Assalammualikum dan selamat tengahari semua hurm semalam ada tengok tv [ berita ] nak taw tentang apa? tentang makanan ringan yang dijual di kantin sekolah, Menteri Kesihatan pun ada bagitau yang makanan contoh macam nasi lemak tu perlu dikurangkan jual tiap-tiap hari kalau boleh seminggu sekali ka macam tu la,mengikut BMI nisbah berat (dalam kilogram)dari buku rekod pelajar-pelajar terutama pelajar sekolah rendah lah yea,mereka mengandungi obesiti so perlu dikurangkanlah memakan makanan ringan.
Ibu bapa juga harus memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak tidak terlalu kerap membeli makanan ringan contoh macam cekedis twister la, cheese la coklat la dan lain-lain yang berkaitan dengan makanan ringan, Ibu bapa perlu memantau anak-anak sejak dari kecil lagi jangan terlalu mengikut kehendak anak-anak yang ingin memakan makanan ringan ini ketika kecil, takut mereka akan terbiasa mahu membeli saja makanan ringan itu.
Kalau perlu lebih elok kalau ibu bapa memasak dan memberi anak-anak bekalan untuk dimakan disekolah terutama anak-anak yang masih bersekolah rendah,Berikan lah makanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan anak-anak. Kurangkan makan yang boleh menyebabkan obesiti.
Obesiti boleh dielakkan jika kita mengikut permakanan yang seimbang, jika permakanan tak seimbang maka perkembangan anak-anak akan tidak seimbang juga. So ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menjaga perkembangan makanan anak-anak. Kesihatan itu penting dan perlu dijaga ketika masih kecil. Mulai dari detik ini diharap ibu bapa perlu lebih teliti dalam memberi permakanan pada anak-anak,berilah makanan yang seimbang!!
MARILAH KITA MENJAGA KESIHATAN MOGA KITA SEMUA SIHAT JIKA MEMAKANAN MAKANAN YANG SEIMBANG.
Comments
btw, macam mana dengan butang reply kat blog tu. jadi tak??
mungkin.