Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Tahfiz AL QURAN

SALAH satu program Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) peringkat kebangsaan dan bersifat tahunan adalah Majlis Menghafaz al-Quran. Pada tahun ini ia akan diadakan di Kuantan, Pahang bermula pada 4 hingga 8 April ini.Tahun ini merupakan kali ke-32 majlis itu dianjurkan yang mana ia telah melahirkan ramai juara menghafaz al-Quran.Secara telusnya, peserta yang mewakili setiap negeri telah melalui proses pemilihan bermula dari peringkat daerah.  Seterusnya pihak jabatan agama negeri akan melakukan ujian saringan dan jika ramai peserta yang mendaftar ujian saringan kedua akan diadakan sebelum diuji pada ujian terakhir.Peserta dalam menghafaz ini perlu menghafaz al-Quran dan mengingatinya dengan baik. Ini kerana mereka dikehendaki menjawab dengan membaca ayat al-Quran secara hafazan tanpa melihat mushaf mengikut tempoh yang ditetapkan.Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mendekatkan masyarakat Islam dengan al-Quran dan mencintai kitab suci itu. Di saat kemajuan tekn

50 BLOGLIST BLOGGER BERSAMA AIM DAN MIA

Assalammualikum dan morning semua huh pagi ni tak da idea nak buat A.K.A aku ngah serabut pala tapi nak update gak blog takut usang dan bersawang haha dalam tak da idea tu tetiba teringat 1 segmen ni so aku  nak join 50 BLOGLIST BLOGGER BERSAMA AIM DAN MIA, hehe nasib ingat lagi segmen ni huhu ampa kenal tak sapa AIM DAN MIA tu? haha meh sini ni la pemiliknya  ni la aim&mia [comey mia kan?] huhu  kenapa harus ampa join? huh sebab banyak maafaatnya nak taw apa? 50 blog terpilih akan dimasukkan kedalam sistem Auto Ping di fan page Kindofsoul 20 blog terpilih akan direview bersama post-post terpilih 50 blog akan dikomen untuk kelihatan lebih mesra pembaca Setiap entry baru akan disertakan sekali salah satu blog terpilih selama sebulan ( 1 blog= 1 entry) Membantu memperkenalkan blog anda dan seorang follower anda kepada blogger lain bagus si aim ni nak buat segmen cmni huhu ni kira support blogger-blogger lain la gak so jangan lupa join  [ segmen dari AIM & MIA ]

sweet kalau ada ni

assalammualikum dan hye all readers, sweet kalau ada ini? apakah?huhu sebenarnya ada ditanya oleh kawan aku pasal benda ni nak taw apa yang sweet? haha.dya tanya aku jeles betul aku tengok orang yang ada lesung pipit ni huh haha,ingat apa la yang dya jeles tu huh adess la,tapi memang serius aku pun suka tengok orang yang ada lesung pipit ni huhu lain dari yang lain kira sapa yang ada tu kira untung dan unik!! la. banyak juga member-member aku yang ada lesung pipit ni,suka sangat tengok T____T wuwu aku tak da huhu kira mereka ni meruntung sesangat sebab dianugerahkan lesung pipit yang menambahkan kesweetan mereka itu huhu serius dulu pernah jeles tengok orang ada lesung pipit ni tapi sekarang terima seadannya apa yang ada sekarang huhu Apa-apa pun terimalah seadaanya kurniaan yang diberikan olehNYA. Banyak gak blogger aku tengok ada lesung pipit nak taw siapa blogger itu huh meh-meh ni kira aku review sekali la blog diorang huhu syiok ada lesung pipit kot hehe antara blogger yang ad

budak hyperaktif part 1

Assalammualikum dan selamat tengahari  semua,huh hari ni nak cerita pasal budak hyperaktif ok. Budak hyperaktif ni sebenarnya boleh dibendung taw jangan ingat tak boleh ok!!KANAK-KANAK lasak, sukar duduk diam dan tidak memberi tumpuan termasuk mengikuti arahan ibu bapa sering dilabel sebagai nakal. Malah kebanyakan ibu bapa menganggap masalah itu akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka. Di sebalik kenakalan itu berkemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar. budak terlebih aktif jangan jadi macam ni huhu [ kredit to google ] penyakit ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif. 1. Kekurangan tumpuan perhatian. Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah ka

