hye all readers ok petang cmni terasa nak update lak huhu semalam aku ada publish post kat wall KBU pasal aku nak out sat nak pi bagi orang pakai inai kan lepas tu akan aku online balik tapi alamak sekali-sekali aku kena pakai inai adoi la haha so tak leh nk online nk type cmna kan? haha padahal pakai sebelah tangan ja huhu :) selalu aku menaip pakai dua-dua belah tangah so tak dapat dah la nk online haha
sebelum dan selepas aku pakai da haha [ tukang tolong pakai pun buat miahaha ]
bercerita pasal inai banyak khasiatnya yang ada bila pakai inai ni sebenarnya nak taw apa?
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya.
Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
info : [ khasiat Inai ]
Comments
CANTEK.
MERAH TUUU..
MESTI DARAH KAMU PEKAT
hehe