Skip to main content

Kempen ~ Kami Tak Sambut Hari Valentine~

Assalammualikum dan morning korang =) buat apa weekend ni tak pergi jalan-jalan? hehehe ok lah hari ni aku nak sahut kempen dari  SUNAH  KLIK nama dya tu kalau nak pi tengok erk =) mengenai Kempen ' Kami Tak Sambut Hari Valentine'. 



Seperti korang taw dari dulu lagi masa aku sekolah lagi kempen tentang hari Valentine ni ada. Aku tak sambut pon sebab dah taw pasal tu..lagi pun aku single lg ;) Ok nak bagi taw korang  semua yang Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. 

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w:

من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                               
                                                                                 ( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                              (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  
Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. So marilah kita sama-sama membanteras hari itu katakan tidak mau sambut Valentine’s Day ok kengkawan =) 

sumber : e-fatwa

Comments

::FAIZ:: said…
mmg tak patut sambut bnda haram ni
Sunah Sakura said…
thanks dear sebab join~ :)
mr.syazwan said…
saya belum ada kekasih

so konpem x sambut

=_=
YOUsoF said…
Memang tak ambik port valen² ni...

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Daun Sekentut??

assalammualikum dan hye semua.. ha amacam hari ni sihat ka tak?kalo sihat alhamdulilah...kalo tak tu makan 2 la yea ubat...moga cepat sembuh..sebab sekarang kan musim hujan..jaga la kesihatan tu erk..hurm hari ni ak puasa....tak taw nk wat entry apa hari ni...tp tetiba ak rasa macam teringin sgt plak nk makan daun sekentut...hahahaha...Pelik kan nama tu...first time dlm hidup ak makan makanan yang namanya begitu pelik haish...bau dia...haiyak...agak bucuk...tp...berkhasiat...ala ak pn first time tu tak suka tp bila rasa buat kerabu or nasi ulam ...per...yumm..sedap tambah2 lg kehkeh... :)nama tempatanya sekentut,nama sainitifiknya plak Paederia Foetida,Akar sekentut, daun sekentut, akar kentut-kentut, skunk vine.Selain tu Paederia chinensis Hance, Paederia scandans (Lour.) Merr., Paederia tomentosa Blume.Ok bagi pengetahuan korang daun sekentut ni merupakan sejenis tumbuhan liar yang memanjat dan kadar pertumbuhannya amat cepat.Ia Biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan semak sam...