Salam and pagi semua...ok dah agak lama aku tak mengupdate blog aku ni gara-gara aku holiday yang agak panjang huhu...ok hari ni aku nak start update hehehe :) ok hari ni aku nak bincang dengan korang tentang perkahwinan pelik hehehe apa yang pelik? kahkah ok baiklah macam ni perkahwinan pelik yang aku cakap tu adalah perkahwinan campur atau lebih senang kita kata kahwin kacuk ok, sebenarnya agak pelik bagi aku bagi sesetengah orang kahwin kacuk ni bukan apa ya la dari bangsa lain kan? agak janggal tak gitu?
ok aku ada baca beberapa fakta berkaitan kahwin campur ni,ok Kahwin campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian. Tapi, pada hari ini, perkataan kahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang mempunyai agama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin campur boleh dikelaskan kepada 3 kategori, iaitu, kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama.
Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum, sebagai contoh, seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina. Kahwin campur antara negara melibatkan kewarganegaraan, sebagai contoh, seorang muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang muslim yang berbangsa Arab . Kahwin campur antara agama melibatkan dua idividu yang menganut agama yang berbeza, sebagai contoh, seorang seorang Hindu berkahwin dengan seorang Buddha.
Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum, sebagai contoh, seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina. Kahwin campur antara negara melibatkan kewarganegaraan, sebagai contoh, seorang muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang muslim yang berbangsa Arab . Kahwin campur antara agama melibatkan dua idividu yang menganut agama yang berbeza, sebagai contoh, seorang seorang Hindu berkahwin dengan seorang Buddha.
Sebenarnya banyak implikasi perkahwinan campur ni, Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia meninggalkan impak bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat sekeliling dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat daripada dua sudut, iaitu sudut positif dan sudut negatif. Terutama bagi kaum muslim lagi banyak implikasinya negatif dari positif kan? Korang sanggup ka kahwin campur ni?Kahwin campur ni korang kena siap menghadapi segalanya sebab kahwin campur ni mesti akan dapat tentangan dari ahli keluarga kan? yang boleh terima tak pa kalau yang tak boleh terima tu yang susah kan?dari kajian kebanyakan yang kahwin campur ni adalah melayu [ islam ] tak percaya? nah baca sini perkahwinan campur di Malaysia huhu :) bangsa lain tak banyak sangat,ok seperti contoh yang kahwin campur adalah peserta cari menantu tv9 tu danial & adawiyah ingat lagi tak?
ni la danial & adawiyah ingat tak?
[ pic pinjam pak cik google ]
bukan mereka sahaja tapi banyak ok, ning baizura, serina ridwan, sasha elite haish banyak taw bukan artis ja banyak lagi yang diluar sana aku nampak kahwin kacukan ni huhu contoh kahwin campur lagi nana dj radio era tu pun kahwin campur gak kan-kan?tak percaya baca ni NANA & BRIAN
nana & Brian
[ pic pinjam pak cik google ]
p/s : kahwin campur ni boleh tapi jangan sampai melupakan kaum keluarga asal anda :)
Comments
kawen cmpr, anak mesti cmpr..means comel lah..mcm kucing jugak..yg mix tu lg comel dan mahal dr yg local...kan kan~ ngee~ ^_^
Efa nak kahwin campur dengan sape pulak hehe...:p *gurau je.
*pulau2 semua tu apezs lom g mandi2.. itu pergi next month pulak... tapi bestla terengganu..
tp mmg kt malaysia ni byk yg amalkan cmni kn?
tp mmg kt malaysia ni byk yg amalkan cmni kn?
family saya juga kawin campur
kalau kawen campor anak lawo22
mate bebiru..rambut kekuningan emass..he