assalammualikum dan hye semua..
ha amacam hari ni sihat ka tak?kalo sihat alhamdulilah...kalo tak tu makan2 la yea ubat...moga cepat sembuh..sebab sekarang kan musim hujan..jaga la kesihatan tu erk..hurm hari ni ak puasa....tak taw nk wat entry apa hari ni...tp tetiba ak rasa macam teringin sgt plak nk makan daun sekentut...hahahaha...Pelik kan nama tu...first time dlm hidup ak makan makanan yang namanya begitu pelik haish...bau dia...haiyak...agak bucuk...tp...berkhasiat...ala ak pn first time tu tak suka tp bila rasa buat kerabu or nasi ulam ...per...yumm..sedap tambah2 lg kehkeh... :)nama tempatanya sekentut,nama sainitifiknya plak Paederia Foetida,Akar sekentut, daun sekentut, akar kentut-kentut, skunk vine.Selain tu Paederia chinensis Hance, Paederia scandans (Lour.) Merr., Paederia tomentosa Blume.Ok bagi pengetahuan korang daun sekentut ni merupakan sejenis tumbuhan liar yang memanjat dan kadar pertumbuhannya amat cepat.Ia Biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan semak samun di Malaysia.Ia merupakan tumbuhan yang amat agresif dan boleh memanjat sehingga melitupi kanopi pokok-pokok lain. Daun sekentut selalunya berukuran lebih kurang 6cm panjang dan 2.5 cm lebar. Daunnya mengeluarkan bau yang kuat dan busuk seolah-olah bau belerang terutamanya jika dilumatkan. Bunga sekentut kecil dan berjambak. Tumbuhan ini membiak dengan kaedah keratan batang.Ok korang penah lihat tak rupa daun sekentut ni???meh ak tunjuk....ak pon tak penah tengok pokok dya...tp daun penah la huhu...sebab kwan mak ak yang bagi ekekeke :) ni la rupanya...
kegunaannya:
Di utara Semenanjung malaysia daun sekentut merupakan ramuan utama untuk nasi ulam. Untuk memasak nasi ulam ulam utama yang digunakan ialah daun lemuni hitam( yang hijau diatas dan ungu dibawah) daun cemumar,daun sekentut, daun limau nipis dan daun cekur. Ulam-ulam lain ditambah untuk menambahkan rasa. Sungguhpun bau daun sekentut ini busuk, baunya akan hilang selepas dicampur dengan ramuan lain. Nasi ulam digemari kerana rasanya yang lazat dan khasiatnya yang mampu mengeluarkan angin daripada badan kita dan dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan.
Daun sekentut mendapat namanya mungkin kerana khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin daripada badan ataupun mungkin juga kerana baunya yang seakan-akan bau kentut.Dikawasan pantai timur terutamanya kelantan daun sekentut tidak dimakan sebagai ulam sebaliknya digunakan sebagai ubat untuk mengubati kembung perut dan cirit birit pada bayu. Daun sekentut di upar(dilumatkan hingga hancur) bersama dengan kapur makan hingga mengeluarkan busa(buih). busa ini kemudiannya dilumurkan pada perut bayi sebelum dibalut sengan barut.
Daun sekentut mendapat namanya mungkin kerana khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin daripada badan ataupun mungkin juga kerana baunya yang seakan-akan bau kentut.Dikawasan pantai timur terutamanya kelantan daun sekentut tidak dimakan sebagai ulam sebaliknya digunakan sebagai ubat untuk mengubati kembung perut dan cirit birit pada bayu. Daun sekentut di upar(dilumatkan hingga hancur) bersama dengan kapur makan hingga mengeluarkan busa(buih). busa ini kemudiannya dilumurkan pada perut bayi sebelum dibalut sengan barut.
hurm....korang trai la rasa...sedap 0o..walau nama pelik tp berkhasiat :P trai la...wat ulam,kerabu or nasi ulam ok :)ala bau dya tu time sebelum diramas dengan air mmg agak bucuk...tp...lepas makan nak lg taw...hehehe..trai wey...sedap ni...tp bagi yang reti makan ulam lah yea :P yang tak pernah makan ulam walau ulam raja sekali pon....jangan lah makan tkut korang tak lalu...tp kalau makan ulam ni orang kta awet muda tak gitu korang...kahkahkah...orang tua2 la kata uhuhu...ak no komen....fikir lah yea...
|
Comments
nak makan daun kesum ja hahaa..:p
aQmar on the blog-hahaha kentut tak mau keluar kahkah...gi cari kt hutan2...semak2 adadaun tu...sya tak leh pos...ssh mau cri kehkeh :)