Skip to main content

Asal Masjid Jamek Batu 4

Assalammualikum dan morning semua huhu tadi masa baca paper on9 ternampak 1 sejarah pasal Masjid Jamek  Batu 4 huhu baru taw ni korang semua taw tak? meh-meh aku share pasal benda tu erk huhu sila baca sampai habis okies :)


NAMA melambangkan keperibadian seseorang. Itulah sebabnya setiap pasangan mendapat cahaya mata digalakkan memberi anak mereka nama yang indah dan baik maksudnya.
Serambi masjid kali ini ke Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas di Batu 4, Jalan Gombak. Nama berkenaan diambil sempena nama sahabat Rasulullah yang cukup disegani kerana sifat kepahlawanan yang dimilikinya.

Malah, Saad adalah panglima Islam yang terbukti memperluaskan ajaran Islam sehingga ke China. Beliau dijanjikan Rasulullah sebagai 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Masjid itu bersebelahan laluan utama dari bandar raya Kuala Lumpur ke pantai timur sebelum masuk ke Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke).Ketua Imamnya, Muhammad Jalani Ahmad, berkata masjid itu mempunyai nilai sejarahnya tersendiri.

"Usia masjid itu lebih 50 tahun di mana tapak asalnya terletak di hadapan sedikit dari tapak sekarang. Tapak masjid asalnya ialah struktur rumah kayu yang diwakafkan. "Itulah sebabnya pada awal tahun 1950-an masjid ini kelihatan seperti rumah kampung. Pada tahun 2000, masjid ini diubah suai sepenuhnya dan tapaknya sedikit diubah ke belakang bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan raya di kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata nama asal masjid itu ialah Masjid Jamek Batu Empat sebelum Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil alih urusan pentadbirannya."Pada tahun 2000, nama masjid ini ditukar kepada Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas. Malah semua masjid di bawah pentadbiran Jawi diabadikan dengan nama-nama sahabat Rasulullah.

"Kariahnya meliputi empat perkampungan iaitu Sungai Merali, Kampung Puah, Kampung Bandar Dalam dan Kampung Kuantan," katanya.Jalani berkata, masjid berkenaan sentiasa menerima kunjungan terutama daripada warga kota yang pulang ke pantai timur dan rombongan sekolah ke Kuala Lumpur.

"Masjid ini mampu memuatkan sehingga 1,500 jemaah dalam satu-satu masa. Selain itu, dari segi kemudahan, masjid ini mempunyai pejabat pentadbiran, perpustakaan, bilik mesyuarat, dewan untuk muslimat serta kuarters untuk imam."Seramai empat kakitangan tetap dilantik Jawi menjalankan tugas imam dan pembantu iman di masjid ini," katanya.

Beliau berkata, antara aktiviti tetap yang dijalankan adalah kursus pengurusan jenazah, kursus penyembelihan binatang sempena majlis korban dan kem motivasi untuk remaja."Seperti masjid lain, setiap Isnin hingga Jumaat diadakan kuliah selepas maghrib. Setiap Sabtu diadakan kuliah untuk kaum ibu manakala hari Ahad diadakan kuliah subuh.


nak tahu lebih lanjut pasal sumber tu :


Comments

mr.syazwan said…
sudah 50 tahun fuh..

alhamdulilah

sama2 kita meraikan

insyALLAH
man yusoef said…
dekat jek dgn opis...tapi tak familiar lak dgn masjid ni..huhu

Popular posts from this blog

BARANGAN HARGA MURAH RM 5

Assalammualikum dan salam sejahtera semuanya,lama sis dh tak update apa-apa kan dalam blog ni?Huh buzy manjang kan ekekeke 😄 Ok hari ni sis nak bagai dekat hampa-hampa semua suka tak dengan barangan yang MURAH-MURAH? Tapi BERKUALITI?Suka leteww wakaka.Ok disini sis nak agak korang semua terjah  BARANGAN RM 5 ni untuk lihat barangan apa yang murah sangat tu! Atau korang boleh like dan follow  FACEBOOK  dan juga INSTAGRAM INSTA RM 5  ok? Antara barangan yang sis suka adalah seperti dibawah ni ya : Cadangan pada para ibu bapa untuk mengajak anak-anak MENDECO-DECO rumah anda dengan WALL STICKER NI!!   Sambil MENGEMAS sambil mengisi masa terluang anak-anak dengan perkara yang berkualiti bersama-sama anda semua. Yang dibawah ni pula cenderahati tau!! Nak bagi CENDERAHATI?Tapi tak tahu barang apa yang nak bagi ? Jangan susah hati atau pening kepala meh sini tengok CENDERAHATI yang bersesuaian untuk diberikan kepada kawan-kawan ada atau sesi...

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)