Assalammualikum dan selamat tengahari untuk semua ^.^ ok hari ni aku nak bincangkan pasal telefon awam?? tidak ramai bukan yang memakai telefon awam pada masa kini? berapa peratus saja aku rasa yang memakai telefon awam ini. Sekarang zaman makin serba canggih,kebanyakkannya sudah menggunakan handset dari menggunakan telefon awam bukan?
Jika ditanya pada aku sudah berapa lama aku tak memakai telefon awam?? ya aku agak lama sudah tak menggunakan telefon awam ni yang sebenarnya, terakhir kalinya aku memakai telefon awam ni setelah aku habis SPM, lepas pada itu aku menggunakan handset sudah hehehe...sebab aku dah tak guna telefon awam ni juga adalah kerana kekadang telefon awam ni kerap rosak akibat vandalisme angkara orang yang tak bertanggungjawab merosakkan telefon awam ni sebab tu aku beli handset, kalau tak aku pakai telefon awam ja la...
Aku start pakai handset lepas aku habis SPM, family aku tak mengalakkan aku memakai handset ketika sekolah :) so masa belajar dulu hanya telefon awam yang menjadi satu rangkaian yang boleh aku menghubungi kengkawan hehe kekadang agak terkilan bila telefon awam itu rosak haish...kalau yang telefon buh syiling tu rosak tak pa la gak ni yang guna kad pun rosak?? agak terkilan juga masa aku duk asrama masa sekolah dulu tak leh telefon sesapa huhu...
Ok aku nak tau juga la berapa lama dah anda-anda semua diluar sana dah tak menggunakan telefon awam ni??? start pakai handphone bila?? cer cite sikit pengalaman anda hehe :)
Comments
hahahaha !
haritu gi singapore menggagau cari public phone. takde! dah la tak set international roaming. last2 pinjam phone kat tourist centre. phewwww...