Sebelum aku nak memulakan cerita leh la korang baca entry ini dulu ok? tajuk aku hari ni boleh ka pakai braces? ramai yang tanya aku,antara dialog yang ditanyakan lebih kurang macam ni:
- hang nak pakai braces??tak sakit ka?
- boleh ka wey pakai braces ni??
- wey orang kata pakai braces leh kurus o0o...
- bila pakai braces nanti kena pantang makan ang mampu ka??
ha memacam soalan yang member-member aku tanya haha tapi point yang aku nak ambik ni adalah point yang kedua tu " boleh ka wey pakai braces ni??" benda ni yang aku nak kongsi sesama korang semua ok!
Aku ada juga bertanya pada ustazah dekat tempat aku belajar ni tentang hukum memakai braces ni. nak tau apa hukumnya?? ok start lepas aku tanya ustazah pasal hukumnya itu aku balik rumah aku pun google la juga dalil dan hukum memakai braces ni :)
Rasulullah SAW bersabda : Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.
( AL-BUKHARI DAN MUSLIM )
"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah."
Riwayat ( BUKHARI DAN MUSLIM )
Islam telah membahagikan hukum memakai pendakap gigi kepada dua iaitu harus dan haram. Memakai braces ni akan menjadi haram jika kita nak memakai braces hanya untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Namun ia harus sekiranya kita hendak memakai braces untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya.
Nak tahu lebih lanjut lagi korang leh la pergi tengok dekat hukum pakai braces ni
Comments
wah nice info.. btw, gigi aku pun tak cantek, lek je..hahahaha
sekarang terletak pada niat seseorang itu lah kan...