Skip to main content

Spy Kid

siapa pernah jadi spy masa dekat sekolah? ni buat yang sekolah berasrama la kan huhu ada-ada? aku dulu masa sekolah asrama first time jadi spy agaklah menakutkan dan serabut pala kenapa? yea la nak jadi spy untuk blok aku. Mana tak fening kalau jadi spy ni, yea la nanti apa plak orang kata kan. Sebab spy ni memang la susah kalau nak diperkataan kan kenapa?sebab bila kita tengah spy orang tu,mesti orang tu akan merasa pelik dan memerhati dan rasa curiga tak gitu? Paling aku malas jadi spy la adess tapi nak buat macam mana dah dilantik aduss tak da orang lain ka nak ambik jadi spy? kenapa? haish....



Menjadi spy di asrama amatlah menyeksakan sebab apa yea la nak spy kengkawan kita dari luar dorm atau blok dan juga disetiap block, gila tak? haha kekadang takmo bagi mereka syak yang aku ni spy taktik punya taktik aku buat contoh buat-buat nak pi pinjam buku, buat-buat nak ajak pi dewan makan, buat-buat hinggaq dekat depan dorm. Agak seksa jadi spy sebenarnya. Kena memerhati setiap tingkah laku kawan-kawan kita di dalam block dan juga diluar, namun tugas tetap tugas.


tugas paling mencabar masa jadi spy dekat asrama adalah time student duk nak fly keluar dari asrama fuh...gila memang tercabar ok!! korang ada pi serbu orang yang duk nak fly ni? haha gila kau tercabar ok...kalau bab fly  ni aku kena bawa geng iaitu pak gurd dan mak gurd kalau tak rahsia aku bocor jadi spy ok haha..bila dah tertangkap pelajar-pelajar yang fly tu terus dihantarnya ka rumah warden haha pergh...time tu memang syok haha...


tercabar terus minda bila pi jumpa warden nasib record tak da lagi so mereka terlepas yang berecord amaklum lah redha ja la apa yang warden nak kata huhu...dah memang tugas aku so harus menjalankannya tak gitu kehkeh   habis pasal fly pasal spot check yang bakal warden buat dalam dorm pergh...yang ni sapa jadi kawan aku memang korang selamat haha aku bab-bab spot check block bila memang aku cepat banyak info dan kenalan untuk ahli-ahli block haha nasib la.  Tapi yang 1 aku memang tak boleh buat bila warden atau ketua block suh aku jadi tukang pi spot check tengok dorm juga yang tu memang aku tarik diri awal-awal kenapa? sebab bab tu fuh gila ka nanti nampak sangat aku ni orang yang duk pi cerita sesiapa yang bawa  benda yang tak sepatutnya dibawa ke asrama haha


yang tu aku tarik diri awal-awal kehkeh kenangan paling aku tak leh lupa bila jadi spy waktu malam gila kau seram dan ketakutan bila menjejak kaki ke block yang agaklah jauh nun disana malam-malam tapi apa perlu buat mengagahkan juga untuk terus menjalankan tugas tetiba.... dengar jeritan yang amatlah kuat takutnya huhu, tapi dengan penuh semangat dan kekuatan membaca pelbagai ayat suci AL QURAN lantas melangkah ke block itu...


aku : uish dorm mana yang duk jerit tu?


member aku : erk entah rasa dorm atas kot.


aku : ya ka? ok jom la naik atas nuh


member aku : wei seram+ takut la aku 


aku : la plak dah ok tak pa kau takut nak naik tunggu sini ok?


member aku : ala takmo la ikut gak la grrr....


aku : tau pun dah jom naik,tak berhenti jerit tu


tiba di atas  1 dorm ni pakat duk penuh orang lalu aku bertanya....


aku : kenapa ni?


budak blok : lepa kata histeria....


aku : huh biaq betul ni ish ada sapa tolong tak tu?


budak blok : ada-ada


aku : ok kalau macam tu baik ampa semua pi balik dorm masing-masing jangan nak mai tengok nanti habis semua kena plak dah-dah pi balik bilik masing-masing.


setelah semua beredar tamat sudah jeritan dari pelajar yang terkena histeria itu ingat sorang ja rupanya bukan sorang ok...


aku : ni  bila dya start jadi ni? 


