Followers

Thursday, April 21, 2011

Kawan Makan Kawan

Assalammualikum dan hye semua hehe ok hari ni nak cerita pasal " Kawan Makan Kawan", hurm tu tajuk dalam slot RAUDAH TV9  Semanis Kurma semalam huhu dan kalau diikutkan memang ada yang jenis "Kawan Makan Kawan" ni sebenarnya. Diluarnnya kekadang kita tak nampak tapi Yallah dibelakang kita? Hurm korang fikir-fikir kan lah sejenak. Manusia ni memang susah untuk kita duga pemikiran mereka tapi kita boleh baca dari luarnya juga dan cara dan gaya serta perwatakannya.


Bagi aku berkawan biar beribu tapi nak cari yang jenis tak Kawan Makan Kawan ni susah sikit tapi alhamdulilah selama aku berkawan tak kira la masa dekat tempat belajar ka,tempat kerja ka tidak ada lah lagi yang Kawan Makan Kawan itu lagi syukur sesangat tapi agak takut dan seram ah kalau ada yang macam tu. serius aku katakan memang takut kalau berlaku dekat aku tapi mintak simpang dijauhkan dari orang yang jenis macam tu, kita harus bijak membawa diri kalau berkawan ni, ya la kawan ni kan ada macam-macam jenis kan dari segi perwatakan dan cara mereka. 


Bagi aku sejujurnya aku memang berkawan dengan semua orang tapi aku akur dulu masa sekolah aku memang memilih kawan, aku kawan dengan rakan-rakan yang tak huha-huha maksud aku yang tak hingaq dan tak kecoh dan tak bising dan tak buat hal dalam sekolah itu ikhlas dari aku. Kalau boleh aku nak duk jauh-jauh dari orang macam tu.


Kenapa nak jauhkan dari orang yang macam tu?sebab aku memang tak gemar dan tak boleh nak 1 kepala dengan cara mereka tu. Aku jenis low profile. Biar orang tak kenal aku. Aku tak mau dikenal kerana wanted di sekolah gara-gara buat hal disekolah dan aku tak mau terkena serpihan dan tempias dari mereka yang buat hal disekolah. Kalau dikenali kerana kebaikan tak pa la kot hehe :D



Ok berbalik pada yang jenis kawan makan kawan ni didepan kita bukan main baiklah tapi bila dibelakang duk gata dan macam-macam hal dibuat kan? huh bagi aku la kan yang jenis macam ni la kan mereka ni jeles kot sebab kita ada something yang diorang tak dak dan kita  ada, tak boleh tengok kita lebih ja sikit mula la macam-macam dibuat itu dan ini mengata kita dan burukkan kita kan? haish (-_- ') agamaknya diorang tak senang dengan kelebihan kita kot kan hurm entah alhamdulilah selama aku berkawan tak nah la lagi ada yang jenis kawan makan kawan ni huhu tak taw la kot-kot nanti ada haha adess kalau ada pon buat tak tau dah dekat diorang tu.



Hurm bagi aku pemilihan kawan tu penting kenapa? ya la takut kang jadi macam tu lak 'Kawan Makan Kawan' huh tak ke haru biru jadinya kan? Bukan apa manusia ni kita tak leh duga perangai mereka macam-macam ada ya la rambut hitam ja sama tapi hati lain-lain tak gitu? Aku memang amalkan benda ni dari dulu semua aku kawan tapi aku tengok gak kalau terasa sorang kawan aku dari banyak-banyak tu dah macam lain aja aku just buat der ja dengan apa yang diperkatakan takut karang jadi masalah lain pula. Aku memang tak boleh nak 1 kepala kalau nampak orang tu lain macam sikit haha ni memang ikhlas dari sudut hati aku yang kecil ini.


Sebenarnya bagi aku benda ni boleh dielakkan kalau kita dapat megagak sikit demi sedikit cara kawan kita tu contoh kalau kita tengok perwatakannya tu sedikit demi sedikit hari-hari dah lain macam kan kita leh agak mesti dya di ada something yang tak kena kan? huh dari situ lah kita boleh elak untuk jangan rapat sangat dan bercakap banyak ka atau lebih senang aku katakan elak dari berjumpa? ka aku ni memang kejam? haha atau lebih senang buat bias-biasa ja dengan dya dah kalau perangai dya kian berubah hari demi hari kan? tak salah.


So jauhilah diri kita dari sifat yang jenis 'Kawan Makan Kawan' ni nak jeles buat apa nak tikam dari belakang kenapa? tak perlu itu semua ada dapat apa-apa faedah ka? haha janganlah kita jadi seperti itu 'Kawan Makan Kawan' tu kelak kita yang merana kerana hilang kawan yang dulunya baik dan kita buat jahat padanya dan bila susah? tau pula nak cari kita balik kan? ish--ish sabar ja la dugaan dan rintangan dalam kehidupan ni hurm. Renung-renungkan lah yea semua (-_- )




9 comments:

saiazuan said...

kwn tu sndiri leh jd penawar, n leh jd racun... so sabar je klu kena racun..klu jd penawar, simpan dia, hargai dia.. :)

forever love said...

wat pe nak jadi kawan makan kawan nie.. buat dosa je..

jangan cari salah kawan kita.. sebab kita pun ada salah..

takde sape yang sempurna dalam dunia nie

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

GK jenis huha n ska timbulkan masalah kat sekolah dulu..

lepas ni mesti efa xmo kawan ngan GK dh kn??

hehehe...

dan sepanjang pengalaman hidup GK la,

yg kawan hu ha GK ni la memang kawan yg terbaik dari kawan yg senyap ni, senyap2 ja dia tikam GK dari belakang..

kes kawan mkn kawan juga

ninie said...

makin lama makin susah nak berjumpa kawan sejati, apa yang perlu kita lakukan cuma bersederhana dalam hidup supaya kawan tak mencemburui dan mengkhianiti kita, betul tak? jom singgah my blog =) xoxo! selamat berkenalan

Dinaz said...

memang susah la nak judge...kkdg2 depan kite npk baik sangat...dah terkena...maka dinaz akan berhati2 pilih kawan, ekceli kawan biar ramai tp nak dapatkan sahabat tu yg susah...mmg xder pepatah 'sahabat makan sahabat'setakat ni...

KizZ said...

Kiz pernah kena Kes kawan makan kawan nih...perasaannya??hmm sabo je lah...

Solihin Zubir said...

sy penah dpt kawan jenis mcm ni..

depan, pijak semut x mati..

belakang kita, abis dicanangnya lebirukan kita..

bengang btol!

kAmi dAn mEreKa said...

setakat ni tak pernah ada member macam tu,
harap tak kan trjadi lah,
perit wo nanti, hehe =)

PeNgEmiS dUniA said...

megagak tu cmne aifa ? amik gagak bela ke ?hihi :P

fad penah ade kwn cmtu , mule budget kwn rpt . bile gaduh hal kecik je , kecoh satu dunia , pastu kate kwn fad semate sbb nak makanan fad byk time kt hostel dl . sedih kan ?

PAKEJ PHOTOGRAPHER

Hye semua…maaf lama rasanya tak on blog kak fa ni..amaklumlah bulan puasa I is sibuk sikit dan kebetulan habis dah praktikal kan? So menyib...