Skip to main content

budak hyperaktif part 1

Assalammualikum dan selamat tengahari  semua,huh hari ni nak cerita pasal budak hyperaktif ok. Budak hyperaktif ni sebenarnya boleh dibendung taw jangan ingat tak boleh ok!!KANAK-KANAK lasak, sukar duduk diam dan tidak memberi tumpuan termasuk mengikuti arahan ibu bapa sering dilabel sebagai nakal. Malah kebanyakan ibu bapa menganggap masalah itu akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka. Di sebalik kenakalan itu berkemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar.


budak terlebih aktif jangan jadi macam ni huhu [ kredit to google ]



penyakit ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif.


1. Kekurangan tumpuan perhatian.

Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.


2. Mengikut dorongan hati

Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan.


3. Berkelakuan terlalu aktif.

Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif. Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak prasekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan.


Bagaimanapun,ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal.Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.

Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekali gus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD.

Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.


Bagaimana mengenali kanak-kanak ADHD?

Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi arahan. Malah,jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif
mereka.

Apabila dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran keranamereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan berbahaya.

Bagaimana menangani masalah kanak-kanak ADHD?

Fungsi ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk menghadapi masalah seumpama itu.Lazimnya,pemeriksaan urat saraf di kalangan sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktif selalunya tidak menunjukkan sebarang gangguan.

Malah, di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami kerosakan otak, sebahagian besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktif. Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi. Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan urat saraf atau
tahap ciri elemen plumbun yang tinggi dalam darah. 

Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihatkan mereka tidak mengulangi perbuatan itu tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji.



tunggu ada lagi untuk part 2 ok!!maaf la panjang lebar lak entry hehe

Comments

Anisa Hang Tuah said…
kadang2 kena sabar layan bebudak hyperactive nih
huahua
ejulz said…
macam anak buah ejulz la ni.. tapi dia dh slow sikit bila membesar.. heHe

Jemput singgah n komen k.. :)

New Entry "Pelanggan, Gadis urut lari bertuala.. "
::FAIZ:: said…
tapikan budak mcm ni pintar n comel
yanamib said…
bdk ADHD ni slalunya ada bakat..so parents kena explore minat and bakat dorg..mesti boleh control keaktifan dorg tu..hopefully...=P
CikTomyam said…
wah...! gud info =)

Popular posts from this blog

PENGALAMAN BELAJAR BERMULA DARI BAWAH! [Part 1]

Assalammuaikum dan hi semua ok hari ni nak becerita la sikit pengalaman saya belajar yang bermulanya dari bawah! Ok bagi pandangan saya tidak salah jika kita hendak belajar bermula dari bawah ni, apa yang bermula dari bawah? HAHA ya bermula dari peringkat yang kecil-kecil.  Maksudnya disini adalah ketika baru habis lepasan SPM suatu ketika dulu saya mendapat keputusan SPM macam biasa-biasa saja ada A pun 1 aja. 0_o agak kecewa dan terasa sedih apabila target yang nak dicapai itu tak dapat tapi orang lain happy sebab mencapai target dan banyak A tapi saya redha, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi sebab semuanya lulus Amin. Tetapi saya bangkit dan selepas itu saya pun mengisi la borang online untuk menyambung pelajaran saya ke IPTA.  Nak tau apa yang diapplykan? Hehe saya apply masuk Politeknik dan Kolej Komuniti saja,nak apply U macam tiada keyakinan la pula still masih rasa tiada keyakinan diri waktu dan ketika itu hoho so sementara menunggu keputusan itu saya pun kerja buat

Kes Pembunuhan AloNg SpooN

salam and hye semua.... sihat tak??harap2 sihat lah ya...dh makan blum..ka tak bangun lagi kehkeh...bgun2 cepat2...nk cerita ni kat korang huhu...masih igt tak lagu ni  "Rindu ... rindu serindu rindunya Namun engkau tak mengerti oh...oh Pilu ... pilu sepilu pilunya Namun engkau tak perduli" sapa2 yang nyanyi...lagu tu...ala2...igat2  cepat2 igat kembali.... huhu..tu la lagu dari kumpulan Spoon....kalau korang igt la kan kembali....kalo tak igt ni ha ak tunjuk korang ni pic diaorang... ni la kumpulan spoon :P bagi yang dah lupa... hurm....kesian kan along spoon tu telah meninggalkan kita buat selama2nya...sedih 0o..ak minat gila la gak kt kumpulan ni... :( tp hurm...nk wat cmna dh takdir arwah along pergi meninggalkan industri muzik sedih... :(tadi masa ak gi isi minyak kat shell ak tertengok la plak pic dya kt muka depan newspaper kosmo...ttg kes pembunuhan along spoon....dengar kata hukuman gantung dikekalkan pada si pembunuh arwah along tu..kecian kan kt arwah alon

LIPMATTE JAMU TUN TEJA

Assalammualikum.Selamat Pagi. Salam Jumaat buat semua. Hari ni sis nak bagitahu pada wanita-wanita diluar sana yang mana ada masalah penggunaan lipmatte tu kan?Ada tak sesiapa disini mempunyai masalah kalau pakai sesetengah lipmatte? Bukan semua penggunaan ok kan,bergantung pada kesesuaian seseorang. Hari ni sis nak promote dekat korang yang mempunyai masalah bibir sensitif kalau menggunakan lipmatte tu. Untuk pengetahuan korang Jamu Tun Teja ni ada Launch Produk baru mereka iaitu  π‘³π’Šπ’‘π’Žπ’‚π’•π’•π’† π’šπ’‚π’π’ˆ π’•π’‚π’Œ π’Žπ’†π’π’ˆπ’†π’“π’Šπ’π’ˆπ’Œπ’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒆𝒓𝒃𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒔𝒆𝒅 . Kenapa tak mengeringkan dan healthy for our lips? Sebab dalam Aqua & Herbs ni ada Avocado & Olive oil infused. Bayangkan bibir kita dioles sejenis lipmatte yang tak mengeringkan, still terletak, ada treatment, tak rosakkan bibir dan tak hitamkan bibir. Love ke love sangat? Bukan tu sahaja tau, warna yang digunakan pun adalah from natural color pigments for healthy cosmetics. Nak pakai