Thursday, February 24, 2011

Petua Mencuci Hati

Assalammualikum dan hye semua ehem dikala hari jumaat ini aku nak bagi tip yang aku sendiri nak praktik pada diri aku juga iaitu mencuci hati, huh bukan cuci hati dengan membasuh hati dengan sabun ka hapa taw ahaha tapi mencuci hati dengan cara yang lain,tip ini datangnya dari Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah, aku memang suka dengar tip motivasi dari Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah ni tambah-tambah masa waktu pagi kat TV ada ja tip kan? ok mari kita tengok apa tipnya ok? jangan lupa korang praktikkan juga taw hehehe =) Aku nak praktik yang no 8 tu hikhik ^_^   kalau boleh semua lah ngee :D

1.Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2.Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3.Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6.Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dan lain-lain), jangan dengar orang mengumpat.

8 comments:

apezs shah said...

salam

efa ni dpt mana laa info2 ni kan..
selalu de best,..;)

ch!natsu said...

thanks darl 4 sharing.. =)

Mr feckry said...

terbaik la info ni

mr.syazwan said...

insyALLAH sama2 kita beramal

dan melakukannya

Farah said...

Bagus la info ni..
thx for sharing~

adamzico said...

Efa: erm related to my n3 ' Puasa SUNAT ' Jemput BACA ye?

Solihin Zubir said...

mudah-mudahan hati kita akan sentiasa bersih drp titik hitam.. =)

yuyu lar said...

best tips...sangat sesuai diamalkan.tambah lagi ari jumaat camni...

efa,thanks sudi komen kat blog yuyu=)

Gayatkah anda ?

Nak cerita mengenai gayat atau pun tidak bagi anda diluar sana? gayat?? gayat untuk apa la kan?kak Fa ni? gayat bila duduk atau berdiri di ...