Nak join Si Cantik

yey sapa si cantik? kenapa nak join?haha nak taw siapa si cantik? ala tak taw ka?nak taw ka?haha ala-ala yang header yang ni huh ini la si cantik tu akak Khumaera Ismail a.k.a Habibi Hamid   sapa yang tak kenai kan akak ni? semua kenai kot kan-kan? huh aku nak serta tersenarai blog aku ni dalam bloglist blog akak Khumaera ni huhu sesaja nak menjoinkan diri dan tersenarai gak bahaha akak khumaera pun dah follow aku alamak terharu T___T akak khumaera follow aku yey seronok habis bahaha   tapi-tapi aku ingat-ingat lupa sama ada aku dah follow atau pun tak la huhu dan-dan aku pi follow akak  khumaera hehehe nak join? senang ja nak taw? AKAK KHUMAERA

siapa suh pakai?

Assalammualikum dan hye semua haha tak taw nak buat apa so tetiba aku teringat kisah kawan aku ni nak taw apa?haha tapi benda ni aku nak nasihat ja la bukan apa untuk diri sendiri gak la huhu,time aku dan member aku pergi jejalan kat Mall ni member aku tu pakai kasut tinggi berapa punya tinggi huhu nak taw tinggi camna?macam ini tinggi macam ni ok!! aku tak mampu pakai macam ni kalau pi mall jenuh lenguh miahaha aku lebih suka pakai plat shoes saja ia lebih selamat dan senang nak berjalan tu bagi pendapat aku la kan, 1 lagi bukan apa aku ni penakut habis sebab dulu ada 1 kes pasal heel shoes kat atas ni jadi pedoman dan tauladan kot kat aku masa aku kecik darjah 5 or 6 kalau tak salah,kisah apa? kisah ada sorang akak gila cun dan pakai la heel shoes macam pic kat atas tu,entah kemana hilang dan melayang fikirannya sampai ada satu longkang bertutup yang lebih kurang macam ni akak tu leh pulak tak perasan dya tengok apa pun tak taw sekali terkecek heel shoes dya dekat penutup lo

Lebih suka mendiam Dari?

Assalammualikum dan pagi semua hehe ok pagi ni aku nak cerita pasal   ' lebih suka mendiam dari? ' Dari apa ni? huh dari berkata-kata,aku lebih suka diam dari berceloteh atau lebih senang nak sebut mulut berpot-pet memanjang hehe aku tak reti la haha. Aku lebih suka mendengar dari bercakap banyak huhu siapa yang kenal aku mesti taw aku macam mana ok..jangan anggap aku ni sombong lak yea wuwu T___T aku lebih suka diam dari cakap banyak. Sebenarnya aku lebih suka mendengar dan memahami ketika orang bercakap yang sebenarnya, jangan salah anggap dengan aku pula la kalau aku tak banyak mulut na sebab aku memang lah tak berapa reti nak bercakap banyak haha sila percaya ok. Pernah satu ketika dulu kawan-kawan aku tanya macam ni kawan aku : oit awat hang senyap ja? ada masalah ka? aku : sambil senyum-senyum mana ada awat kenapa? kawan aku: ya la orang lain duk sibuk-sibuk borak ang senyap ja tu tanya. aku : owh...syok dengar ampa duk buat lawak aku suka dengar.sampai

Gathering KBU

Assalammualikum dan hye semua huhu nak cerita pasal gathering hari tu rasa lambat lak nak cerita haha sebab ramai dah buat entry pasal tu huhu,walaupun hujan ketika nak buat gathering tu namun semua berjalan lancar dan alhamdulilah sambutan yang agak memberangsangkan...agak terkejut aku dengan tetiba tengok fuh...ramai sungguh yang join nampak kereta semua banyak nebes ok haha ok fine aku pemalu wuwu T___T yang paling lagi malu time tu aku dapat taw satu cerita yang agak melucukan bagi aku. Aku gelak tak henti-henti bila taw satu cerita ni time gathering hari tu lawak tul la yang tau cerita ni hanyalah aku dan TASHA kehkeh,sungguh aku malu time tu tak dapat digambarkan dan nak tergelak pon ada haha,tapi sobsob terkilan pon ada sebab-sebab tak dapat kenai semua wuwu T__T  aku kena balik awal wuwu sementara tunggu mereka semua sampai ke USM aku,hajar,bad,GK,dan juan sempat pergi berjumpa pakcu yang duk tengah makan dengan ady di shubaidah USM huhu sempat lagi kami snap pic haha

