Skip to main content

hari ni 1 Rejab 1432 hijrah

Assalammualikum dan hai semua ^_^ hari ni  bersamaan 1 Rejab 1432 hijrah tahun masihi 2011 jatuh pada 3 jun 2011 bersamaan dengan hari jumaat,sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab ^_^ ,banyak kelebihan bulan rejab ni tau...Syukur dengan limpah kurnianya kita diberi perluang kelapangan,kesihatan yang baik dan keselesaan yang elok oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat mulia dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

kebanyakkan umat islam akan berpuasa pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.



kelebihan bulan Rejab yang lain adalah :


1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:


1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir


3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat


4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya


5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain
 
 
P/S: Marilah kita sama-sama beramal dibulan yang lagi mulia ini. Nak tau lanjut pasal bulan Rejab? boleh tengok >>>>kredit to this info : kelebihan dan fadhilat bulan Rejab






Comments

IMANSHAH said…
timbul polimik dalam perdebatan tentang kelebihan rejab sebab tak banyak hadis sahih, khususnya bab puasa
Cikgu Armiza said…
bersyukur dengan setiap kelebihan. sama- sama kita rebut untuk dapat kebaikan...
man yusoef said…
Alhamdulillah...mmg banyak kelebihan bulan Rejab ni..
Solihin Zubir said…
berkenaan kelebihan dan fadhilat bulan rejab tu, ia bukanlah hadis yg sahih.. ia hadis palsu..

kalau nk puasa, jgn puasa hnya krna mengharapkan ganjaran2 tersebut.. biarlah ikhlas krna Allah.. =)

Popular posts from this blog

BARANGAN HARGA MURAH RM 5

Assalammualikum dan salam sejahtera semuanya,lama sis dh tak update apa-apa kan dalam blog ni?Huh buzy manjang kan ekekeke 😄 Ok hari ni sis nak bagai dekat hampa-hampa semua suka tak dengan barangan yang MURAH-MURAH? Tapi BERKUALITI?Suka leteww wakaka.Ok disini sis nak agak korang semua terjah  BARANGAN RM 5 ni untuk lihat barangan apa yang murah sangat tu! Atau korang boleh like dan follow  FACEBOOK  dan juga INSTAGRAM INSTA RM 5  ok? Antara barangan yang sis suka adalah seperti dibawah ni ya : Cadangan pada para ibu bapa untuk mengajak anak-anak MENDECO-DECO rumah anda dengan WALL STICKER NI!!   Sambil MENGEMAS sambil mengisi masa terluang anak-anak dengan perkara yang berkualiti bersama-sama anda semua. Yang dibawah ni pula cenderahati tau!! Nak bagi CENDERAHATI?Tapi tak tahu barang apa yang nak bagi ? Jangan susah hati atau pening kepala meh sini tengok CENDERAHATI yang bersesuaian untuk diberikan kepada kawan-kawan ada atau sesi...

Mahal Tak Mampu!!

Yeah Mahal  tak mampu!!Apakah? hahaha nak tahu apa? yeah aku memang sememangnya lah tak mampu kot beli benda ini kehkeh =) benda apa la aku gomel ni kan ? kehkeh ok...ini tentang NEW iPhone 5 ok? korang mampu? kalau mampu bak beli aku 1 hahaha erk...dalam mimpi ja la boleh korang bagi miahahaha :P ok baiklah dengar cerita The NEW iPhone 5 is Coming July 2011 huhu...aku agak seronok tengok  new iPhone yang bakal muncul itu huhu..teruja plak ekekeke :) ok mari kita tengok sambil baca ok ? tapi dalam BI korang baca lah erk aku malas tukar ke BM haha The iPhone 5 built for 4G is COMING!!!   Lots of speculation is going around on the new iPhone 5... in HD!! Verizon Wireless is currently testing a CDMA version of the iPhone 4 and 5 and Verizon confirms they are making network changes to bring the iphone to their network. The new iPhone 5 is going to be loaded with awesome new features like video chat on 3g and 4g (no longer restricted to WiFi only), face recognition an...

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...