Pura-pura Solat Dan...

assalammualikum and hye semua

Pura-pura solat dan cilok beg huh? ada baca tak kes tu? tak baca lagi huh sila baca sampai habis entry ni,ish-ish tu apa kes? entah la aku pun dah tak taw la macam-macam perangai manusia sekarang ni haish patut ka buat macam tu dosa tak tau ka? kan mencuri tu 1 dosa tak gitu ? Biarkan  lah dya suatu hari nanti dya akan terima balasannya kan? ya la dah buat something yang dosa kan biar Allah S.W.T sahaja yang membalas segala perbuatannya itu erk hurm...curi apa? Meh baca sumber dari harian metro. Seram ja bila nak pi sembahyang kat R&R huh..janganlah korang mencuri..cuba fikir kalau korang berada ditempat diorang yang hilang beg tu huh..tak ka kesian..


Jemaah’ kebas beg dalam surau

SUNGAI BULOH: Dengan berpura-pura mendirikan solat, seorang wanita menjadikan surau perempuan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, di sini, sebagai sasaran menjalankan kegiatan mencuri beg tangan ketika mangsa mengambil wuduk atau bersolat.Dalam kejadian terbaru, seorang kakitangan kerajaan, Zalina Othman, 36, menjadi mangsa ketika dia berhenti di kawasan itu untuk menunaikan solat Maghrib, kira-kira jam 7.40 malam kelmarin.


Menurutnya, dia yang ditemani anak perempuannya berusia tujuh tahun masuk ke dalam surau bersebelahan tandas dan agak jauh dari kawasan tumpuan ramai.“Saya menyangka keadaan surau berkenaan selamat mengarahkan anak perempuan duduk seketika sementara saya mengambil wuduk di paip berhampiran. “Saya menyerahkan beg tangan kepada anak dan meminta menjaganya,” katanya.


Menurutnya, pada masa sama, dia menyedari seorang wanita yang tergesa-gesa membuka telekung sebelum membalingnya ke lantai surau.“Saya terpinga-pinga dengan tindakan wanita terbabit kerana dia tidak melipat atau meletakkan telekung di tempat disediakan sebaliknya tergesa-gesa keluar dari surau berkenaan.


“Namun, teki-teki berhubung tingkah laku aneh wanita terbabit terjawab apabila anak saya mendakwa dompet duit saya di dalam beg tangan diambil seorang wanita yang berada di dalam surau itu,” katanya.“Saya terpinga-pinga dengan tindakan wanita terbabit kerana dia tidak melipat atau meletakkan telekung di tempat disediakan sebaliknya tergesa-gesa keluar dari surau berkenaan.

“Namun, teki-teki berhubung tingkah laku aneh wanita terbabit terjawab apabila anak saya mendakwa dompet duit saya di dalam beg tangan diambil seorang wanita yang berada di dalam surau itu,” katanya.Katanya, kejadian itu berlaku pantas dan anaknya tidak sempat menjerit selain hanya kaku melihat wanita terbabit melarikan diri.

“Saya cuba bertanya kepada beberapa wanita lain yang di dalam surau berkenaan, namun tiada seorang pun menyedari apa yang berlaku. “Seingat saya wanita terbabit bertudung dan memakai baju putih. Lokasi kejadian tidak dipasang kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan individu terbabit gagal dikesan,” katanya.

 

8 comments:

Anisa Hang Tuah said...

eiii
sungguh kurang asammm

Farhana Jafri said...

ya allah smpai mcm tu skali.. nk x nk pas ni stiap R&R kne ltak CCTV! mlampau sgt la dorang ni! isyyhh...

jemput singgah sini ANASAURUS :)

Cempaka Biru said...

Ya...Allah! Zalimnya! Mencuri barang org yg sedang solat?? Tak takut di laknat ke??

ooopss, sorry, ter emo plak. Kat surau kan biasanya tak ada CCTV, sbb tu lah pencuri ni amek kesempatan...tp geraaam sgt...

DiaUmaiNiNaz said...

lain kes yg lebih dasattt! lagi sanggup berzina dalam surau..huhu menakutkan ...entah apa yg dorang fikir tatau la...tak ingat mati kot !

mr.syazwan said...

rumah ALLAH pun nak buat jahat

astagar

Sunah Mohammad said...

salam..

astahgfirullah...dalam surau pun wat gitu...huhu

::FAIZ FARISH:: said...

Masukla kau perempuan jahanam kat neraka jahanam nanti... pastu bakar tangan kau sampai hangus.... geram bebeno aku

nadira shahid said...

sgt tak gune itu punye olang! kn tuhan dah beri kesihatan, ckup organ, sihat tubuh badan, cari la keje yg halal..