N : tadi dekat-dekat nak pukul 11camtu la, cemas gak aku nasib ada  orang nak tolong aku bab-bab cmtu tak reti huhu


aku : tak pa la yang penting sekarang dya dah ok kan? alhamdulilah la kan hurm..nasib tak merebak banyak sangat kan?


N: tu la nasib la


aku : hurm ok la aku dah nak balik blok ni nanti jumpa lagi ok

N : ok!!


setelah itu aku ngan member aku terus balik blok....



Disini aku nak bagitau kepada semua tak kisah la dimana korang berada jangan terlalu seronok sangat, biasa-biasa saja sebab setengah tempat ni kita tak taw kan macam-macam boleh jadi apa-apa pun berhati-hati dan berpegang pada niat suci dan banyakkan berselawat dan mengingatiNYA supaya kita dilindungi dari segala perihal ok?


sebenarnya ada banyak lagi pengalaman yang nak dikongsikan ni hurm tak pa la nanti aku story lagi yea huhu..apa-apa pun menjadi spy dekat asrama ni pengalaman yang best macam-macam ada haha


hehe entry panjang lebar haha


Comments

Anisa Hang Tuah said…
berseronok tu berpada2 jee
hehee
apezs shah said…
salam

tu laa panjang lebar laa efa hehe..
tapi nice entry..
ni kes histeria la pulak..
serammm seh.. apezs aritu kawasan rumah tetiba ado org dok nanges , ase dgr sebelah tingkap je.
yanamib said…
mcm² kisah duk asrama..sis pernah skali je tgk org histeria..ms keje kt putrajaya..tgh elok nk buat doa slmt, baek punya sorg akak tu jerit²...grr..menggeletar kaki tangan taw..blk rmh xmo tido dlm blk..angkut tilam tido kt ruang tamu..haha~ T_T
The Sharkox said…
Dulu senior pernah cita ada puntianak bertenggek kat tangki air belakang dorm...sumpah takut nak pi toilet pasal toilet tu belakang tangki air.
Qaseh Dalia said…
hehe tak pernah jadi spy mase kat asrama tapi jadi ketus dorm n biro agama..kikiki
Dda Ly said…
waaa seronok jadik spy kat asrama..:)
tapi,beraninye nye kamu...

meh ke rumah..
~like mother like son~
keep in touch ye..♥♥♥
Pakcu Sofi said…
ooo ni la bond dekat asrama dulu noo
Firdaus Kasim said…
kak yanaMB : npe akak tue jerit? hantu rasuk ke?
sayakayrulez said…
kaki spy gak upenye
Solihin Zubir said…
haha... sy dlu anti spy gila2 punya..
sy punya la penat cover wat jahat, tp pihak atasan tau jugak disebabkan wujudnya spy yg kita x kenal siapa.. mmg geram.. kan dh kna buang asrama.. heheh..
Unknown said…
cer citer cer citer..hehe..panjang huhu.. cakap tengah ubah blog..sama je lagi ni..hehe
hadi Saaidin said…
ooo.. ni la spy yg dicakapkan tu. wakaka.

tak pernah kena pukul ka dengan gengter? ahaha

nice3.
:D

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Daun Sekentut??

assalammualikum dan hye semua.. ha amacam hari ni sihat ka tak?kalo sihat alhamdulilah...kalo tak tu makan 2 la yea ubat...moga cepat sembuh..sebab sekarang kan musim hujan..jaga la kesihatan tu erk..hurm hari ni ak puasa....tak taw nk wat entry apa hari ni...tp tetiba ak rasa macam teringin sgt plak nk makan daun sekentut...hahahaha...Pelik kan nama tu...first time dlm hidup ak makan makanan yang namanya begitu pelik haish...bau dia...haiyak...agak bucuk...tp...berkhasiat...ala ak pn first time tu tak suka tp bila rasa buat kerabu or nasi ulam ...per...yumm..sedap tambah2 lg kehkeh... :)nama tempatanya sekentut,nama sainitifiknya plak Paederia Foetida,Akar sekentut, daun sekentut, akar kentut-kentut, skunk vine.Selain tu Paederia chinensis Hance, Paederia scandans (Lour.) Merr., Paederia tomentosa Blume.Ok bagi pengetahuan korang daun sekentut ni merupakan sejenis tumbuhan liar yang memanjat dan kadar pertumbuhannya amat cepat.Ia Biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan semak sam...