Skip to main content

bunuh isteri macam ni...

ok-ok nak kasi tahu korang tadi aku baca newpaper online tetiba aku terlihat satu cerita ni....nak tahu apa???bunuh isteri...ish-ish...macam-macam la sekarang ni...aku jadi takut adess....sanggup si suami bunuh isteri...tak faham dah la aku....Dunia 0oh..Dunia...macam-macam...cian kat isteri dya.. tergamak sungguh si suami...Al Fatihah untuk arwah....nak tahu lebih lanjut...ni aku kasi taw...baca yerp...

berita dari utusan malaysia online....

 

Bunuh isteri: Tertuduh lakukan seks berhampiran mayat

SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fazlina Ahmad mengaku mengadakan hubungan seks dengan tertuduh, Mohafri Mohamed ketika mayat mangsa masih berada di dalam almari berhampiran, pada hari kejadian.
Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, mereka melakukan hubungan intim di atas katil di bilik tidur utama di rumah kekasihnya itu kira-kira pukul 5.30 petang, 30 Disember 2009.Kata saksi pendakwaan kelima itu, kejadian tersebut berlaku beberapa jam sebelum mereka berdua menaiki kereta api di KL Sentral menuju ke Perlis untuk berkahwin lari di Thailand.
''Selepas keluar dari bilik air, Mohafri masuk ke bilik air. Dia kemudian mengajak saya melakukan hubungan seks. Mulanya saya tidak mahu tetapi dia kata sekejap sahaja.
''Dia tolak saya ke atas katil dalam keadaan mengadap ke bilik air. Kami ada menggunakan kondom pada masa itu,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Dia dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya.Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang sebelum dijemput Mohafri dan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang.
''Saya tanya kereta Toyota Vios siapa ada di hadapan rumah. Mohafri kata ia kepunyaan sepupunya yang pergi ke Kuantan. Saya juga tanya di mana anak-anak dan pembantu rumah. Dia kata Fazlina bawa mereka ke Pulau Pinang.''Semasa saya di ruang tamu, dia kerap berulang-alik naik turun tangga dari tingkat atas rumah. Ketika di bilik tidur utama, dia sentiasa berada di laluan sebelah kiri saya seolah-olah cuba menghalang saya daripada melihat sesuatu. Saya juga tidak nampak jelas kerana tidak memakai cermin mata,'' jelasnya.
Menurut saksi, selepas mengadakan hubungan seks, dia terdengar bunyi loceng rumah dan diberitahu oleh Mohafri ada seorang polis wanita datang untuk berjumpa pembantu rumahnya, Yayok.Mohafri bagaimanapun enggan membuka pintu rumah kerana Yayok didakwa tidak memiliki pasport dan tidak lama selepas itu, lelaki tersebut menyuruh kekasihnya itu menaiki kereta bersama abangnya, Hanafi.Mereka kemudian menuju ke KL Sentral dan menaiki kereta api ke Perlis pada pukul 8.15 malam sebelum turun di Rawang kira-kira 45 minit kemudian.
''Mohafri beritahu dia perlu buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina dan menyuruh saya balik semula ke Kuala Lumpur seorang diri. Saya naik komuter dan menunggu kawan saya, Wan dari Sungai Buloh datang menjemput.''Pada malam itu, Wan bawa saya ke rumah Mohafri untuk mengambil beg pakaian saya. Apabila sampai, rumah telah dikelilingi pihak polis. Wan keluar dari kereta untuk bertanya dan diberitahu ada kes suami bunuh isteri,'' katanya lagi.
Sementara itu, kakak mangsa, Faizah Ahmad, 47, pula berkata, Fazlina pernah mengadu menghadapi masalah rumah tangga kerana suaminya menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan berhasrat untuk bercerai.Dia yang bekerja sebagai pembantu jururawat bercakap dengan mangsa untuk kali terakhir pada pukul 5 pagi hari kejadian apabila Fazlina menghubunginya dan meminta mengambil cuti kecemasan bagi menghantar bapa mereka ke hospital.''Sebelum keluar ke tempat kerja pada pagi itu, saya ada cuba menghubungi Fazlina untuk memberitahu saya tidak dapat hantar bapa, tetapi adik saya akan berbuat demikian. Tetapi dia tidak dapat dihubungi,'' jelasnya.
Ketika diminta mengecam gambar-gambar Fazlina, saksi tidak dapat menahan kesedihan. Dia dilihat mengesat air mata menggunakan tisu yang diberikan oleh jurubahasa mahkamah.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung pada 13 Januari ini.

Comments

Anisa said…
erk
macam2 kes zaman skrg ni
apezs shah said…
salam,

sedehkan efa,.. kenapa sampai mcmtu sekali. manusia apakah dia tu. apezs rasa dia patut terima apa yg dah buat.
efa said…
[anis]tu la kan..macam2...takut eh skrg ni..
aibaks said…
sori u sey..ni kes lelaki gile seks ngan gila mental kot..
efa said…
[apezs]wasalam,tu la kan sedih sungguh..manusia yang begitu kejam=kejam...yerp..mmg kena terima hukuman yang sepatutnya...

