Tuesday, February 21, 2012

boleh ka pakai braces??

Sebelum aku nak memulakan cerita leh la korang baca entry ini dulu ok? tajuk aku hari ni boleh ka pakai braces? ramai yang tanya aku,antara dialog yang ditanyakan lebih kurang macam ni:

  • hang nak pakai braces??tak sakit ka?
  • boleh ka wey pakai braces ni??
  • wey orang kata pakai braces leh kurus o0o...
  • bila pakai braces nanti kena pantang makan ang mampu ka??



ha memacam soalan yang member-member aku tanya haha tapi point yang aku nak ambik ni adalah point yang kedua tu " boleh ka wey pakai braces ni??" benda ni yang aku nak kongsi sesama korang semua ok!

Aku ada juga bertanya pada ustazah dekat tempat aku belajar ni tentang hukum memakai braces ni. nak tau apa hukumnya?? ok start lepas aku tanya ustazah pasal hukumnya itu aku balik rumah aku pun google la juga dalil dan hukum memakai braces ni :)


Rasulullah SAW bersabda : Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.

( AL-BUKHARI DAN MUSLIM )



"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah."

Riwayat ( BUKHARI DAN MUSLIM )


Islam telah membahagikan hukum memakai pendakap gigi kepada dua iaitu harus dan haram. Memakai braces ni akan menjadi haram jika kita nak memakai braces hanya untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Namun ia harus sekiranya kita hendak memakai braces untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya.


Nak tahu lebih lanjut lagi korang leh la pergi tengok dekat hukum pakai braces ni


14 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

dulu boipren akak tak bg akak pki, suami akak lah..hahaha. tp gigi akak yg tak sama ni selalu je menikam bibir dan lidah akak klu mkn.mmg amat menyakitkan.dah kata takleh, haram..so kita kunyah selow2 je lah

gadisBunga said...

kalau ada sebab yang kukuh utk pakai braces, pakai je. make sure tak menyalahi hukum lah.

Mr feckry said...

kalau pakai kerana darurat..boleh..tapi kena paham istilah darurat

Hanis MY said...

oo baru tahu haram pakai braces ni...

Hakeem Yusof said...

situasi ni sama macam konteklens kaler2 la kan ? pakai untuk kecantikan yg mengubah warna iris mata kita ?

Puan Besar Shag Yahaya said...

Tapi, ustazah + ustaz Shag dulu cakap, harus kalau benda tu untuk menaikkan tahap konfiden dalam diri seseorang. Cth, orang tu gigi terabur jadi dia tak konfiden nak kawan + bercakap dengan sesapa. Jadi, hukumnya harus. Tapi, Shag tak pakai pom braces. Was was.

syabab said...

wahhh....br terniat nk wat sknk leh la xyh wat..hehe... thx for info...

ABU said...

ada ramai orng sebab nak nampak cantek..

wah nice info.. btw, gigi aku pun tak cantek, lek je..hahahaha

man yusoef said...

pernah baca hukum braces ni..depend pada nawaitu...

kay_are said...

tak terpikir langsung nak pakai bende tu.. macam sakit je.. pastu macam2 syarat kne ikut.. takmo!

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe dah 3 blog crita pasal braces :D

eB ezrin said...

kalo kes akak nih, mslh gigi mkn jarang, siap dh serpih2 boleh la kot eh? erkkkkkkkkk?

YOUsoF said...

Betul cakap Abu.. Rasanya ramai yang pakai sebab nak nampak lebih menawan..

ILA HonEyBuNNy said...

ok baru faham......

sekarang terletak pada niat seseorang itu lah kan...

Jom sihat tanpa ubat !

Takut nak makan ubat? ada alahan? atau memang tak makan ubat hospital? jangan risau jom sihat tanpa pil..Lepas tu nak makan apa untuk sih...