kisah apa?kisah pasal Datuk Misbun Sidek lagi...korang ada baca tak entry aku
[ Yang Ini ] hurm....kisahnya masalah apa yang dihadapi oleh Datuk Misbun Sidek... Datuk Misbun Sidek telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk memberitahu apa permasalahannya...apa permasalahannya aku jua tak tahu hanya mereka berdua ja yang tahu...perjumpaan itu dilakukan secara tertutup no more media ok...hurmm...sedih dan hampa aku....setelah tiada lagi beliau dalam arena sukan [ BAM ] uhuk..
Misbun terus kunci mulut
article utusan malaysia tak caya [ KLIK SINI OK ]
KUALA LUMPUR - "Buat masa sekarang saya tidak mahu bercakap kerana ia hanya akan mengikut perasaan,'' ujar Datuk Misbun Sidek ketika menjelaskan mengapa beliau dilihat seperti mahu mengelak daripada masalah yang sedang berlaku.
Sehingga hari ini, jurulatih perseorangan negara itu masih enggan bersemuka dengan pegawai kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), malah terus 'mengunci mulut' walaupun diasak bertali arus oleh media yang mahu mendapat penjelasan di sebalik tindakannya meletakkan jawatan.
Beliau hanya bersetuju untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kelmarin, yang disifatkan sebagai perjumpaan tidak rasmi dan sekadar sesi bual kosong untuk meluah perasaan.
Bagi Misbun, beliau tidak pernah bermaksud hendak melarikan diri daripada masalah, tetapi hanya memerlukan masa untuk menenangkan fikiran dan keadaan, sebelum bersedia tampil membincangkan masalah dengan pihak yang berkenaan.
"Kami (bersama Menteri) hanya berbual kosong semalam. Saya menjelaskan kepada beliau sebab mengapa saya mahu meletakkan jawatan, itu saja.
"Saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa apa yang dibincangkan atau berlaku dalam bilik mesyuarat, sepatutnya kekal di situ dan tidak perlu dibawa keluar. Begitupun saya mengakui, rasa kecewa terhadap persatuan adalah sebab saya mahu berundur.
"Apa pun, ketika ini saya tidak mahu fikir dan berkata apa-apa, kerana saya hanya mahu berehat seketika. Saya harap semua pihak menghormati dan memahaminya,'' ujar Misbun.
Sejak menyerahkan surat perletakan jawatan daripada skuad kebangsaan pada 31 Disember lalu, Misbun hanya memberitahu bahawa beliau kecewa dan tidak gembira di BAM, tetapi tidak pernah mendedahkan secara terperinci apakah yang mengganggu beliau selama ini.
Adiknya, yang juga ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek mengakui, bahawa abangnya itu sering menganggap dirinya tidak dihargai dan dihormati oleh individu dalam BAM, selain tertekan kerana keupayaannya kerap dipertikaikan apabila Datuk Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan utama seperti Sukan Olimpik, dunia atau Sukan Asia.
Rashid tidak menolak, keengganan BAM bertolak ansur membenarkan Misbun melatih anaknya, Misbun Ramdan Misbun antara punca yang mengeruhkan lagi keadaan, namun menegaskan, isu tersebut bukan perkara pokok dalam masalah ini cuma sebahagian daripadanya.
Sementara itu, BAM semalam mengesahkan isu peletakan jawatan Misbun akan dibangkitkan dalam mesyuarat exco badan badminton negara itu pada 12 Januari depan, yang dijangka dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.
Mesyuarat tersebut mungkin menjadi platform terbaik untuk menyelesaikan isu Misbun, di mana Nadzmi sebelum ini memberi bayangan menerima perletakan jawatan jurulatih senior mereka itu akan menjadi pilihan utama BAM, seandainya ia dipersetujui oleh majoriti exco.
"Sudah tentu kami akan membincangkan isu Misbun dalam mesyuarat exco minggu depan, namun sehingga hari itu, tiada sebarang kenyataan yang boleh kami keluarkan ketika ini,'' kata setiausaha BAM, Ng Chin Chai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM di Bukit Kiara, semalam.
Comments
http://mysuarablog.blogspot.com/2011/01/pilihan-gadis-malaysia-cerah-atau-gelap.html
:D
hee
masalah
masalah..
thyyunxthiya.blogspot.com