Followers

Friday, January 14, 2011

BaGai Di LuaR NeGara

Salam and hye semua hehehe hari ni efa nak bagi taw korang pasal satu hutan ni..kat Malaysia la gak tapi fuh..macam dekat luar negara plak kehkeh best ja tengok hutan tu teringin lak nak pi...ngee :) Korang pergi tak lagi sini? Efa lum lagi jakun jap hahaha :P Bukan luar negara ja ada tempat macam ni kat Malaysia pun hado...ahahaha..

  dah jatuh cinta sama itu hutan ahaha :P

 

   yang ni macam duk kat bali hoho :) nice right :) like it


 bestnya terjun cmtu :)

 Sumber Dari Metro [ KLIK SINI ]

DIKELILINGI kehijauan hutan hujan yang mempesona dengan kabus menutupi segenap ruang pandangan di waktu pagi, Casabrina Vacation Villa & Spa (Casabrina) menjanjikan percutian sukar dilupakan.
Terletak di tengah hutan Raub, Pahang dan bersempadan dengan Selangor, Casabrina adalah destinasi percutian bagi pencinta alam serta mereka yang mahukan ketenangan.

Menginap di Casabrina seluas 10.9 hektar di lereng bukit, memang mendamaikan apatah lagi vila yang cukup mempesona di Raub yang terkenal dengan dusun buah-buahan terutama durian.

Berkunjung ke Casabrina, pengunjung pasti akan tertanya-tanya sama ada di Raub atau Bali, Indonesia. Ini kerana, pemandangan flora dan fauna yang menjadi santapan mata memang hebat.

Bagaimanapun, konsep yang diketengahkan vila itu dengan reka bentuk dan perabot yang digunakan ibarat membawa pengunjung terbang ke Bali.

Itulah dirasai penulis tatkala berkunjung ke vila enam bintang itu, baru-baru ini.

Pemiliknya, Felix Tee, berkata vila itu beroperasi lebih enam tahun lalu adalah kediamannya di hujung minggu dan penginapan itu mengambil nama anaknya, Sabrina.

Beliau berkata, kerana mahukan sesuatu yang 'ecogreen' dan baik untuk kesihatan, kediaman mewah di tengah hutan hujan itu dikomersialkan menjadi pusat pelancongan.
"Kekerapan berkunjung ke Bali atas urusan perniagaan, membuatkan saya gemar konsep Bali termasuk hiasan perabot.

"Saya menggunakan konsep Bali dalam reka bentuk dan seni bina selain perabot," katanya.

Beliau sendiri mempunyai kilang, khusus membuat perabot untuk dua vilanya sebelum ini iaitu Villa Amertani dan Villa Aranya dan beberapa lagi vila yang akan dibangunkan.

Berkunjung ke Casabrina, keunikan yang pasti dirasai pengunjung ialah mereka begitu dekat dengan keindahan dan kehijauan hutan hujan yang memukau.

Tiada pagar memisahkan vila itu dengan hutan yang terbuka luas. Ini membolehkan pengunjung bersantai di tepi kolam renang sambil mendengar kicauan burung dan unggas hutan.

Setiap vila, Aranya dan Amertani menjanjikan penginapan dengan kemudahan kolam renang, jakuzi, sauna serta pantri yang boleh digunakan 24 jam.

Bagi pasangan yang datang berbulan madu, konsep yang diketengahkan Villa Aranya iaitu terbuka adalah pilihan terbaik.

Bersantai di bawah redup pokok yang menghijau sambil kaki diurut dengan urutan refleksologi menambahkan kesegaran. Perkhidmatan apa dan refleksologi kaki dibawa khas dari China.

Selain menyajikan pemandangan indah dengan vila eksekutif, Casabrina turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada pengunjung meditasi atau mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Dari aktiviti berjemur di tepi kolam renang yang dengan pemandangan hutan yang menghijau, Taman Rekreasi Jeram Besu dan Lata Berembun turut menanti untuk dikunjungi.

Selain itu, bagi yang mahu menguji keberanian menerusi terjunan dari ketinggian kira-kira tiga meter selain meredah hutan yang belum dicemari, 'Tanah Aina Farrah Soraya' yang terletak kira-kira lima kilometer dari villa adalah tempatnya. Tenaga yang dihabiskan untuk berjalan selama 20 hingga 30 minit pastinya terbayar selepas mandi di air terjun yang sejuk.

