Skip to main content

RON95 selamat ker??

Salam n hye semua pekhabar???harap sihat la yer...tadi masa ak tengah baca newpaper online aku terbaca berkenaan dengan 1 tajuk ni RON95 tetap selamat diguna???dengar cerita minyak RON95 ni meyebabkan kebanyakkan kereta terbakar uish betul ka???tetiba ja aku jadi takut tapi bila baca punya baca balik alhamdulilah....RON95 tetap selamat diguna....ok nak tahu lebih lanjut baca ini ok


BERA 28 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.

''Petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.''Saya harap orang ramai tidak bimbang untuk menggunakan petrol berkenaan kerana bahan bakar itu turut digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Eropah, benua Amerika dan Jepun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini semalam.
Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kejadian kebakaran kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan berpunca daripada penggunaan minyak petrol RON95.
Menurut Ismail Sabri, ada sesetengah pihak beranggapan minyak tersebut tidak sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia.Bagaimanapun, jelasnya, minyak jenis sama juga digunakan secara meluas di negara-negara tropika seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.
"Pengguna minyak tersebut di negara berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah atau gangguan sehingga menyebabkan kenderaan mereka terbakar apabila terbabit dalam kemalangan," jelasnya.Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu, pihaknya akan memperkasakan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) untuk dijadikan medium meningkatkan kesedaran kepenggunaan terutama berkaitan pemakanan seimbang, penjagaan alam sekitar, kebersihan dan pengurusan kewangan.

Katanya, KPS akan diperkenalkan kepada pelajar sekolah menengah bermula tahun depan sebelum diperluaskan di peringkat sekolah rendah.KPS, katanya, berperanan lebih luas berbanding kelab koperasi sekolah pada masa ini yang hanya terlibat dengan aktiviti penjualan alat tulis, makanan dan minuman.Katanya, penumpuan akan diberikan pada tiga perkara berkenaan kerana ia penting bagi memupuk kesedaran kepenggunaan di peringkat awal selain disebarkan kepada ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat.
"Ini kerana, kita dapati pelajar suka membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah."Kita mahu mendidik mereka menjaga alam sekitar seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes manakala dari segi pengurusan kewangan pula, kita mahu menggalakkan amalan berjimat cermat dan menabung," katanya.Ketika ini terdapat 1,586 sekolah atau 71 peratus daripada keseluruhan 2,250 sekolah menengah telah menubuhkan kelab itu.

p/s:jangan takut-takut untuk mengunakkannya yerp :P selamat yerp...terkejut den...tp dh ok :)

Comments

evagebob vid said…
adeyh..ingtkn xselamat..baru lepas isi minyak ron95 td..hahhaha XD
Anna Boleyn said…
huhu skng ni pape eksiden..mst kbnyakannya kenderaan akan terbakar kan. bnyk sngt kes ni jd baru2 ni..

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Mahal Tak Mampu!!

Yeah Mahal  tak mampu!!Apakah? hahaha nak tahu apa? yeah aku memang sememangnya lah tak mampu kot beli benda ini kehkeh =) benda apa la aku gomel ni kan ? kehkeh ok...ini tentang NEW iPhone 5 ok? korang mampu? kalau mampu bak beli aku 1 hahaha erk...dalam mimpi ja la boleh korang bagi miahahaha :P ok baiklah dengar cerita The NEW iPhone 5 is Coming July 2011 huhu...aku agak seronok tengok  new iPhone yang bakal muncul itu huhu..teruja plak ekekeke :) ok mari kita tengok sambil baca ok ? tapi dalam BI korang baca lah erk aku malas tukar ke BM haha The iPhone 5 built for 4G is COMING!!!   Lots of speculation is going around on the new iPhone 5... in HD!! Verizon Wireless is currently testing a CDMA version of the iPhone 4 and 5 and Verizon confirms they are making network changes to bring the iphone to their network. The new iPhone 5 is going to be loaded with awesome new features like video chat on 3g and 4g (no longer restricted to WiFi only), face recognition an...