Sunday, May 15, 2011

nasib kanak-kanak ini

Assalammualikum dan selamat tengahari semua hehe ok ni nak kongsi dengan  semua tentang kanak-kanak yang tidak mampu bersekolah!Masih ada lagi kanak-kanak yang mundur dan tidak mampu bersekolah?hurm jangan ingat tak da ok!bila ditengokkan sedih rasanya kerana masih ada lagi yang tidak bersekolah kan?faktor yang tidak mampu bersekolah adalah:

  1. Kehidupan keluarga yang sangat daif di sebuah perkampungan terpinggir.
  2. Kemelut kemiskinan.
 
Terdapat 10 negara yang dikategorikan di bawah paras kemiskinan dan tidak mempunyai akses pendidikan asas berdasarkan jumlah bilangan pelajar dan guru antara negara yang kanak-kanak tidak mampu untuk ke sekolah adalah Haiti, Somalia, Eritrea, Comoros, Ethiopia, Chad, Burkina Faso, Central African Republic, Mozambique, Zimbabwe dan Liberia.

Mengikut rekod badan dunia bilangan kanak-kanak tidak bersekolah menurun dari 106 juta pada 1999 kepada 69 juta pada 2008, ia masih jauh dari jumlah sasaran iaitu kira-kira 30 juta. rekod itu datangnya dari sebahagian besar negara mundur dan miskin  yang sentiasa terbabit dengan kemelut pergolakan serta konflik perang saudara tidak berkesudahan.


kebanyakan negara yang tercicir ini tidak melihat pendidikan sebagai aset masa depan malah menjadikannya sebagai agenda terakhir yang perlu dibangunkan. Pendidikan juga wajar dilihat sebagai ubat terhadap penyakit tertentu terutama dalam mengubati pandangan skeptikal serta diskriminasi masyarakat dunia terhadap golongan wanita yang selama ini ditindas.

 
Sesetengah kanak-kanak dari negara itu kadang-kadang bersemangat untuk ke sekolah tapi malangnya kekangan hidup dalam keadaan yang daif meyebabkan mereka sukar untuk pergi ke sekolah. Mereka hanya mampu memasang angan-angan untuk menjadi seorang doktor dan sebagainya.

lebih 70 juta kanak-kanak di seluruh dunia tidak mampu untuk menjejakkan kaki ke sekolah,menjadikan isu keciciran pendidikan masalah global yang tidak pernah selesai.Macam-macam cara dilakukan untuk membasmi masalah keciciran dalam pembelajaran ini namun belum mencukupi untuk masa depan kanak-kanak ini.


Meskipun ada usaha badan sukarelawan dunia menghulurkan bantuan tetapi tidak mencukupi bagi menampung jumlah diperlukan negara terbabit untuk membangunkan pendidikan dengan purata perbelanjaan kira-kira RM7.6 juta setahun. Ditambah lagi dengan krisis kewangan dunia yang meruncing menjadikan kanak-kanak di negara miskin seperti Haiti dan Somalia terus menderita.


Hurm sungguh perit bagi golongan kanak-kanak di negara itu tapi kita perlulah bersyukur kerana negara kita Malaysia tidak seperti itu bersyukur kita dengan apa yang kita ada di negara kita. Sama-samalah kita doakan semoga negara mereka pulih dari permasalahan itu. Ilmu itu penting dan tidak kira apa pun jua kekangan hidup!

 


Ps: moga-moga kanak-kanak itu kuatkan semangat walaupun dalam keadaan sebegitu rupa insyaallah pasti akan ada keajaiban disebaliknya :) Guru kaulah pendidik Nusa dan Bangsa 

"SELAMAT HARI GURU"
Terima Kasih Cikgu
kerana mendidik kami hingga kami berjaya dan menjadi insan yang berguna!

10 comments:

Solihin Zubir said...

malaysia aman damai, tapi pelajar huru hara.. wat masalah mcm2.. haish.. x reti bersyukur lgsung sesetgh bdk zmn skrg ni.. manja sgt...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kat malaysia..peluang blajar terbuka luas.tp anak2 ni suka buang masa dan ponteng kelas lak.huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

selamat hr guru juga kpd mereka2 yg telah mengajar diriku tentang blog

Scya Lollita said...

hmm selamat hari guru ^_^

syukur pndidikan ngra kita berkualiti dan lengkap .

budak2 zaman sekarg ptut lbih mghrgai pluang yg ada

zOeY zAu YaH said...

sentiasalah bersyukur...

fRaMe+LenSeS said...

shian depa..

p@kcikLie said...

kemudahan sedia ada tapi masih ada lagi yg mensia2kan..ponteng sekolah dah jd trend...

kena jd susah/miskin dulu baru tau cmner nak hargai semua ini.

YOUsoF said...

InsyaAllah kanak² yang bernasib sebegini di dunia ada ganjaran besar yang menanti mereka di sana..

Qaseh dalia adelia said...

so kita yg dpt pendidikan bagus .. bersyukur lah

♥yaya budak suka embun♥ said...

bersyukur sangat sbb dapat belajaq ngan selesa kat negara kita ni..:)

Jom sihat tanpa ubat !

Takut nak makan ubat? ada alahan? atau memang tak makan ubat hospital? jangan risau jom sihat tanpa pil..Lepas tu nak makan apa untuk sih...