dalam persekolahan.Namun ketika ini, ibu bapa berlumba-lumba mendaftar anak mereka yang lulus dengan baik dalam peperiksaan di pusat tahfiz al-Quran.Lebih menarik, terdapat pusat tahfiz yang menggabungkan hafalan al-Quran dengan aliran sains.Menghafaz al-Quran adalah satu tugas yang amat berat dan susah. Untuk merealisasikannya, penghafal al-Quran mestilah mempunyai minat yang tinggi, menghafaz dengan ikhlas hanya kepada Allah, disiplin masa dan istiqamah.
Semua ciri tersebut memungkinkan mereka mengingati al-Quran.Kesusahan menghafaz al-Quran hanya bersifat sementara iaitu di peringkat permulaan.Apabila sudah mempunyai pengalaman, mereka mampu menghafalnya dengan mudah dalam tempoh yang singkat.Menurut Tafsir Jalalain, kehebatan al-Quran dan kecanggihannya adalah ia merupakan satu-satunya kitab samawi yang dihafal.Ini tidak berlaku pada kitab taurat, injil atau zabur. Allah SWT telah memberi satu jaminan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al-Quran untuk peringatan dan pengajaran maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (al-Qamar: 22)
info TAHFIZ AL QURAN
perlu mengajar kanak-kanak daRi kecik lagi bab-bab tahfiz AL QURAN NI
13 comments:
Untung orang yang dapat hafaz al-quran nii.. ;)
bertuah dapat anak2 tahfiz:)
stuju ngan zwan
memang kene latih dr kecik , kalo beso konfirm otak dh kematu . xmau nye huhu
sy dgr org kata kalo letak budak2 kecik kt dlm bilik yg terpasang lagu alunan Quran. kalo dia asyok dgr je.. dia boleh hafal taw.. sbb memori budak kecik bersih dan kuat
Ini bukan April fool ok
Ubi kentang berbentuk manusia bogel
beshnyaa.. ;)
alhamdulillah..bagusnya..bilalah akak nak jadi macam mereka...
Alhamdulillah..
smoga smakin bertambah la golongan huffaz...
melentur buluh biar dri rebungnya..
saya suke entry ni!! likeeee!
sejuk hati dgr tahfiz nih hihi
tu......penuntut tahfiz pro teknologi okey..untung diowng ada komputer mcm tuw time study
baguih entry nie..like1000x..=)
keep on writting good entri efa
suka dengan entri anda. :D
Post a Comment