Followers

Tuesday, March 1, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??





Assalammualikum semua hari ni langsung tak da idea nak update blog so dah alang-alang abg ben buat segmen aku nak join esok kan tutup? huhu ok la aku nak cerita walau sedih namun bermakna untuk korang juga,Maaf entry yang agak panjang petang ni :(


hurm....ini kisah benar dan ia memanglah amat memedihkan hati sanubari aku namun aku perlu tempuh untuk menerima qada dan qadar. Pada tahun 13 oct 2008  yang lalu tarikh yang paling menyedihkan bagi aku kerana aku kehilangan ayahku, ayah aku sakit dada dan aku serta mak aku membawa arwah ayah aku ke hospital ketika dalam kereta aku mengurut dada ayah yang katanya sakit dan mak aku suruh aku minta maaf dekat arwah ayah aku dan sambil membawa kereta mak aku suruh arwah ayah aku mengucap dan suruh aku juga baca ditelinga arwah ayah aku ajar mengucap dan setelah sampai ke hospital arwah ayah aku dimasukan ke emergency, setelah itu arwah ayah aku dimasukkan kewad hospital pada pagi itu, keadaannya sudah ok. 

Azan subuh berkumandang arwah ayah aku suruh balik untuk mengambil barang untuknya sewaktu duduk dihospital aku dan mak aku pon balik, aku berkata pada mak aku nak tido kejap letih sebab berjaga malam lalu aku dan mak tertidur,tiba-tiba kedengaran hp aku berbunyi lalu aku angkat nurse dihospital bertanya adakah nama arwah ayah aku*****dan aku kata ya, nurse tu berkata yang aku yang arwah ayah aku tu dah nazak, aku sebak didada dan gelabah tak terkata apa dan bersiap dengan mak bergegas ke hospital.


dalam perjalanan ke hospital mak aku berkata sempat ka kita nak tengok arwah ayah? aku yang masih gelabah tak terkata apa lalu setelah sampai dengan hati berdebar tak terkira pergi masuk wad lalu aku melihat arwah ayah aku sudah disiap mandi dan nak dikapan sebelum bawa pulang kerumah, aku dengan rasak sebak didada tak terkata apa menitiskan air mata dan dipujuk oleh seorang akak nurse disitu juga mak aku. Hanya Allah S.W.T saja dapat rasa keperitan aku dan mak aku ketika itu, lalu aku menelefon kakak aku yang masih belajar dia pun tak terkata apa hanya memberi hp pada kawan dya untuk  cakap dengan aku dan bertanya bila hendak dikebumikan. 

setelah hancur luluh hati ketika itu ketika sedang menunggu mak aku pergi ke bilik mayat aku keluar kejap untuk menenangkan diri aku,lalu terjumpa cikgu sekolah aku masa sekolah aku dya yang memberi semangat pada aku namun waktu itu aku masih sebak mengenangkan nasib aku,setelah siap semua urusan di hospital aku dan mak balik untuk uruskan tempat untuk dimandikan jenazah arwah ayah aku dan menelefon saudara mara,kawan-kawan tentang kematian arwah ayah aku, dan menunggu kakak aku yang dari johor datang ke penang untuk melihat arwah ayah aku. Mungkin Allah memberi kekuatan untuk kawan-kawan kakak aku ketika membawa kereta dari johor ke penang dengan agak cepat juga sampai. 

Paling aku sebak ketika memandikan jenazah pada akhir sekali yang diminta oleh pak cik aku,untuk aku memandikan arwah ayah aku, hati aku sedih ketika memandikan jenazah arwah ayah aku dan tidak tertahan rasanya. Ketika habis semua mandi jenazah aku masih menunggu kakak aku lalu tepat pukul 4.15 ptg lebih kurang, kakak aku selamat tiba tapi sayang time akak aku sampai jenazah dah selamat dikapan dan disembahyangkan namun pak cik aku suruh mereka buka balutan kapan untuk kakak aku melihat kali terakhir wajah arwah ayah aku. Sebak masih terasa waktu itu. kata tok imam jenazah tak elok simpan lama-lama hurm selamat kakak aku sempat melihat.

setelah itu jenazah arwah ayah aku dibawa untuk dikebumikan, waktu itu lagi sebak didada kerana hendak melihat arwah ayah aku dikebumikan, namun aku perlu tabah untuk menerima segalanya,Bertapa aku sedih dan hancur, lulur hati, seram sejuk aku ketika tok imam membaca talkin :( aku redha dengan ketentuan Allah S.W.T, dan mampu menerima yang arwah ayah aku sudah tiada lagi didunia ini semoga arwah ayah aku ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh insyaallah Amin AL FATIHAH


p/s : Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNYA , kita yang hidup harus kuat  dan tabah untuk menghadapi segalanya dan kita haruslah sentiasa beringat akan kematian,kerana semua yang hidup pasti jua akan mati, namun disini aku juga berharap buat semua jika masih ada ibu bapa hargailah dan sayangilah mereka selalu.

4 comments:

AdiSuda said...

banyak banyak sabar naa..semua tu dugaan..kita sebagai hambaNya..kena terima semua ini..banyakkan sedekah utk arwak ok..yg mna2 harta dia..klu boleh..wakaf kan..cuma bg pndangan..sabar tau.

ch!natsu said...

bergenang air mata ketika membaca..
tringt ketika arwah nenek meninggal..
hurm..
hope arwah ditempatkan bersama mereka yg beriman..
al-fatihah~

::FAIZ FARISH:: said...

so sad.... Al Fatihah...

BRO_MONDAY said...

miss efa : TAKZIAH dan Al-Fatihah buat arwah ayah yu...abah ai pergi mengadap Ilahi pada 15 Mac 2001 masa umo ai 16 tahun...('',)

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1.New Entry "Jadual Bulan Mac 2011 Sangat PADAT !!!"

Win Calendar 2017 Frame in Blogger Contest Giveaway

ANYONE like to join?  This Blogger Contest Giveaway? ora adzlin  Let join it guest 😎 Win Calendar 2017 Frame so awesome ...