Kenangan VS Pengalaman?

Assalammualikum dan selamat tengahari korang semua..Alhamdulillah dah masuk ramadan ke 3 kejap saja kan? alhamdulillah syukur amin..Ok alang-alang korang berpuasa tu meh sini dengar kak Fa nak cerita serba sikit kenangan dan pengalaman kak Fa pergi hiking tahun lepas, eh boleh pula nak cerita lagi? Benda yang dah lepas? Alahai kak Fa tak pernah lagi cerita ni huh tu nak bagi tahu korang yang tak pernah pergi hiking atau yang teruja bila tengok tempat menarik dan tertarik mata korang sikit tu kan? Hehehe



Siapa yang tak suka pemandangan yang cantik lagi indah kan? Semua orang suka..tak gitu?termasuklah kak Fa..Bagi korang yang tak pernah hiking dan baru pertama kali nak hiking kak Fa cadangkan korang kena buat benda ni sebelum nak pergi hiking contohnya seperti :

  •  Stretching exercises/ sit up (2 minggu atau 3 minggu turut-turut sebelum naik untuk pergi hiking) 20 minit atau 10 minit sehari cukup dah sekejap saja tak payah lelama, 5 minit pun boleh hahaha
  • Berbasikal (2 minggu atau 3 minggu turut-turut sebelum naik untuk pergi hiking) ni hari-hari pun tak pa kak Fa suka bab ni..kalau tak da basikal pun tak pa..korang boleh jalan keliling taman ka area rumah ka ? pelahan-lahan dah cukup
  • Sebelum nak mendaki bukit untuk hiking..kak Fa sarankan jangan makan okey ! (takut kang korang muntah ka apa kan) siapa susah? Diri sendiri susah tau..minum air ja okey?


Point-point kak Fa kasi tu perlu bagi sesiapa yang buat pertama kali nak mencuba menikmati keindahan sunset ka sunrise ka kan? Ya la nak tengok sunset atau sunrise atas puncak katanya kan? Sebelum nak naik pun harus stretching tau korang…takut kang jemmm atau penat lak nanti bila dah naik nanti..pancit korang atas nun tinggi sana hehehe..

Keperluan yang diperlukan ketika nak memula pendakian:

  •          Air botol mineral (lebihkan sikit) 2 atau 3 botol
  •          Biskut (takut lapar atas bukit )
  •          Tuala kecil (takut korang peluh boleh lap-lap)


Pengalaman dan kenangan kak Fa pergi hiking, ketika berada di Terengganu tak akan kak Fa lupakan sebabnya satu kepuasan bila dapat daki bukit tu tau..bila dah sampai atas sana nun bukit puncaknya tu rasa wow subahanallah so amazing tak dapat nak diungkapkan ha gitu tau korang..sebenarnya kak Fa kebetulan juga ja tu dapat pergi hiking tau? Sebabnya memula kak Fa nak pergi Pulau Perhentian Kecil sebenarnya..tup tup..tak dapat nak pergi sebabnya angin kuat..hujan sikit so memang bot tak jalan time tu so i is melopong nak pergi Pulau Perhentian kecil nuhh…sadisss okey !! tapi dak pa ecewahhh sebabnya banyak lagi tempat kita dapat pergi bila dekat Terengganu ni tau..




So disebabkan plan yang pertama tak jadi kak Fa berbincang dengan kawan kak Fa kita pergi hiking saja pun okey…Ya la bukit yang orang duk sebut-sebut sangat tu..bukit apa? Bukit Kluang !! best sangat-sangat tau bila dah sampai tau..sebelum naik kitaorang stretching dulu dah siap semua kitaorang pun melangkah pergerakan naik ke atas bukit..gambar non ado time tu…sebab semua exited nak naik atas so apa lagi..terus mula pergerakan…

Kak Fa jenis kalau dah naik tu akan terus menerus naik saja tau…tak boleh nak benti dah..akan terus berjuang untuk tengok keindahan di atas nun di puncak tau !!! terlebih exited sangat okey..sebab nak pergi Pulau Perhentian tak boleh so kita rebut peluang yang ada depan mata ini bukan? Wakakaka..So gerak demi gerak daku berjalan menuju ke puncak wahh gitu..akhirnya taraaaaaaa….Kak Fa sudah sampai di atas puncak yang ku idamkan itu ececece ko Fa mengada-gada..view yang paling hakak suka tau hehehe






Nak kemana? Bangkok?Seoul?Acheh? pusing pala mana nak pergi




Nak tahu bagaimana rasanya di atas itu puncak impianku itu? Korang kena la rasa naik dulu baru tahu!! Baru korang dapat rasa keseronokannya, bukan hehari naik pergi sana kan? Ajak reramai kawan pergi sana serius the best ever kak Fa habaq na..dah naik atas puncak penat? Minum air…jangan pernah sesekali korang duduk…jangan..jangan…sebab apa? Takut karang kaki korang tu koleppss..jemmmm kesudah susah pulak…kan heli lak nak angkut korang pula wakakaka (aippp i gurau ja) tip-tip tu kena ingat tau..jangan malas-malas okey?


Geng-geng yang mendaki sekali..yang belakang entah.. siap buat peace lagi haha


sebenarnya nak ke Pulau Perhentian dan jumpa cik zati kita yang kiri sekali tu..sebab lama tak jumpa kan? heee






Ramai yang tanya pasal ketinggian bukit keluang ni tapi jujurnya kak Fa tak tahu berapa ketinggiannya masa nak pergi tu!! dah sebab ramai tanya so kak Fa pun cuba la menggoogle tengok berapa la ketinggian bukit keluang ni? dari carian google kak Fa dapati ketinggian bukit keluang adalah 200 meter dpl,pekiraannya tak la tinggi ya tak? kalau salah maafkan daku..ni pun pok cik google yang kabo hahaha...salahkan pok cik google if tak betul kehkeh...


Hiking ni just untuk santai-santai boleh la..tak extreme sangat...so boleh la adik-adik yang cuti sekolah nak jejalan mencuba hiking disini...menarik tau view dia...alang-alang dekat nak raya and bulan ramadan ni...boleh la try hiking sambil sesantai berbuka di puncak sana!! awesome bukan?so lets try guy...



bawa sekali benda malaysia  eh nanti wahahaha...thanks pada zati dan keluarga semua..sungguh baik dan best ja dapat pergi ka rumah mereka ni..terima kasih bawa jalan-jalan terengganu ini kali yea huuu...




No comments: