Assalammualikum dan selamat petang hehe ^_^ terasa lama bukan aku tak update blog? haha dah bersawang wang2 dah blog aku ni ha wahaha, ini kerana dek ketiadaan masa nak update dan tiada maklumat nak aku sampaikan ekeke :) ok baiklah hari ni aku nak update pasal "Stres Boleh Berjangkit" ?? haah kalau rakan-rakan kita mengalami sakit mata atau selsema kita pasti akan menjauhkan diri kita dari mereka bukan? kita bimbang diri kita juga akan dijangkiti.
Hal yang sama sebaiknya la kan kita menjauhkan juga diri kita dari rakan-rakan yang tengah stres ni tau. Hal ini kerana penelitian terbaru di University of Hawaii menunjukkan bahawa stres juga boleh berjangkit ok! Individu didapati berisiko untuk mengalami stres pasif atau second-hand stres,jika duduk bersebelahan dengan individu lain yang sedang stres.
Ketua kajian, profesor Elaine Haifield, menjelaskan individu mampu meniru ekspresi, postur tubuh, suara dan mimik wajah orang lain dalam tempoh singkat sehingga mereka mampu merasakan emosi individu-individu di sekeliling mereka.
Jelasnya lagi, sifat manusia yang mampu menyerap emosi individu di sekeliling mereka membuatkan mereka juga mengalami stres dan mula menfokuskan fikiran pada perkara-perkara negatif. Lebih serius, bukan hanya sikap negatif individu stres yang mampu diserap tetapi mereka juga cenderung untuk melakukan bahasa tubuh individu stres seperti mengerutkan wajah ketika bercakap.
pesanan: bila stress tu jangan duk dedekat kengkawan na ;p
mood : Mau Balik kampung jumaat ni cuti seminggu weee -.-'
Comments