June 11, 2012 3

PENGALAMAN BELAJAR BERMULA DARI BAWAH! [Part 1]


Assalammuaikum dan hi semua ok hari ni nak becerita la sikit pengalaman saya belajar yang bermulanya dari bawah! Ok bagi pandangan saya tidak salah jika kita hendak belajar bermula dari bawah ni, apa yang bermula dari bawah? HAHA ya bermula dari peringkat yang kecil-kecil. 

Maksudnya disini adalah ketika baru habis lepasan SPM suatu ketika dulu saya mendapat keputusan SPM macam biasa-biasa saja ada A pun 1 aja. 0_o agak kecewa dan terasa sedih apabila target yang nak dicapai itu tak dapat tapi orang lain happy sebab mencapai target dan banyak A tapi saya redha, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi sebab semuanya lulus Amin.Tetapi saya bangkit dan selepas itu saya pun mengisi la borang online untuk menyambung pelajaran saya ke IPTA. 

Nak tau apa yang diapplykan? Hehe saya apply masuk Politeknik dan Kolej Komuniti saja,nak apply U macam tiada keyakinan la pula still masih rasa tiada keyakinan diri waktu dan ketika itu hoho so sementara menunggu keputusan itu saya pun kerja buat sementara waktu cari pengalaman ecewah 

setelah itu saya mendapati keputusan yang telah saya isi untuk kemasukan ke Kolej komuniti dulu yang telah keluar keputusannya dulu, fikir dan fikir haruskah saya memilihnya? Tanya mak dan kakak apa yang harus daku buat mak bagitahu minat atau tak nak sambung belajar lagi? Saya? 

Nak la mak sambung belajar..krusus yang saya dapat tu adalah multimedia kreatif ( animasi) ia lebih pada kearah art,nasib dekat sekolah ambil juga la art so ambil keputusan untuk masuk Kolej Komuniti saja rebut peluang yang dapat takut kalau tunggu politeknik punya kang tak dapat melepas pula ya dak? hehe dekat kolej komuniti saya ambil Sijil saja, sebelum ni Kolej komuniti ada sijil dan diploma tau tapi diploma tu setengah Kolej komunti ja ada. Saya belajar dekat Kolej Komuniti ni selama 2 tahun. 

Setelah tamat belajar disana duduk rumah kejap tak lama dalam 2 minggu lepas habis belajar tu ada apply kerja dan Alhamdulillah saya dapat kerja tu walaupun kontrak aja dah bersyukur sesangat tau! Hehe then kerja selama 8 bulan saja dah nama pun kontrak ya tak?haha sebelum abis kontrak tu saya ada apply kerja lain la juga sebab apa takut kang dah abis kontrak nanti mesti kena cari kerja juga kan? 

Dalam pada masa saya apply kerja itu ada la juga saya apply sambung belajar nak buat Diploma, apply nak masuk Politeknik saja la, So dah apply kerja baru+apply sambung belajar tu kemudian semasa nak semak keputusan sambung belajar tu malangnya ketika mengisi borang kemasukan politeknik tu dia suruh masukkan kita sijil apa sebelum ni then tetiba kos saya ambil dulu tiada dalam senarai agak terkilan disitu tetapi dek kerana dah beli no pin alang-alang dah saya dah isi semua bubuh la saya dulu sijil IT padahal bukan pon dah tiada dalam senarai kos saya ambil dulu tu huhu terkilan disitu tapi tak mengapa terus bekerja...

AKAN BERSAMBUNG SEBAB PANJANG SANGAT NAK CERITA HEHE 

June 05, 2012 7

Wordless Wednesday- Hantaran gini pon ada..


~Hantaran~