Skip to main content

bola 0oh bola Piala Suzuki AFF 2010

yeah bola...aku ni pon duk syok pulak dengan bola..bola apa???bola sepak kehkeh...syok 0o..tengok bola sepak best ja...korang tengok tak bola sepak??best sungguh kalau perlawanan bola sepak ni....jerit sana sini kalau gol dh dekat/dh masuk gol hehehe...ok korang tengok tak perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 diantara malaysia ngan laos...menang kan..Malaysia mendahului Laos dengan score 5-1 mengalahkan Laos yeah..suka aku kehkeh :)sekarang rajagobal jurulatih malaysia tenang sebab nah baca ni info dari metro ok..



KEJAYAAN mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF tidak menghidangkan tekanan buat skuad bola sepak kebangsaan.
Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal membayangkan Vietnam sebaliknya kini tertekan kerana perlu mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu.

“Bagi kami ini peluang terbaik mencipta sesuatu. Saya pesan kepada pemain supaya jangan takut atau tertekan pada perlawanan itu,” katanya.
Menurut Rajagobal, pada pengamatannya, skuad bimbingan jurulatih Henrique Calisto itu mempunyai corak permainan pantas berdasarkan tiga perlawanan peringkat kumpulan menentang Filipina, Singapura dan Myanmar sebelum ini.

“Saya mengarahkan pemain mengawal beberapa pemain utama lawan yang boleh mengancam peluang kita namun peminat juga harus menghadirkan sesuatu positif walau apapun keputusan perlawanan.

“Skuad ini masih muda dengan membariskan pemain seawal usia 19 tahun dan ia proses pembelajaran berbanding lawan yang sudah mempunyai pelbagai pengalaman di peringkat antarabangsa,” katanya.

Rajagobal bagaimanapun turut mengharapkan pemain mempamerkan permainan konsisten sejak wisel permulaan selain mengambil kesempatan kesilapan lawan pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.

“Saya tidak mahu permainan seperti menentang Laos berulang kerana permainan kita hanya baik pada babak kedua saja,” jelasnya.
Bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu turut dibelenggu masalah kecederaan penyerang membabitkan Safee Sali selain Asraruddin Putra Omar, Razman Roslan dan Fadhli Mohd Shas yang demam.

Sepanjang kejohanan yang mula dipertandingkan pada 1996, Malaysia dan Vietnam bertemu lima kali. Skuad kebangsaan hanya mencatat satu kemenangan pada 2000 pada perlawanan penentuan tempat ketiga manakala tiga perlawanan lagi tewas selain meraih satu keputusan seri.

Pada saingan tahun ini, Malaysia mara ke perlawanan separuh akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A di belakang Indonesia manakala Vietnam menjuarai Kumpulan B selepas mencatatkan dua kemenangan.


Comments

Anisa said…
yeaaa
malaysia bole

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Mahal Tak Mampu!!

Yeah Mahal  tak mampu!!Apakah? hahaha nak tahu apa? yeah aku memang sememangnya lah tak mampu kot beli benda ini kehkeh =) benda apa la aku gomel ni kan ? kehkeh ok...ini tentang NEW iPhone 5 ok? korang mampu? kalau mampu bak beli aku 1 hahaha erk...dalam mimpi ja la boleh korang bagi miahahaha :P ok baiklah dengar cerita The NEW iPhone 5 is Coming July 2011 huhu...aku agak seronok tengok  new iPhone yang bakal muncul itu huhu..teruja plak ekekeke :) ok mari kita tengok sambil baca ok ? tapi dalam BI korang baca lah erk aku malas tukar ke BM haha The iPhone 5 built for 4G is COMING!!!   Lots of speculation is going around on the new iPhone 5... in HD!! Verizon Wireless is currently testing a CDMA version of the iPhone 4 and 5 and Verizon confirms they are making network changes to bring the iphone to their network. The new iPhone 5 is going to be loaded with awesome new features like video chat on 3g and 4g (no longer restricted to WiFi only), face recognition an...