Assalammuaikum
dan hi semua ok hari ni nak becerita la sikit pengalaman saya belajar yang bermulanya
dari bawah! Ok bagi pandangan saya tidak salah jika kita hendak belajar bermula dari bawah ni, apa yang bermula dari bawah? HAHA ya bermula dari
peringkat yang kecil-kecil.
Maksudnya disini adalah ketika baru habis lepasan
SPM suatu ketika dulu saya mendapat keputusan SPM macam biasa-biasa saja ada A pun 1 aja. 0_o
agak kecewa dan terasa sedih apabila target yang nak dicapai itu tak dapat tapi orang lain happy sebab mencapai target dan banyak A tapi saya redha, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi sebab semuanya lulus Amin.Tetapi saya bangkit dan selepas itu saya pun mengisi la borang online untuk menyambung pelajaran
saya ke IPTA.
Nak tau apa yang diapplykan? Hehe saya apply masuk Politeknik dan
Kolej Komuniti saja,nak apply U macam tiada keyakinan la pula still masih rasa
tiada keyakinan diri waktu dan ketika itu hoho so sementara menunggu keputusan
itu saya pun kerja buat sementara waktu cari pengalaman ecewah
setelah itu saya mendapati keputusan yang telah saya isi
untuk kemasukan ke Kolej komuniti dulu yang telah keluar keputusannya dulu, fikir
dan fikir haruskah saya memilihnya? Tanya mak dan kakak apa yang harus daku
buat mak bagitahu minat atau tak nak sambung belajar lagi? Saya?
Nak la mak
sambung belajar..krusus yang saya dapat tu adalah multimedia kreatif ( animasi)
ia lebih pada kearah art,nasib dekat sekolah ambil juga la art so ambil keputusan
untuk masuk Kolej Komuniti saja rebut peluang yang dapat takut kalau tunggu
politeknik punya kang tak dapat melepas pula ya dak? hehe dekat kolej komuniti
saya ambil Sijil saja, sebelum ni Kolej komuniti ada sijil dan diploma tau tapi
diploma tu setengah Kolej komunti ja ada. Saya belajar dekat Kolej Komuniti ni
selama 2 tahun.
Setelah tamat belajar disana duduk rumah kejap tak lama dalam 2
minggu lepas habis belajar tu ada apply kerja dan Alhamdulillah saya dapat
kerja tu walaupun kontrak aja dah bersyukur sesangat tau! Hehe then kerja
selama 8 bulan saja dah nama pun kontrak ya tak?haha sebelum abis kontrak tu
saya ada apply kerja lain la juga sebab apa takut kang dah abis kontrak nanti
mesti kena cari kerja juga kan?
Dalam pada masa saya apply kerja itu ada la juga saya apply sambung belajar nak buat Diploma, apply nak masuk Politeknik saja la, So dah apply kerja baru+apply sambung belajar tu kemudian semasa nak semak keputusan sambung belajar tu malangnya ketika mengisi borang kemasukan politeknik tu dia suruh masukkan kita sijil apa sebelum ni then tetiba kos saya ambil dulu tiada dalam senarai agak terkilan disitu tetapi dek kerana dah beli no pin alang-alang dah saya dah isi semua bubuh la saya dulu sijil IT padahal bukan pon dah tiada dalam senarai kos saya ambil dulu tu huhu terkilan disitu tapi tak mengapa terus bekerja...
AKAN BERSAMBUNG SEBAB PANJANG SANGAT NAK CERITA HEHE
Comments