Salam and hye semua...ok hari ni aku nak cerita pasal tanah liat ok? Selalu orang duk ingat tanah liat ni tak da nilainya tapi diaorang silap sebab tanah liat ni kian lebih menonjol ok? Banyak gunanya tanah liat ni macam-macam kita boleh buat...antaranya:
lampu hiasan daripada pasu tanah liat nampak menarik jika dipamerkan di ruang tamu atau bilik tidur.
sumber Dari HARIAN METRO
TAMPAK ringkas serta kurang 'ceria' jika dibandingkan dengan barangan perhiasan dalaman rumah lain seperti pinggan mangkuk porselin bermutu tinggi.Hakikatnya, pasu hiasan daripada tanah liat atau terracota mewujudkan dekorasi menarik dan indah.
Malah, pasu tanah liat akan lebih 'menonjol' serta dipandang penuh minat jika digandingkan koleksi tanaman berbunga lantaran warnanya yang sedondon, bakal menambah keceriaan dalaman rumah.
Jika sebelum ini, pasu hiasan buatan tanah liat itu kurang digemari kerana berisiko tinggi seperti mudah pecah selain memiliki warna tidak menarik, kini ia menjadi 'buruan' dan pilihan peminat dekorasi.
Penampilan pasu hiasan tanah liat agak berbeza warna dan bentuknya sama ada dari motif rustik atau 'glaze' di bahagian luarnya yang mampu mencipta kelainan.Bagaimanapun, jika dicampur aduk warna asal terracota dengan warna lain, bentuk atau saiznya, tentu pasu hiasan akan mempunyai nilai komersial tinggi.
Dania Industries iaitu sebuah kilang pembuatan kraftangan tanah liat di Pasir Puteh, Kelantan, lebih 100 jenis bentuk dan saiz pasu hiasan terracota boleh dipilih.
Penampilan pasu hiasan tanah liat agak berbeza warna dan bentuknya sama ada dari motif rustik atau 'glaze' di bahagian luarnya yang mampu mencipta kelainan.
Bagaimanapun, jika dicampur aduk warna asal terracota dengan warna lain, bentuk atau saiznya, tentu pasu hiasan akan mempunyai nilai komersial tinggi.Dania Industries iaitu sebuah kilang pembuatan kraftangan tanah liat di Pasir Puteh, Kelantan, lebih 100 jenis bentuk dan saiz pasu hiasan terracota boleh dipilih.
Antaranya, pelbagai jenis dan saiz labu sayong, lampu hiasan, pasu bunga, bekas telur, bekas potpuri, bekas gula-gula, bekas sabun dan bingkai gambar yang cantik dipandang jika pemiliknya bijak menyusun atur barangan berkenaan.
Paling menarik serta tampak elegan satu set catur dari tanah liat, lengkap dengan raja dan permaisuri yang sudah 'dimelayukan' menyebabkan ia sesuai dipamerkan di atas meja atau almari khas.
Sebagai contoh, pasu bunga dari tanah liat itu sesuai diletakkan di mana-mana ruang rumah, bergantung kepada cita rasa pemilik sama ada hendak ditanamnya bunga hidup atau plastik.
Mereka juga boleh mempamerkan setiap tanaman hiasan dalam pelbagai cara sama ada pameran pokok secara solo, berkumpulan, berpasu atau di atas rak.
Namun, pemilik perlu ingat dan berwaspada kerana pasu tanah liat yang cantik dan mahal harganya tidak tahan lama, retak serta mudah pecah jika ia ditanam terus dengan pokok hiasan.
Antara jenis tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu jenis itu ialah Aglaonema spp (sejenis keladi); Butterfly palm atau Golden cane palm (sejenis palma renek), kaktus, lidah buaya dan Jatropha integerrima (bunga jarak).
Pasu tanah liat juga sesuai dijadikan penyeri sudut rumah terutama jika ia diletakkan secara kreatif mengikut bentuk dan saiz, sama ada di dalam almari hiasan, di atas atau bawah meja sudut dan sebagainya.
Lagipun, corak diukir halus dan unik selain diadun dengan warna keemasan atau perak oleh tukang menimbulkan gaya eksekutif pada ruang rumah terbabit.
Jika kreatif, anda boleh membina rak secara bertingkat sebelum diatur pasu tanah liat bersaiz mini mengikut cita rasa dan kesesuaian rumah.
Orite paling aku suka benda dari tanah liat ni adalah labu sayong? tahu tak? hahaha pasti taw kan yang selalu kita letak air zam-zam tu...aku selalu ja bila balik kampung umah arwah tok aku,suka sangat pi kat kuala kangsar pi tengok orang buat labu sayong hahaha entah mengapa??? sebab best kot tengok diorang buat tu kreatif+cekap ok..labu sayong ni ada pelbagai bentuk..antaranya:
pic ihsan dari pak cik google :)
pic ihsan dari google :)
ok itu saja sekian :)
Comments
antara hasil kraf drp tanah liat yg sy slalu buat ialah ular.. sbb pling senag! haha.. ;-p