Skip to main content

^ ARTIKEL ^

 Hurm....tadi masa ak ngah buka surat khabar online (UTUSAN). Pastu tetiba ak tengok satu artikel ni hehehe...ttg IPTS tipu krusus..SO...ak copy n paste la artikel tu...nah korang baca lah...

 

IPTS tipu kursus, pelajar putih mata

 

MENGGENGGAM segulung ijazah untuk melangkah ke alam pekerjaan merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap siswazah. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun dan wang ribuan ringgit di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama swasta (IPTS).
Namun, bayangkan betapa luluhnya hati apabila mengetahui diploma atau ijazah di tangan sebenarnya tidak diiktiraf di negara ini.
Universiti awam tempatan dan di negara maju seperti United Kingdom (UK), New Zealand dan Australia turut menekankan pengambilan pelajar yang sijil mereka mempunyai akreditasi bagi menyambung pelajaran.
Persoalannya, adakah IPT khususnya IPTS beroperasi sekadar mengaut keuntungan sehingga mengabaikan kualiti pendidikan serta memperjudikan nasib ribuan penuntutnya.
Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar HAYAT SUEET, MOHD. NOOR AMIN dan ABDUL NAZIR MOHAMED mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab IPT terlibat yang menjadikan pelajar sebagai mangsanya.
Pelbagai cara dilakukan oleh IPTS untuk memperdayakan orang ramai dan bakal pelajar termasuk membuat surat perakuan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
KUALA LUMPUR 23 Julai – Awas! Jangan hanya ghairah mahu memasuki institusi pengajian tinggi swasta(IPTS) tetapi akhirnya berputih mata apabila mengetahui kursus diikuti tidak diiktiraf kerajaan.
Pesanan jangan mudah terpedaya dengan tawaran kursus di IPTS ini perlu dihebahkan. Ini kerana banyak IPTS tidak jujur sebaliknya beria-ia menarik pelajar baru semata-mata mahu mengaut keuntungan.
Sesetengah kurus yang ditawarkan tidak pernah atau belum mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Fenomena yang sering berlaku adalah IPTS ‘menjaja’ kononnya memiliki akreditasi sedangkan mereka hanya menerima akreditasi provisional atau sementara yang diberi MQA selepas penilaian awal.
Sedangkan, maksud kursus diiktiraf adalah memiliki akreditasi penuh daripada MQA sebelum kumpulan pelajar pengambilan pertama menamatkan pengajian.
Ada juga IPTS menipu dengan mengabui mata pelajar dengan mempromosi pengiktirafan MQA walaupun ia untuk kursus tertentu bukan keseluruhan yang ditawarkan.
Oleh itu, luangkanlah masa menyiasat latar belakang IPTS dan program yang ditawarkan. Fikirkan bahawa memiliki sijil yang tidak diiktiraf membuatkan anda tidak ‘laku’ di pasaran pekerjaan.
Malah, sijil, diploma dan ijazah di tangan nanti tidak boleh digunakan jika berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk ijazah sarjana dan doktor falsafah.
Fakta MQA, sejak 1998 sehingga 1 Jun lalu, 413 program yang ditawarkan 158 IPTS ditolak permohonan akreditasi penuh mereka.
Jika dianggarkan setiap program mempunyai 100 pelajar, maka lebih


  • IPTS ‘berpesta iklan’ tawar kursus sijil, diploma dan ijazah dengan bayaran murah. Tetapi banyak yang menipu kononnya sudah dapat akreditasi penuh MQA.



  • Taktik ‘tangguh’ permohonan akreditasi supaya pelajar ‘diikat’ sambung belajar di kolej sama.



  • Lebih 2,000 aduan pelajar kes kursus tidak diiktiraf diterima FOMCA. Cassa pula terima purata 8 aduan serupa sebulan.



  • Cerita mangsa-mangsa sijil tak laku di pasaran kerja.


  • Comments

    Popular posts from this blog

    BARANGAN HARGA MURAH RM 5

    Assalammualikum dan salam sejahtera semuanya,lama sis dh tak update apa-apa kan dalam blog ni?Huh buzy manjang kan ekekeke 😄 Ok hari ni sis nak bagai dekat hampa-hampa semua suka tak dengan barangan yang MURAH-MURAH? Tapi BERKUALITI?Suka leteww wakaka.Ok disini sis nak agak korang semua terjah  BARANGAN RM 5 ni untuk lihat barangan apa yang murah sangat tu! Atau korang boleh like dan follow  FACEBOOK  dan juga INSTAGRAM INSTA RM 5  ok? Antara barangan yang sis suka adalah seperti dibawah ni ya : Cadangan pada para ibu bapa untuk mengajak anak-anak MENDECO-DECO rumah anda dengan WALL STICKER NI!!   Sambil MENGEMAS sambil mengisi masa terluang anak-anak dengan perkara yang berkualiti bersama-sama anda semua. Yang dibawah ni pula cenderahati tau!! Nak bagi CENDERAHATI?Tapi tak tahu barang apa yang nak bagi ? Jangan susah hati atau pening kepala meh sini tengok CENDERAHATI yang bersesuaian untuk diberikan kepada kawan-kawan ada atau sesi...

    Mahal Tak Mampu!!

    Yeah Mahal  tak mampu!!Apakah? hahaha nak tahu apa? yeah aku memang sememangnya lah tak mampu kot beli benda ini kehkeh =) benda apa la aku gomel ni kan ? kehkeh ok...ini tentang NEW iPhone 5 ok? korang mampu? kalau mampu bak beli aku 1 hahaha erk...dalam mimpi ja la boleh korang bagi miahahaha :P ok baiklah dengar cerita The NEW iPhone 5 is Coming July 2011 huhu...aku agak seronok tengok  new iPhone yang bakal muncul itu huhu..teruja plak ekekeke :) ok mari kita tengok sambil baca ok ? tapi dalam BI korang baca lah erk aku malas tukar ke BM haha The iPhone 5 built for 4G is COMING!!!   Lots of speculation is going around on the new iPhone 5... in HD!! Verizon Wireless is currently testing a CDMA version of the iPhone 4 and 5 and Verizon confirms they are making network changes to bring the iphone to their network. The new iPhone 5 is going to be loaded with awesome new features like video chat on 3g and 4g (no longer restricted to WiFi only), face recognition an...

    Segmen IQ ANDA

    Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...