Jika mahu aktiviti santai, anda boleh melihat burung dan haiwan lain menerusi trip River Cruise & Kenong Rainforest.

Bukit Tinggi Fraser yang terletak kira-kira 40 km dari vila itu hanya mengambil masa 30 minit untuk dikunjungi.

Tempat lain yang boleh dikunjungi ialah puncak bukit vila di untuk melihat panorama bukit yang menghijau serta melawat perkampungan Orang Asli.

Bagi kaki pancing, anda boleh melepaskan gian memancing ikan Patin dan ikan Kelah di kolam yang disediakan.

Selain itu, antara tarikan pelancongan yang boleh dilawati di sekitar Casabrina adalah Deerland World of natura, Pusat Santuary Gajah Kuala Gandah dan Taman Negara Merapoh.

Pakej yang ditawarkan untuk semalam serendah RM$1,600 sehingga RM$8,875 sebilik dengan sarapan pagi untuk menu Barat dan Asia.

Jika pengunjung mahu sesuatu yang lebih mewah pakej berharga RM$6,500 sehingga RM$12,000 juga disediakan dengan dilengkapi hidangan makanan sehingga makan malam dan pengunjung boleh meminta apa sahaja jenis masakan.

Selain dua vila sedia ada, Casabrina akan membina vila yang mempunyai keunikan masing-masing iaitu Villa Melayu, Villa Plava, Villa Atas Awan, Villa Air, Villa Kacapuri, Villa Agra, Villa Gita Giri, Villa Mayomaya dan Villa Ulul Thani.

Ia dijangka siap pada 2012 dengan tambahan padang helikopter mendarat selain pelbagai landskap dalam pembinaan.

p/s:Maklumat lanjut mengenai pakej ditawarkan di Casabrina Vacation Villa, layari laman web, casabrina
pi la jeguk kot-kot nak pi..efa dah tengok website diorang..fuh bestnya...macam nak pi huhu :)


18 comments:

ch!natsu said...

terjatuh cinta jgk.. jom2 pi.. huhu~

ZWAN SABRI said...

Biasala..
Tempat2 pelancongan di Malaysia memang hebat2 sebab tu Malaysia tersenarai sebagai top10 negara paling ramai pelancong yang datang.. ;)

baincardin said...

sejuk!!!~ grrrrrr......^_^"

man yusoef said...

harga mengancam gak tu..haha

Ujang9897 said...

mak ai...best gila

ayulunera said...

Awesome....cantiknye tempat ni...suke..suke....tengah2 stress ni.alangkah besnye dapat pi tempat2 camni..ilang tekanan....like..like..price die camne? ehehe

hani apandi said...

woowww! besttt! bleg pegi nii.

YanaMIB said...

menarik..tp tgk rate dia bapak mahal! huarghh..*pitam!*

DiaUmaiNiNaz said...

kalu cmni tukar niat ke Bali..M'sia lg best n selamat..huhu.

areripe said...

cuti sem tahun ni panjang.
boleh plan pergi sana.
cantik tmpat tu!

zazaw said...

seronok gileeeeee dapat lepak kat situu

smile.gurlz said...

BESTNYA.....=)

Solihin Zubir said...

kalau dpt honeymoon kat situ besh gak kan.. xyah g bali dh.. hehhe...

Naqib Mohamad said...

kene kumpol duit pegi sana HAHA

gadisBunga said...

dah jatuh cinta pandang pertama, kedua, ketiga dan keempat. Yeah!

JIJI YU said...

muahah kena pergi teroka lagi bumi mesia ni.

BLADE EDGE said...

salam...


saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

anyway, kalo ada masa silalah menjelajah ke blog saya..

happy blogging :-D


regards,
BLADE EDGE

Suara Kalbu said...

Efa..
Memang cantik tempat tu kalau tengok dari website. Tapi agaknya harga pun cantik juga huhuhuhuhu...

PAKEJ PHOTOGRAPHER

Hye semua…maaf lama rasanya tak on blog kak fa ni..amaklumlah bulan puasa I is sibuk sikit dan kebetulan habis dah praktikal kan? So menyib...