[aibaks]sori apa plak ni??hahaha..tu la kan...entah apa2 la dya tu
Kak Amy said…
salam..

macam2 kes sekarang nie , kejam sangat suami dia..
zazaw said…
ape punyaa suami daaaa
iskk
Asri Alam said…
kejam sungguh.. sekarang utk cari pasangan kena berhati2. mula2 blum dpt muka dan perangai baik mcm malaikat. nanti dah dapat tiba2 bertukar jadi setan. kadang2 ada yg tak boleh lepas drpd ugutan..
Cikbelog said…
bahaya tul..suami sendiri pun tak boleh dipercayai..hadoii
Unknown said…
thx 4 da comment ye...
n sorry xdpt nk msg gune shoutbox..coz kne banned...waaaaaa~
sile tolong nk wat cmne??
sy bdak baru balaja...huhuhu =(
efa said…
[amy]wasalam,tu la kan..mmg kejam haish

[zazaw]tu la kan ish2..

[sasa]huhu..tu la...kena hati-hati..tu yg penting...

[cikbelong]hoho...jaga2...hati2 selalu dengan suami sendiri hehe
efa said…
[I*K*T*I*R*A*F]huhu

[idealz crazee]kena banned??uish...ada ka..
Anonymous said…
Memang tak patut betol si suami tu...dah gila agaknye..si pompuan tu pon satu hal gak, senang jek buat hubungan seks sebelum kawen bile kene ajak...takde maruah betol la..buat malu orang islam jek..
yanamib said…
ada bc psl kes ni...tah hape hape je perangai kn..yg somi tu dh la dosa membunuh, buat seks luar nikah lg..pompuan tu pn sama..mana pergi la maruah org islam ni..hehh~ =_=

Popular posts from this blog

PENGALAMAN BELAJAR BERMULA DARI BAWAH! [Part 1]

Assalammuaikum dan hi semua ok hari ni nak becerita la sikit pengalaman saya belajar yang bermulanya dari bawah! Ok bagi pandangan saya tidak salah jika kita hendak belajar bermula dari bawah ni, apa yang bermula dari bawah? HAHA ya bermula dari peringkat yang kecil-kecil.  Maksudnya disini adalah ketika baru habis lepasan SPM suatu ketika dulu saya mendapat keputusan SPM macam biasa-biasa saja ada A pun 1 aja. 0_o agak kecewa dan terasa sedih apabila target yang nak dicapai itu tak dapat tapi orang lain happy sebab mencapai target dan banyak A tapi saya redha, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi sebab semuanya lulus Amin. Tetapi saya bangkit dan selepas itu saya pun mengisi la borang online untuk menyambung pelajaran saya ke IPTA.  Nak tau apa yang diapplykan? Hehe saya apply masuk Politeknik dan Kolej Komuniti saja,nak apply U macam tiada keyakinan la pula still masih rasa tiada keyakinan diri waktu dan ketika itu hoho so sementara menunggu keputusan itu saya pun kerja buat

Kes Pembunuhan AloNg SpooN

salam and hye semua.... sihat tak??harap2 sihat lah ya...dh makan blum..ka tak bangun lagi kehkeh...bgun2 cepat2...nk cerita ni kat korang huhu...masih igt tak lagu ni  "Rindu ... rindu serindu rindunya Namun engkau tak mengerti oh...oh Pilu ... pilu sepilu pilunya Namun engkau tak perduli" sapa2 yang nyanyi...lagu tu...ala2...igat2  cepat2 igat kembali.... huhu..tu la lagu dari kumpulan Spoon....kalau korang igt la kan kembali....kalo tak igt ni ha ak tunjuk korang ni pic diaorang... ni la kumpulan spoon :P bagi yang dah lupa... hurm....kesian kan along spoon tu telah meninggalkan kita buat selama2nya...sedih 0o..ak minat gila la gak kt kumpulan ni... :( tp hurm...nk wat cmna dh takdir arwah along pergi meninggalkan industri muzik sedih... :(tadi masa ak gi isi minyak kat shell ak tertengok la plak pic dya kt muka depan newspaper kosmo...ttg kes pembunuhan along spoon....dengar kata hukuman gantung dikekalkan pada si pembunuh arwah along tu..kecian kan kt arwah alon

LIPMATTE JAMU TUN TEJA

Assalammualikum.Selamat Pagi. Salam Jumaat buat semua. Hari ni sis nak bagitahu pada wanita-wanita diluar sana yang mana ada masalah penggunaan lipmatte tu kan?Ada tak sesiapa disini mempunyai masalah kalau pakai sesetengah lipmatte? Bukan semua penggunaan ok kan,bergantung pada kesesuaian seseorang. Hari ni sis nak promote dekat korang yang mempunyai masalah bibir sensitif kalau menggunakan lipmatte tu. Untuk pengetahuan korang Jamu Tun Teja ni ada Launch Produk baru mereka iaitu  𝑳𝒊𝒑𝒎𝒂𝒕𝒕𝒆 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒆𝒓𝒃𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒔𝒆𝒅 . Kenapa tak mengeringkan dan healthy for our lips? Sebab dalam Aqua & Herbs ni ada Avocado & Olive oil infused. Bayangkan bibir kita dioles sejenis lipmatte yang tak mengeringkan, still terletak, ada treatment, tak rosakkan bibir dan tak hitamkan bibir. Love ke love sangat? Bukan tu sahaja tau, warna yang digunakan pun adalah from natural color pigments for healthy cosmetics. Nak pakai