Assalammualikum dan morning semua huh hari ni nak bagitau pasal azam untuk rebut peluang pekerjaan, ramai gak tanya aku lepas habis belajar hang kerja bestnya, Aku rasa biasa ja bila dah kerja sekarang ni best ka? diorang kata best sebab dapat gaji ada duit macam-macam boleh buat haha ok memang la bila kerja dapat duit tapi disini aku nak nyatakan untuk ampa semua tentang azam untuk rebut peluang pekerjaan,sebenarnya kita perlu ada azam untuk berjaya antaraannya :
[ faktor 1] tiada keyakinan diri? - disebabkan kurang pengalaman atau kurang maklumat mengenai hal-hal semasa mahupun yang berkaitan dengan kerja meembuatkan anda tidak yakin dengan diri sendiri ketika temuduga. Kelemahan ini membuatkan perluang kerja terlepas begitu saja.
azam baru - tanamkan azam untuk berubah diri dengan memperbanyakkan pergaulan untuk menambah pengetahuan dan keyakinan apabila berinteraksi. Anda juga perlu memperbanyakkan membaca bahan-bahan ilmiah atau menonton dokumentari bagi menambah pengetahuan anda. Untuk meningkatkan keyakinan diri,anda boleh membaca tips-tips untuk lulus dalam temuduga.
[ Faktor 2 ] Gagal menguasai komunikasi- Masalah ini sering dihadapi oleh mereka dan datang dari luar bandar,biasanya ketika melibatkan penggunaan medium komunikasi dalam bahasa inggeris.
azam baru- Buka minda dan lapangkan pemikiran untuk menguasai bahasa inggeris,sekiranya tahu lebih dari satu bahasa itu satu bonus untuk ampa semua.
[ Faktor 3] Tidak Bersedia- Tidak membuat persediaan secara fizikal dan mental untuk menghadapi dunia pekerjaan ketika belajar dan selepas menamatkan pengajian.
Azam baru- membuat persediaan awal dengan bertanya kepada ibu bapa ataupun rakan-rakan anda tentang dunia pekerjaan sebenar. Peluang menjalani latihan praktikal sewaktu belajar adalah langkah bijak dalam memdedahkan diri kepada dunia pekerjaan sebenar.
[ Faktor 4 ] Terikat dengan kelulusan - Ada dalam kalangan pencari kerja yang mahu tidak mahu bekerja selain daripada pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan yang dimiliki. Jadi peluang untuk mendapat kerja menjadi sempit.
azam baru - Beranikan diri untuk mencuba bidang yang berbeza daripada yang dipelajari. Mana tau kemahiran anda sebenarnya ada disitu.
[ Faktor 5 ] Kurang kenalan - Semakin ramai kenalan semakin besarlah peluang anda untuk mendapat pekerjaan. Salah satu dari kenalan anda mungkin bekerja di sebuah organisasi. Jadi mereka tahu bila syarikat mahu mengambil kakitangan baru. Mereka pasti menghubungi anda mengenai peluang itu.
azam baru - Tambah kenalan sedia ada. Bukan susah pun ampa ada facebook,twitter, blog pasti ramai kawan yang boleh tolong kan-kan?
ok cukup dulu 5 faktor dan azam aku bagi tu erk nanti aku kasi lagi 5 faktor dan azam ok hehe buat la yang 5 tu dulu ekeke :) kepada [ budak sengal-sengal ubi ] ni selamat bekerja buat hang noh jangan duk cuak sangat haha :P jom terjah blog [ budak sengal-sengal ubi ]
Comments
erm. berkeyakinan dah ni ! hehe
huhu