Skip to main content

Khasiat buah Delima

Assalammualikum dan hye semua ok hari ni bagi taw khasiat buah delima yea,sapa suka makan buah delima? sedap kan? so memang bagus pun makan buah delima ni taw sebab banyak khasiatnya,nak taw apa khasiatnya?ok sabar-sabar sat nak bagitaw la ni haha


sedapnya ok terus lapar nak makan buah delima...


Buah yang berasal dari timur tengah ini berkhasiat mengubati berbagai macam penyakit. Seluruh bahagian tanaman ini boleh digunakan sebagai ubat. Delima sering ditanam di kebun-kebun sebagai tanaman hias, tanaman ubat, dan buahnya yang boleh dimakan. Batang berkayu, ranting bersegi, percabangan banyak, lemah, berduri pada ketiak daunnya, cokelat ketika masih muda, dan hijau kotor setelah tua. Daun tunggal, bertangkai pendek, letaknya berkelompok.


Berikut cara pemakanan buah ini untuk pengubatan :


Cacingan
  
  • Cuci 7 gram akar delima yang telah dikeringkan, lepas tu potong-potong seperlunya. Rebus dengan satu  gelas air selama 15 minit. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus.
  • Rebus kulit keringnya dan serbuk biji pinang (masing-masing 15 gram) dengan tiga gelas air bersih. Didihkan perlahan-lahan selama satu jam. Setelah sejuk dan minum sekaligus sebelum makan pagi.
  • Campur jus buah delima dengan jus wortel, masing-masing setengah gelas. kacau sampai rata, lalu minum sekaligus.
  • Masukkan satu senduk makan  biji delima kering ke dalam segelas jus nanas yang belum terlalu masak. kacau rata, minum sewaktu perut kosong.

Radang gusi
  • Cuci bunga (tujuh kuntum) dengan air bersih, lalu rebus dengan segelas air bersih sampai mendidih. Setelah sejuk, gunakan untuk kumur-kumur.

Perdarahan
  • Rebus bunga delima (20 g) dengan tiga gelas air bersih sampai tersisa separuhnya. Minum air rebusan dua kali sehari, masing-masing tiga perempat gelas.

Luka
  • Campurkan serbuk kulit buah atau bunga secukupnya dengan minyak wijen. kemudian sapu pada bahagian yang luka.


Sering kencing

  • Ambil isi buah yang segar dan masak satu buah dan segenggam kucai, lalu potong-potong seperlunya. Rebus dengan tiga gelas air bersih sampai tersisa separuhnya, angkat dan sejukkan. Minum air rebusan dua kali sehari, masing-masing tiga perempat gelas.

Batuk yang agak lama

  • Ambil buah yang belum terlalu masak. Setiap malam sebelum tidur, kunyah biji tersebut. Buang bijinya.

Suara serak, kerogkong kering
  • Ambil buah delima segar, belah, dan ambil isinya. Kunyah, lalu buang bijinya. Lakukan 2--3 kali sehari.

so marilah kita jaga kesihatan selalu :)

Comments

Unknown said…
hehe..salu je makan buah ni..tapi tak tau ape khasiat die..
PeNgEmiS dUniA said…
pnah makan ke x ye buah ni ? nyway , nice info :)
YUL said…
wah, thx for the tips nie, cara makan lain2 eh mngikut pnyakit, baru tau. tapi rasanya susah kot nk crik buah nie. hurm
Syafiq Rosli said…
sodap..lama xmkn tau..
BRO_MONDAY said…
miss efa : lama dah x jumpe pokok buah delima ni, dulu kat kampum banyak keliling umah...ai suka buah delima, tapi bila makan rasa x puas...kecik je isi nye, sikit sangat...tapi banyak kelebihan penyembuh penyakit...('',)

p/s : Sila lah BlogWalking ye...tengkiu...
1.New Entry "Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman"
2.New Entry ".:. Pelindung Keselamatan .:."
efa said…
@JIJI YU skrg taw dah kan?hehe
efa said…
@PeNgEmiS dUniA erk2 npa fad tak nah mkn ka?haha thanks
efa said…
@YUL
wc,yerp lain2 erk senang kot huhu kt mall ada ja kalau tak jmpa kt pasar la kan hehe
efa said…
@Syafiq Rosliyerp mmg sedap hehe pi la cri pastu makan haha
efa said…
@BRO_MONDAYwaah yea ka banyak pokok delima kat umah hehe best ala plak huhu haha yea mmg kecik kan hehe tp byk khasiat huhu

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Mahal Tak Mampu!!

Yeah Mahal  tak mampu!!Apakah? hahaha nak tahu apa? yeah aku memang sememangnya lah tak mampu kot beli benda ini kehkeh =) benda apa la aku gomel ni kan ? kehkeh ok...ini tentang NEW iPhone 5 ok? korang mampu? kalau mampu bak beli aku 1 hahaha erk...dalam mimpi ja la boleh korang bagi miahahaha :P ok baiklah dengar cerita The NEW iPhone 5 is Coming July 2011 huhu...aku agak seronok tengok  new iPhone yang bakal muncul itu huhu..teruja plak ekekeke :) ok mari kita tengok sambil baca ok ? tapi dalam BI korang baca lah erk aku malas tukar ke BM haha The iPhone 5 built for 4G is COMING!!!   Lots of speculation is going around on the new iPhone 5... in HD!! Verizon Wireless is currently testing a CDMA version of the iPhone 4 and 5 and Verizon confirms they are making network changes to bring the iphone to their network. The new iPhone 5 is going to be loaded with awesome new features like video chat on 3g and 4g (no longer restricted to WiFi only), face recognition an...