Skip to main content

budak hyperaktif part 2

sambungan dari budak hyperaktif part 1 sorry lambat update untuk part 2 hahaha jom tengok untuk part 2 erk hehe


Kepentingan permakanan yang betul.

Pemakanan yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara - mereka boleh mengalami tahap konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah laku hiperaktif,tenaga berkurangan dan penyakit.


1. Kalsium

Adalah penting untuk tumbesaran tulang di mana 45% daripadanya berlaku semasa remaja. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kegagalan untuk mencapai jisim tulang matang di peringkat dewasa dan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di lewat usia.


2. Asid lemak tepu.

Wujud dalam susu ibu, ikan, walnat, biji flaks dan sayur-sayuran berdaun hijau yang perlu untuk fungsi sistem saraf dan perkembangan otak yang betul. Kekurangannya boleh menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan masalah kulit.


3. Zat Besi.

Diperlukan dalam paras yang lebih tinggi sewaktu remaja akibat peningkatan jisim badan tanpa lemak, isipadu darah dan hemoglobin dan untuk menggantikan darah akibat haid.


4. Vitamin B.

Adalah diperlukan untuk mengelakkan keletihan, kemurungan dan kesukaran dalam pembelajaran dan bagi memberi tenaga yang sangat penting untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif.


5. Zink.

Adalah penting untuk mengalakkan tidur yang lena, tumbesaran dan perkembangan dan mencegah masalah tingkah laku, konsentrasi yang lemah dan rasa gemuruh. Pada dasarnya, diet harus mengandungi keseimbangan nutrien yang betul yang untuk perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar. Jika pengambilan pemakanan yang betul dihalang oleh selera yang lemah, suplementasi harus dipertimbangkan. Ini adalah penting kerana kanak-kanak perlukansemua bantuan yang boleh didapati untuk membesar dengan kuat dan sihat. Diet adalah keperluan penting anak-anak.Makanan yang anak-anak makan dan tidak makan mempunyai kesan besar ke atas kejayaan mereka di sekolah. Nutriennutrien berikut memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak.

Zink adalah bahagian penting struktur komunikasi antara sel-sel saraf. Oleh itu ia adalah penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kacang tanah, germa gandum, bijiran penuh dan biji labu kuning serta labu putih juga mempunyai kandungan zink yang tinggi.


6. Glukos.

Otak seseorang anak bergantung pada glukos untuk bahan bakar. Meninggalkan sarapan boleh menyebabkan kekurangan gula dalam darah (glukos) dan melemahkan kemampuan kognitif. Anak-anak yang meninggalkan sarapan mempunyai daya perhatian yang singkat, mencapai markah yang rendah dalam ujian dan lebih sukar menumpukan perhatian berbanding rakan-rakan sekelas yang mendapat makanan yang baik.

7. Zat Besi.

Anemia kekurangan zat besi adalah biasa bagi kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah sensitif terhadap paras zat besi yang rendah walaupun sebelum ujian darah menunjukkan masalahnya. Zat besi memainkan dua peranan penting: ia mengangkut oksigen dalam darah dan mengangkut oksigen itu di dalam sel-sel di mana ia di gunakan. Kanak-kanak anemia mempunyai tempoh perhatian yang berkurangan dan kurang bermotivasi untuk bertahan dalam tugas yang mencabar intelektual. Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan. Masukkan daging merah, tuna atau ayam dalam menu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hidangkan banyak sayuran berdaun hijau tua, brokoli dan kekacang.


8. Asid Folik.

Asid folik adalah penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Seorang pelajar yang kekurangan asid folik akan berasa keletihan, bersikap tidak peduli, perengus dan pelupa. Buah-buahan dan sayursayuran mentah, terutamanya jus oren dan bayam adalah sumber asid folik yang terbaik.


9. Vitamin-vitamin B.

Vitamin-vitamin B bertindak membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan dalam vitamin-vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan termasuk sifat agresif, sifat permusuhan dan kemurungan. Tiada satu sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan, oleh itu kepelbagaian adalah penting. Bijiran sarapan yang diperkuat juga adalah sumbar vitamin-vitamin B yang bagus.


10. Vitamin A.

Nutrien ini diperlukan untuk perkembangan sistem saraf yang betul dalam janin yang sedang membesar. Terdapat juga bukti yang menunjukkan ia juga diperlukan untuk fungsi otak yang optimum semasa hidup. Vitamin A ditemui dalam bentuk beta karotena dalam buah-buahan berwarna oren tua dan kuning serta sayur-sayuran berdaun hijau tua.