Pengubat kesakitan

YALLAH ENGKAU KUATKANLAH IMAN HAMBAMU INI HAMBAMU INI LEMAH KETIKA PADA WAKTU INI HAMBAMU INI TIDAK ADA DAYA LAGI SUNGGUH BERAT UJIAN YANG ENGKAU BERIKAN PADAKU KETIKA INI BERIKANLAH HAMBAMU INI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI KUATKANLAH HAMBAMU INI UNTUK MELAWAN SEGALA PENYAKIT YANG DATANG PADAKU KINI WALAUPUN DALAM KEADAAN SAKIT MANA SEKALIPUN AKAN HAMBAMU INI KUATKANNYA JUA INSYAALLAH AMIN DOA MOHON KESEMBUHAN DARI PENYAKIT KREDIT TO darussyifa & DOA SEMBUH PENYAKIT

Mau pi cari Udang Ni

Nak pi cari udang ni sedap gila tengok resepi ni la terus lapa ok haha korang sah lapar gak kalau tengok ni hahaha saja bagi ampa tengok leh trai la buat aku pun nak pi cari udang ni..lama tak makan ok,tempoyak oh...nyum-nyum sedap ok hehe * * * * * * * * * sedap sungguh kan-kan? cara-cara buatnya BAHAN-BAHAN: 1 kg udang galah- bersihkan 2 senduk tempoyak 10 tangkai cili api 5 tangkai cili merah 2 ulas bawang merah 3 cm  kunyit hidup 2 batang serai-ketuk 2 helai daun kunyit-simpul Sedikit air, garam dan gula CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan udang galah. 2. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit. 3. Campurkan kesemua bahan dalam kuali. 4. Tambah sedikit air dan renehkan. 4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, dan masak sehingga agak pekat. kredit to [ SAJIAN ONLINE ]

Khasiat buah Delima

Assalammualikum dan hye semua ok hari ni bagi taw khasiat buah delima yea,sapa suka makan buah delima? sedap kan? so memang bagus pun makan buah delima ni taw sebab banyak khasiatnya,nak taw apa khasiatnya?ok sabar-sabar sat nak bagitaw la ni haha sedapnya ok terus lapar nak makan buah delima... Buah yang berasal dari timur tengah ini berkhasiat mengubati berbagai macam penyakit. Seluruh bahagian tanaman ini boleh digunakan sebagai ubat. Delima sering ditanam di kebun-kebun sebagai tanaman hias, tanaman ubat, dan buahnya yang boleh dimakan. Batang berkayu, ranting bersegi, percabangan banyak, lemah, berduri pada ketiak daunnya, cokelat ketika masih muda, dan hijau kotor setelah tua. Daun tunggal, bertangkai pendek, letaknya berkelompok. Berikut cara pemakanan buah ini untuk pengubatan : Cacingan    Cuci 7 gram akar delima yang telah dikeringkan, lepas tu potong-potong seperlunya. Rebus dengan satu  gelas air selama 15 minit. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus. Rebus k

tertetak

Assalammualikum dan morning semua huhu kembali update semalam cuti haha ok hari ni nak cerita pasal tertetak,tertetak sapa? ini kisah aku main reka saja yea hoho tiada kena mengena dengan sesiapa... ok baiklah alkisahnya macam ni ada 1 pasangan ni mereka sudah berkahwin. Si suami berkerja hingga lewat malam, Si isteri pulak suri rumah tangga sepenuh masa huhu. Ketika si suami pergi kerja si isteri ini duduk la mengemas rumah dan lain-lain. Setelah penat menunggu si suami belum balik-balik lagi dari kerja, si isteri terus pergi tidur di dalam bilik. Jam ditangan sisuami sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, Sisuami terus pulang ke rumahnya. Ketika pulang kerumah si suami terlupa nak bukak lampu dirumahnya,kerana lampu diluar terbuka dan sudah cerah. Lalu terus masuk rumah,dan terus ke bilik untuk tidur kerana keletihan kerana seharian bekerja. Ketika hendak melendingkan badannya ke katil tiba-tiba sisuami terasa something ada ditangannya lalu pergi kedapur terus mencapai kapak kemudian

