Assalammualikum and hye all...hari ni topik yang memang aku tak taw uhuhu tapi semalam baru taw sebab keluar TV :) ok aku suka lepas flight kan ekeke tak pa janji semalam aku dapat taw yang hisap or hidu Shisha ni amatlah bahaya ia lebih 400 kali lebih bahaya dari rokok ok,tak caya? korang memang kena percaya. Huh korang semua ada tak yang hisap shisha? baik lupakan Shisha tu sebab bahaya tau. Kenapa shisha bahaya?
Ramai menyatakan Shisha itu lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa.
Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Shisha ni kalau korang hisap boleh dapat penyakit taw. Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah Tibi.Tidak hairanlah jika kes Tibi di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon.
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
sumber : hukum shisha &bahaya shisha
Comments
lagipun.. amalan sedut shisha ni cam sedut ganja.. sbb die pakai alat yang sama..
adesss... ingtkan shisha tak merbahaya cam rokok.. wuwu.. T_T
xleh lepak2 isap shisha dh pasni..
BLOG FAKTA::http://kindofsoul.blogspot.com/