Petua untuk mengawal anak-anak hyperaktif.

1. Jaga pemakanan mereka; pastikan yang halal dan dari punca yang halal kemudian berkhasiat.

2. Peluk di waktu pagi dan juga di waktu malam tiap hari.

3. Tidurkan mereka dengan bacaan surah maryam atau zikir asmaulhusna.


4. Usap kepala mereka dan bacakan selawat.

5. Dikatakan,memberi secawan the markisa (yang diperbuat daripada daun markisa) atau dua gelas jus markisa dapat menenangkan kanak hiperaktif.

ok done selamat mencuba hehe :) err..panjang plak entry ni huhu


credit to this info diceduk dari situ huhu

Comments

Lydia said…
ada yg mengatakan..pengaruh warna baju juga main peranan.disarankan jgn memakaikan baju oren bg anak hyperaktif ini..nnt semakin berganda keaktifannya.
::FAIZ:: said…
betul kata Lydia
YouSOF said…
kanak2 hiperaktif memang betul2 menguji kesabaran kan. Tula yang Allah nak uji pada mereka yang ada anak camni kan..




Pernah sedare datang raya bawak anak hiperaktif.. Sempat bersepah jap rumah hehe.
Unknown said…
sy keding..macam mana ni ?
PeNgEmiS dUniA said…
markisa tu ape ye efa ? first tme dengo . hehe . nyway nice info
man yusoef said…
ni ada anak hyperactive ke?? hahaha...tak pernah jumpa budak2 yg hyperactive sgt2..tak tau camne..yg active sikit2 pon rasa nak sepak2 jek..HAHAHA
Solihin Zubir said…
blkg rumah sy ada byk buah markisa..
bleh la buat bisnes utk ibu bapa yg ada anak hyperactive.. heheh..

Popular posts from this blog

BARANGAN HARGA MURAH RM 5

Assalammualikum dan salam sejahtera semuanya,lama sis dh tak update apa-apa kan dalam blog ni?Huh buzy manjang kan ekekeke 😄 Ok hari ni sis nak bagai dekat hampa-hampa semua suka tak dengan barangan yang MURAH-MURAH? Tapi BERKUALITI?Suka leteww wakaka.Ok disini sis nak agak korang semua terjah  BARANGAN RM 5 ni untuk lihat barangan apa yang murah sangat tu! Atau korang boleh like dan follow  FACEBOOK  dan juga INSTAGRAM INSTA RM 5  ok? Antara barangan yang sis suka adalah seperti dibawah ni ya : Cadangan pada para ibu bapa untuk mengajak anak-anak MENDECO-DECO rumah anda dengan WALL STICKER NI!!   Sambil MENGEMAS sambil mengisi masa terluang anak-anak dengan perkara yang berkualiti bersama-sama anda semua. Yang dibawah ni pula cenderahati tau!! Nak bagi CENDERAHATI?Tapi tak tahu barang apa yang nak bagi ? Jangan susah hati atau pening kepala meh sini tengok CENDERAHATI yang bersesuaian untuk diberikan kepada kawan-kawan ada atau sesi...

Mahal Tak Mampu!!

Yeah Mahal  tak mampu!!Apakah? hahaha nak tahu apa? yeah aku memang sememangnya lah tak mampu kot beli benda ini kehkeh =) benda apa la aku gomel ni kan ? kehkeh ok...ini tentang NEW iPhone 5 ok? korang mampu? kalau mampu bak beli aku 1 hahaha erk...dalam mimpi ja la boleh korang bagi miahahaha :P ok baiklah dengar cerita The NEW iPhone 5 is Coming July 2011 huhu...aku agak seronok tengok  new iPhone yang bakal muncul itu huhu..teruja plak ekekeke :) ok mari kita tengok sambil baca ok ? tapi dalam BI korang baca lah erk aku malas tukar ke BM haha The iPhone 5 built for 4G is COMING!!!   Lots of speculation is going around on the new iPhone 5... in HD!! Verizon Wireless is currently testing a CDMA version of the iPhone 4 and 5 and Verizon confirms they are making network changes to bring the iphone to their network. The new iPhone 5 is going to be loaded with awesome new features like video chat on 3g and 4g (no longer restricted to WiFi only), face recognition an...

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...