Adik-adikku

Huh ampa semua tengok tak semalam?program TV adik-adiku di RTM 1 semalam hehe best kan? aku tengok semalam sampai habis ok hehe syok melayan adik-adik itu berkata-kata pandai teratur ja aku suka ja tengok adik-adik tu best kenapa best? sebab suka tengok cara diorang berpidato,bertaranum,azan dan bernasyid huhu best, ni juga 1 platform untuk dengar si adik yang cilik bertaranum hebat kot dari aku wuwu :) suka aku tengok kekadang sampai leh nangis bila tengok lepa bercerita ni huhu pemenang semalam jatuh kepada Muhammad Amirul Munir Azlin [ juara] & Syafiqah Fasiha Ahmad Safri [naib juara] Juara Muhammad Amirul Munir Azlin Naib Juara Syafiqah Fasiha Ahmad Safri Ketiga Zaid Najmuddin Zul Akmal tahniah buat pemenang caya la hebat adik-adik ni,kecik-kecik lagi dah cilik dan pandai kan? pandai ibu dan ayah mereka mendidik good-good i like hehe... nak taw lanjut pasal pemenang klik  Pemenang ADIK-ADIKKU

Bahangnya Terasa Kini

Assalammualikum dan morning semua huh bahangnya terasa kini ok!!apakah? huhu yehaak Gathering Kami Blogger Utagha [ KBU ] kini terasa bahangnya huhu dah kecoh kat group KBU tu hehe dah habis pasal t-shirst,timbul pulak pasal sticker huhu adess sungguh meriah+hebat  aku tengok  lepa semua yang buat ni huhu tempat telah bertukar harap maklum,kerana sebab-sebab tertentu Gathering Blogger Utara kali ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran anak yatim dari Rumah Sinaran Kasih. Sambil-sambil beramah mesra dengan semua blogger-blogger utagha sambil itu kami akan membuat amal kebajikan dan berbakti dan mengembirakan anak-anak yatim dari Rumah Sinaran Kasih. So marilah kita memeriahkan lagi gathering kali ini. lepas pasal t-shirst ada plak sticker yang dibuat hoho meriah habis kehkeh,nak taw macam mana rupa sticker tu? huh meh sini aku bagi tunjuk dan ampa semua buat la pilihan huhu mana 1 menjadi pilihan? huhu aku macam like yang no 4 kot huhu erk mana-mana pon ok kot huhu erk-

Uish mahalNya

Uish apa yang mahal tu? haha korang tengok TV tak? atau pi server kat market pasal benda yang satu ni mahal? apa plak yang mahalnya? ala tak kan tak taw kot? ala makanan ni mesti korang pernah makan ala fav orang ramai kot hoho, taw tak ni? meh nak bagi taw pasal ayam ok lagi sekali ayam ok huhu   dipinjam dari pok cik google harga ayam la ni dah naik wuwu T___T taw naik berapa? mencecah RM8.50 hingga RM9.90 uish alamatnya kopak la siapa yang niaga jual nasi ayam adess susah-susah hurm nampaknya lepas ni tak makan dah la ayam wuwu  owh...ayam mengapa perlu naik harga erk? sapa taw? aduss napa-napa perlu naik erk,aku pun tak sure la bab cmni huhu...ayam oh ayam bermacam ayam haha so lepas ni tak yah duk beli ayam tak yah duk makan ayam mari kita melopong tengok ayam yang dimasak macam ni pakat melopong na haha jadi macam aku memang dah lama melopong  tengok ayam sebab tak leh makan wuwu allergic uhuk tapi ketegaq makan gak semua bedal so tanggung risiko la haha ambik ko layan a