Skip to main content

Penjagaan Kuku....


ASSALAMMUALAIKUM&SELAMAT PAGI SEMUA...

Hari ni ak nk cerita kat korang tentang penjagan kuku...ok baiklah sebagaimna korang tahu tentang kuku ni adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang.

Struktur kuku

Ketebalan kuku normal manusia ialah kira kira 0.017 inci atau 0.43 milimeter.
Kuku terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:-
  • eponikium (bahasa Inggeris: eponychium) atau kutikel, ialah lapisan kulit lutcahaya yang berada di pangkal kuku.
  • paronikium (bahasa Inggeris: paronychium) ialah lapisan kulit di sisi kuku.
  • hiponikium (bahasa Inggeris: hyponychium) ialah kawasan pelekatan antara hujung kuku dengan hujung jari
  • bahagian atas kuku atau mudahnya kuku itu sendiri ialah lapisan yang keras dan lutcahaya, dibina daripada keratin.
  • isi kuku ialah tisu yang menyambungkan dan melekatkan kuku dengan kulit.
  • akar kuku ialah bahagian yang terbenam di bawah kulit di belakang kuku.
  • lunula ialah stuktur berwarna putih kemerahan berbentuk bulan sabit di pangkal kuku.
Setiap bahagian kuku ini mempunyai fungsinya tersendiri, dan boleh menyebabkan kecacatan pada kuku jika dirosakkan.

Fakta mengenai kuku

Fungsi kuku

Kuku mempunyai 2 fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya yang juga penting ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor.

Pertumbuhan kuku

Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan. Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan. Berbeza dengan kepercayaan umum, kuku (dan rambut) sebenarnya tumbuh selepas seseorang itu mati,iaitu apabila kulit menjadi kering dan mengecut. Rekod pertumbuhan ini boleh menunjukkan sejarah kesihatan dan ketidakseimbangan fisiologi seseorang, dan telah digunakan sebagai bahan diagnostik sejak zaman purba lagi.

Penyakit yang berkaitan dengan kuku

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).

 Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:

  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.

Penjagaan kuku

tentang penjagaan kuku pulak mesti korang tak nak kan kuku korang jd cmni

tkut?jadi cmni?

sesetengah orang tu suka sangat mewarnakan kuku kan....apa yg cntiknya??bagi ak tak cntik pon...sekadar warna cm pic kat bwah ni....?




 warnakan kuku cmni??design cmni??cntik ka?

Produk-produk penjagaan kuku sahaja tidak mencukupi untuk memelihara kesihatan kuku. Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-
  1. Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  2. Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.


bagi ak tak cantik la design yang macan tu....tak elok pon :P tp sesetengah tu suka..kalo mewarnakan kuku ni tak sah kalau kita solat bg yg muslim la kan?kalau non muslim tu....tak kisah la sangat....bagi ak kuku yang tak berwarna tu lagi cntik...cmni...

camni elok...kuku tak panjang sangat kalo panjang tu potong la ya...

ok...bagi pengetahuan korang....kalau potong kuku pada hari jumaat ni elok so....


kepitlah kuku hari jumaat yea.. :)

~sekian~

Comments

Amni said…
errr.... jaga kuku macam gitu2 je..=P
efa said…
amni-gitu2??cmna tu? :)
aibaks said…
kuku efa camne? hehe.. mesti lawa dengan cat merah kan. hehe
efa said…
aibaks-saya tak cat2..tak suka...nk color...gnakan inai...hehehe...bleh bwa solat...cat2 tak mau..
Anna Boleyn said…
huhu tak pernah and tak teringin pun nak kaler kuku.kuku original lagi cantik. :)
efa said…
anna-tu la kan ori lg cntik dri cmtu kan..

Popular posts from this blog

PENGALAMAN BELAJAR BERMULA DARI BAWAH! [Part 1]

Assalammuaikum dan hi semua ok hari ni nak becerita la sikit pengalaman saya belajar yang bermulanya dari bawah! Ok bagi pandangan saya tidak salah jika kita hendak belajar bermula dari bawah ni, apa yang bermula dari bawah? HAHA ya bermula dari peringkat yang kecil-kecil.  Maksudnya disini adalah ketika baru habis lepasan SPM suatu ketika dulu saya mendapat keputusan SPM macam biasa-biasa saja ada A pun 1 aja. 0_o agak kecewa dan terasa sedih apabila target yang nak dicapai itu tak dapat tapi orang lain happy sebab mencapai target dan banyak A tapi saya redha, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi sebab semuanya lulus Amin. Tetapi saya bangkit dan selepas itu saya pun mengisi la borang online untuk menyambung pelajaran saya ke IPTA.  Nak tau apa yang diapplykan? Hehe saya apply masuk Politeknik dan Kolej Komuniti saja,nak apply U macam tiada keyakinan la pula still masih rasa tiada keyakinan diri waktu dan ketika itu hoho so sementara menunggu keputusan itu saya pun kerja buat

Kes Pembunuhan AloNg SpooN

salam and hye semua.... sihat tak??harap2 sihat lah ya...dh makan blum..ka tak bangun lagi kehkeh...bgun2 cepat2...nk cerita ni kat korang huhu...masih igt tak lagu ni  "Rindu ... rindu serindu rindunya Namun engkau tak mengerti oh...oh Pilu ... pilu sepilu pilunya Namun engkau tak perduli" sapa2 yang nyanyi...lagu tu...ala2...igat2  cepat2 igat kembali.... huhu..tu la lagu dari kumpulan Spoon....kalau korang igt la kan kembali....kalo tak igt ni ha ak tunjuk korang ni pic diaorang... ni la kumpulan spoon :P bagi yang dah lupa... hurm....kesian kan along spoon tu telah meninggalkan kita buat selama2nya...sedih 0o..ak minat gila la gak kt kumpulan ni... :( tp hurm...nk wat cmna dh takdir arwah along pergi meninggalkan industri muzik sedih... :(tadi masa ak gi isi minyak kat shell ak tertengok la plak pic dya kt muka depan newspaper kosmo...ttg kes pembunuhan along spoon....dengar kata hukuman gantung dikekalkan pada si pembunuh arwah along tu..kecian kan kt arwah alon

LIPMATTE JAMU TUN TEJA

Assalammualikum.Selamat Pagi. Salam Jumaat buat semua. Hari ni sis nak bagitahu pada wanita-wanita diluar sana yang mana ada masalah penggunaan lipmatte tu kan?Ada tak sesiapa disini mempunyai masalah kalau pakai sesetengah lipmatte? Bukan semua penggunaan ok kan,bergantung pada kesesuaian seseorang. Hari ni sis nak promote dekat korang yang mempunyai masalah bibir sensitif kalau menggunakan lipmatte tu. Untuk pengetahuan korang Jamu Tun Teja ni ada Launch Produk baru mereka iaitu  𝑳𝒊𝒑𝒎𝒂𝒕𝒕𝒆 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒆𝒓𝒃𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒔𝒆𝒅 . Kenapa tak mengeringkan dan healthy for our lips? Sebab dalam Aqua & Herbs ni ada Avocado & Olive oil infused. Bayangkan bibir kita dioles sejenis lipmatte yang tak mengeringkan, still terletak, ada treatment, tak rosakkan bibir dan tak hitamkan bibir. Love ke love sangat? Bukan tu sahaja tau, warna yang digunakan pun adalah from natural color pigments for healthy cosmetics. Nak pakai