Assalammualikum semua huwargh...lambat update sebab-sebab adess hari ni aku keseorangan di tempat kerja so apa lagi buzy jap tadi pagi adal kerja lak huhu so lambat update siti sorry yea huhu ok la abaikam kisah aku tu yea haha.
ok seperti tajuk entry aku ni huh, Jangan nak Mencaci...Caci sapa? huh disini nak bagi tau Dilarang Mencaci Sesama Islam ok? Kekadang ada gak aku tengok ramai suka mencaci sesama umat islam ni, macam mana mencaci? huh faham-faham la kan? mengeluarkan kata-kata kesat pada seseorang,hurm memang diikutkan kata-kata caci ini tidak baik dalam islam kan? apa-apa pun perlu ingat jangan sewenang-wenangnya nak mencaci sesama islam. Tak kisah tua ka muda,benda ni aku tak tuju pada sesiapa taw cuma memperingat kepada semua jangan mencaci diantara kita, yang bagi umat islam ni huh. Walau macam mana sekalipun kita perlu beringat benda-benda macam tu.
ISLAM menganjurkan hubungan baik sesama manusia. Setiap orang hendaklah menjaga tingkah laku dan kata-kata. Perbuatan mengherdik, mencaci dan menghina sesama sendiri dilarang Islam.
Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.
Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat ayat 11). Selain itu, Islam menganjurkan supaya kita bermaafan sesama sendiri lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan keluarga, sahabat dan taulan.
Allah berfirman: “Dan janganlah orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nur ayat 22).
Berbekalkan sifat mulia, mudah memaafkan kesalahan orang lain, kita tentu dapat hidup dengan tenang dan bahagia kerana kita percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Allah tentu membalas segala kebaikan dan kejahatan dengan penuh kesempurnaan. Itulah nasihat saya kepada saudari.
Marilah kita sama-sama renung-renungkan dan moga kita mengambil iktibar dari segala hal di dunia ni kerana aku taw semua yang hidup didunia ini tiada yang prefect tapi kita boleh jadi prefect kalau kita sentiasa meningatiNYA dan Mengamalkan segala PerintahNYA pasti segala hal yang kita lakukan didunia ni akan menjadi prefect, jangan sesekali putus berdoa PadaNYA supaya kita dibimbing ke jalan yang redha / benar, apa-apa pun berfikirlah secara rasional...
info : [ HARIAN METRO ]
Comments
wow menginsafkan habis ni..
itulaa efa sbnrnyakan kalau kita
kata org, padahal kata diri sdr kan.