Skip to main content

Lebih Sporty

Assalammualikum dan selamat pagi..siapa disini pencinta kereta...tak boleh calar sikit ka,kotor sikit ka kan? selalu nak nampak kereta tu cantik dan berkilat-kilat meluncur di jalan tak gitu? baik laki ataupun perempuan ya dak? ka lain? hahaha 😄 hmmmm...untuk yang gemar makeup/makeover kereta ni ha...lagi la kan?


Bagi korang yang meminati kereta ni,kak Fa suggest korang gunakan kereta buatan Malaysia. Kenapa kereta Malaysia? ya la kita yang tinggal di Malaysia ni seharusnya bangga Malaysia juga ada membuat kenderaan yang boleh juga setanding dengan kereta import ! siapa lagi nak support kan? kalau kita yang warganegara Malaysia ni! hehehe tak gitu..


Proton sebahagian besarnya pengilang kenderaan kejuruteraan lencana daripada Mitsubishi Motors antara tahun 1985 dan awal 2000-an. Syarikat itu telah menghasilkan beberapa model rekabentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara hari ini, majoriti yang mana adalah di Asia. Proton pernah dimiliki oleh Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan Malaysia. Pada bulan Januari 2012, ia telah diambil alih oleh DRB-HICOM, sebuah konglomerat Malaysia dalam transaksi berjumlah RM1.2 bilion.


Untuk pengetahuan korang, perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) telah memperkenalkan Proton Iriz yang baru dengan beberapa ciri yang dipertingkatkan untuk tampil lebih sporty dan bergaya wow syoknya lebih sporty tu 😎 Empat varian ditawarkan iaitu:

  • 1.3 Standard MT, 
  • 1.3 Standard CVT, 1.3
  •  Executive CVT 
  • 1.6 Premium CVT 

Pihak Proton telah mula mempertontonkan kepada orang ramai, ketika acara DRB-Hicom Autofest 2017. Antara elemen utama yang dipertingkatkan ialah:


  • Pengurangan bunyi bising
  • Getaran dan kasar (NVH) 
  • Enjin pemasangan tiga point untuk lebih kestabilan.


Varian 1.6 Premium CVT, Iriz ditambah baik dari segi:
  • warna luaran dwi tona dengan bumbung
  • cermin sisi
  • gril depan dan spoiler berwarna gelap. 
  • Bahagian dalaman pula dilengkapi tempat duduk dengan kombinasi kulit dan fabrik serta jahitan benang merah 
  • sistem audio dengan SmartLink
  • warna ruang kabin yang ditambah baik dan butang penghidup enjin.  

Varian 1.3 Executive CVT :

  • menawarkan butang penghidup enjin yang sebelum ini hanya didapati untuk varian 1.6 Premium CVT
  • lampu depan kabus dan kemasukan tanpa kunci.  
  • Bagi semua varian 1.3 liter, tempat duduk ditawarkan dengan fabrik baharu dan jahitan benang hitam.


Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, model Iriz baru akan memasuki pasaran Jun ini dan harga terkini diumumkan dalam masa terdekat.


Iriz diberi penarafan 🌟🌟🌟🌟🌟bintang 😍😲 serius banyaknya keterujaan kak Fa dengarnya huuu,pengiktirafan ini diberi ketika  Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (NCAP) juga ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuk dua yang baru iaitu merah Ruby serta coklat Carnelian NANTIKAN!!! tak lama dah tau..so mari kita gi tengok-tengok dan cuba test power iriz yang baru ni Jun nanti!! sabar..












Comments

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Daun Sekentut??

assalammualikum dan hye semua.. ha amacam hari ni sihat ka tak?kalo sihat alhamdulilah...kalo tak tu makan 2 la yea ubat...moga cepat sembuh..sebab sekarang kan musim hujan..jaga la kesihatan tu erk..hurm hari ni ak puasa....tak taw nk wat entry apa hari ni...tp tetiba ak rasa macam teringin sgt plak nk makan daun sekentut...hahahaha...Pelik kan nama tu...first time dlm hidup ak makan makanan yang namanya begitu pelik haish...bau dia...haiyak...agak bucuk...tp...berkhasiat...ala ak pn first time tu tak suka tp bila rasa buat kerabu or nasi ulam ...per...yumm..sedap tambah2 lg kehkeh... :)nama tempatanya sekentut,nama sainitifiknya plak Paederia Foetida,Akar sekentut, daun sekentut, akar kentut-kentut, skunk vine.Selain tu Paederia chinensis Hance, Paederia scandans (Lour.) Merr., Paederia tomentosa Blume.Ok bagi pengetahuan korang daun sekentut ni merupakan sejenis tumbuhan liar yang memanjat dan kadar pertumbuhannya amat cepat.Ia Biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan semak sam...