cemburu tak kena tempat

Cemburu yang tak kena tempat??ini cemburu bukan soal CINTA ok ini cemburu mengenai sesuatu bakat atau hasil kerja orang lain ok!! Ada juga eh orang yang mencemburui hanya sebab bakat seseorang itu lebih sikit dari mereka? mereka tak senang duduk bila tengok hasil kerja seseorang tu lebih cantik dan elok darinya, buat apa nak cemburu??korang dapat apa?

Bagi aku korang tak perlu mencemburui pada kelebihan seseorang itu, kalau korang rasa tak berapa reti sangat nak buat sesuatu benda tu korang haruslah bertanya kepada mereka. Tak perlulah rasa cemburu dan mengata berbagai pada orang yang dapat menghasilkan kerjanya itu lebih daripada korang. Setiap manusia yang hidup didunia ni telah diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing oleh ALLAH S.W.T so korang haruslah menerima kenyataan itu.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, ada setengah orang pandai dibidang teknikal tetapi tidak pandai dibidang praktikal dan ada juga yang pandai dibidang praktikal tetapi tidak pandai dalam bidang teknikal. So korang boleh kot memikirkan yang mana 1 kelebihan dan kekurangan yang korang ada bukan? anda sendiri boleh menilainya.

Bagi aku la kan, lebih suka kalau berkongsi pendapat diantara kengkawan aku. Bertanya pada mereka tentang hasil kerja yang telah kita lakukan dan kemudian menerima kekurangan jikalau hasil kerja kita itu tidak sempurna dan boleh diperbetulkan, aku lebih suka mereka menilai dan baru kita tahu dimana kelemahan kita sendiri. Itu bagi pendapat aku la kan, tak perlu rasa cemburu yang tak bertempat. 

Kita harus menerima hakikat kekurangan  yang kita ada dan dari itu kita boleh asah hasil kerja kita itu dengan lebih baik dan sempurna. Tak perlu korang rasa cemburu hanya kerana sebab itu, perbaiki lah hasil kerja korang itu selagi korang mampu dan berjaya membuahkan sesuatu hasil yang cukup baik dan sempurna. 

Janganlah korang rasa segan untuk bertanya jikalau korang rasa tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu kerja itu. Biar korang bertanya asalkan kelak korang tidak sesat jalan hehehe 


p/s : Malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang  eh -_-'


3 comments:

D'ya Marshmello said...

betul tu, sokong sgt! tak perlu nak dengki tak kene tempat :) hehe happy blogging lolz XD

JOM SINGGAH & KOMEN : Apa Itu Wordless Wednesday ?

J.Syazwana said...

tapi kite selalu jugak malu nak tanye lecturer. hehehe.

niesasukasuki said...

dh tgok, best ..