Skip to main content

menimba ilmu biar.....

Bila difikirkan tentang tajuk entry aku tu memang aku tak nafikan kita perlu menimba ilmu biar hingga ke menara gading...tapi bila difikirkan balik adakah mampu untuk menimba ilmu diusia yang kini dh meningkat 20- an keatas?uish makin tua bagi aku rasa nak timba ilmu setelah lama tak study balik ya da?lupa habis semua kehkeh setelah menimpa ilmu hanya setakat Sijil IPTA kini  terasa ingin menyambung belajar untuk membuat Diploma...tapi belum ada rezeki aku untuk menyambung pelajaran aku redha....mula bekerja untuk cari pengalaman....huhu tetapi kekadang aku rasa sesal dan sedih kerana tidak dapat smbung pelajaran....dan terdetik dihati berkata takmo sambung dah dah rasa tua nak sambung study+dah kerja lupa semua tentang study...tapi setelah aku membaca 1 article ini membuatku kembali riang dihati dan mau bangkin untuk menyambung pelajaran walau sebelum ni aku sedih kerana tak dapat sambung tak da rezeki aku lagi agamaknya...tapi kerana 1 article itu...aku rasa uish mampu lagi dya study...aik aku pon boleh la gak cmtu...kan-kan...


Genggam diploma pada usia 78

article dari mymetro  [ TAK CAYA KLIK SINI ]

USIA sudah meningkat dan bersara bukan penghalang seseorang meneruskan keinginan menimba ilmu, sekali gus membuktikan jika ada kemahuan, kejayaan boleh dicapai meskipun kelihatan mustahil.
Itulah yang dibuktikan pesara kerajaan Mohamed Hasan, 78, yang sanggup mengorbankan waktu lapangnya untuk meneruskan pengajian di Pusat Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Meskipun kelihatan payah kerana faktor usia dan kesihatan, beliau yang mengambil Diploma Eksekutif Kaunseling dan berasal dari Kuala Lumpur ini tidak pernah patah semangat demi memastikan impiannya tercapai.
"Usia hanya angka dan tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Meskipun sukar, saya tetapkan pendirian untuk terus berusaha.

"Inilah ganjarannya, selepas berusaha keras, akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian. Hari ini saya puas dan bangga membuktikan, usia bukan penghalang menuntut ilmu," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sijil dan diploma UMCCed kali ke- 23 yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor UM, baru - baru ini.

Seramai 596 graduan berjaya menamatkan pengajian pada majlis yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UM, Profesor Datuk Dr Mohd Jamil Maah. Turut hadir Pemangku Pengarah UMCCed, Profesor Dr Bernardine Renaldo Wong.
Graduan Diploma Eksekutif Pentadbiran Pejabat & Personel, Normala Ab Aziz pula menerima Anugerah Naib Canselor dengan kejayaannya memperoleh Markah Purata Keseluruhan 93.2.

Berkongsi rahsia kejayaannya, dia berkata perkara paling utama adalah pembahagian masa serta fokus pada setiap yang dilakukan supaya lebih mudah faham.
"Belajar sebenarnya tidak susah kalau ada minat, matlamat dan mahu berusaha keras. Pembahagian masa juga penting, jika tidak pasti timbul masalah.

"Saya juga banyak membaca dan bertanya pada pensyarah untuk lebih memahami. Kita tidak boleh malu dan kejayaan hari ini menaikkan semangat saya untuk terus berusaha dalam semua aspek," katanya.

Sementara itu kajian dijalankan UMCCed pada Mei 2010 mendapati 23 peratus daripada graduan mendapat kenaikan gaji dan pangkat, 16 peratus memperoleh kenaikan gaji dan lima peratus kenaikan pangkat.

 


Comments

Anisa said…
menuntut ilmu kena ikhlas.kena bersedia.insyaAllah
apezs shah said…
So mari kita study ahakz..;)
gadisBunga™ said…
tuntut ilmu tak kire masa dan tak kira apa jenis. jgn ego dgn ilmu.
YOUsoF said…
InsyaAllah ilmu digunakan sepanjang hayat.. Tumpang gembira kat Pak Cik ni..
Dinaz said…
kat mana pn kita bole belajar tak semestinya masuk U...di mana2 ada..nak dgn taknak jer..jangan mengira usia kita..selagi mampu kita teruskan.
ayulunera said…
betol tu...ilmu tu tak pernah abis...sentiase belaja....
tuntunla ilmu hingga ke negeri cina..
eh..over lak...
aibaks said…
tahun ni dikatakan de kenaikan gaji antara 5.15%... hehe..
Unknown said…
stdy penat2 bila kuar gadi baru 2 ribu... ingat cukup ker...
Unknown said…
komitmen dan usaha tu penting kan.. :)
YUL said…
kita akan sentiasa menuntut ilmu,hurm, same la ngn yul, skrg keje da, tak stdy lg
yanamib said…
bagus atok nih..blaja kt UM lak tu..huhu..sy pn x layak msk situ..ngee~ =P
efa said…
@Anisa Hang Tuah betul tu sokong...thanks nis :)
efa said…
@apezs shah jom pakat2 study kehkeh :)
efa said…
@YOUsoF yeah betul tu..hikhik kan..same tu me huhu..bangga sama pok cik tu
efa said…
@ayulunera eceh hahaha aik cina hahaha
efa said…
@aibaks itu gov kot swasta tak kot...
efa said…
@a'im
kahkah..kena pandai berjimat la der..saving tu penting eceh
efa said…
@YUL
yerp betul tu..aik sama ka..tak pa..nnti2 ada rezeki la tu..
baincardin said…
salam Efa. thank you follow bain :)

pasal HDR, efa boleh download free software tu kat sini:

http://kotakitam.com/2009/02/10/right-brain-feeds-01-amazing-hdr-photos/

Efa pilih Dynamic HDR. free trial version...mmg trial tapi boleh pakai sampai bila² coz takde expiry date. yay! ^_^

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Mahal Tak Mampu!!

Yeah Mahal  tak mampu!!Apakah? hahaha nak tahu apa? yeah aku memang sememangnya lah tak mampu kot beli benda ini kehkeh =) benda apa la aku gomel ni kan ? kehkeh ok...ini tentang NEW iPhone 5 ok? korang mampu? kalau mampu bak beli aku 1 hahaha erk...dalam mimpi ja la boleh korang bagi miahahaha :P ok baiklah dengar cerita The NEW iPhone 5 is Coming July 2011 huhu...aku agak seronok tengok  new iPhone yang bakal muncul itu huhu..teruja plak ekekeke :) ok mari kita tengok sambil baca ok ? tapi dalam BI korang baca lah erk aku malas tukar ke BM haha The iPhone 5 built for 4G is COMING!!!   Lots of speculation is going around on the new iPhone 5... in HD!! Verizon Wireless is currently testing a CDMA version of the iPhone 4 and 5 and Verizon confirms they are making network changes to bring the iphone to their network. The new iPhone 5 is going to be loaded with awesome new features like video chat on 3g and 4g (no longer restricted to WiFi only), face recognition an...