Followers

Thursday, February 23, 2012

Shooting Video Korporat

Assalammualikum dan salam 1 malaysia :) sekejap rasanya dah hari jumaat kan? cuti aku pun dah nk abis sadisnya -.-' ok hari ni nak cerita pasal shooting  Video Korporat ha baru tau bila keluaq shooting ni teramatlah penatnya sebab nak membawa segala pekakas untuk shoot ha baru hang tau ka efa oi? huhu..walaupun penat namun aku happy sebab itu yang 1st timenya aku keluar shoot untuk buat video korporat, tau apa video korporat tu? nanti aku cerita ok!

Ha kelas yang kena shooting ni adalah kelas cinematograhy, kelas tulah yang paling aku rasa lama lah nak tau berapa lama? dari 8 pagi hingga 1 kahkah ;p lama bukan? ada kebebasan sikit kelas tu sebab lec akan suh keluaq shooting then leh la sekali makan-makan sebabnya kelas aku  full lepas luncuh time terus ada kelas lagi dan lagi hehe



itu dia geng-geng 1 kumpulan dengan aku lalala ;p


kemai lagi semua pose kan..haha nampak ja senang nak shooting tapi-tapi T__T terasa banyak susah because still begining huhu...kumpulan kitaorang memilih pusat islam PTSS untuk dijadikan video korporat, will try the best for our team hehe :) video tu belum setel lagi nak kena edit bagai so wait for our team video ok :)

nak tahu macam mana video korporat tu ok aku bagi hint untuk korang tengok salah satu video korporat UTHM library ni i like ok!! smart hehe 



pssst: wait for our team video korporat na hehe :P 

Tuesday, February 21, 2012

boleh ka pakai braces??

Sebelum aku nak memulakan cerita leh la korang baca entry ini dulu ok? tajuk aku hari ni boleh ka pakai braces? ramai yang tanya aku,antara dialog yang ditanyakan lebih kurang macam ni:

  • hang nak pakai braces??tak sakit ka?
  • boleh ka wey pakai braces ni??
  • wey orang kata pakai braces leh kurus o0o...
  • bila pakai braces nanti kena pantang makan ang mampu ka??



ha memacam soalan yang member-member aku tanya haha tapi point yang aku nak ambik ni adalah point yang kedua tu " boleh ka wey pakai braces ni??" benda ni yang aku nak kongsi sesama korang semua ok!

Aku ada juga bertanya pada ustazah dekat tempat aku belajar ni tentang hukum memakai braces ni. nak tau apa hukumnya?? ok start lepas aku tanya ustazah pasal hukumnya itu aku balik rumah aku pun google la juga dalil dan hukum memakai braces ni :)


Rasulullah SAW bersabda : Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.

( AL-BUKHARI DAN MUSLIM )



"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah."

Riwayat ( BUKHARI DAN MUSLIM )


Islam telah membahagikan hukum memakai pendakap gigi kepada dua iaitu harus dan haram. Memakai braces ni akan menjadi haram jika kita nak memakai braces hanya untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Namun ia harus sekiranya kita hendak memakai braces untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya.


Nak tahu lebih lanjut lagi korang leh la pergi tengok dekat hukum pakai braces ni


Monday, February 20, 2012

public phone??

Assalammualikum dan selamat tengahari untuk semua ^.^ ok hari ni aku nak bincangkan pasal telefon awam?? tidak ramai bukan yang memakai telefon awam pada masa kini? berapa peratus saja aku rasa yang memakai telefon awam ini. Sekarang zaman makin serba canggih,kebanyakkannya sudah menggunakan handset dari menggunakan telefon awam bukan?



Jika ditanya pada aku sudah berapa lama aku tak memakai telefon awam?? ya aku agak lama sudah tak menggunakan telefon awam ni yang sebenarnya, terakhir kalinya aku memakai telefon awam ni setelah aku habis SPM, lepas pada itu aku menggunakan handset sudah hehehe...sebab aku dah tak guna telefon awam ni juga adalah kerana kekadang telefon awam ni kerap rosak akibat vandalisme angkara orang yang tak bertanggungjawab merosakkan telefon awam ni sebab tu aku beli handset, kalau tak aku pakai telefon awam ja la...

Aku start pakai handset lepas aku habis SPM, family aku tak mengalakkan aku memakai handset ketika sekolah :) so masa belajar dulu hanya telefon awam yang menjadi satu rangkaian yang boleh aku menghubungi kengkawan hehe kekadang agak terkilan bila telefon awam itu rosak haish...kalau yang telefon buh syiling tu rosak tak pa la gak ni yang guna kad pun rosak?? agak terkilan juga masa aku duk asrama masa sekolah dulu tak leh telefon sesapa huhu...

Ok aku nak tau juga la berapa lama dah anda-anda semua diluar sana dah tak menggunakan telefon awam ni??? start pakai handphone bila?? cer cite sikit pengalaman anda hehe :)


Wednesday, February 15, 2012

Stres Boleh Berjangkit?

Assalammualikum dan selamat petang hehe ^_^ terasa lama bukan aku tak update blog? haha dah bersawang wang2 dah blog aku ni ha wahaha, ini kerana dek ketiadaan masa nak update dan tiada maklumat nak aku sampaikan ekeke :) ok baiklah hari ni aku nak update pasal "Stres Boleh Berjangkit" ?? haah kalau rakan-rakan kita mengalami sakit mata atau selsema kita pasti akan menjauhkan diri kita dari mereka bukan? kita bimbang diri kita juga akan dijangkiti.




Hal yang sama sebaiknya la kan kita menjauhkan juga diri kita dari rakan-rakan yang tengah stres ni tau. Hal ini kerana penelitian terbaru di University of Hawaii menunjukkan bahawa stres juga boleh berjangkit ok! Individu didapati berisiko untuk mengalami stres pasif atau second-hand stres,jika duduk bersebelahan dengan individu lain yang sedang stres.

Ketua kajian, profesor Elaine Haifield, menjelaskan individu mampu meniru ekspresi, postur tubuh, suara dan mimik wajah orang lain dalam tempoh singkat sehingga mereka mampu merasakan emosi individu-individu di sekeliling mereka.

Jelasnya lagi, sifat manusia yang mampu menyerap emosi individu di sekeliling mereka membuatkan  mereka juga mengalami stres dan mula menfokuskan fikiran pada perkara-perkara negatif. Lebih serius, bukan hanya sikap negatif individu stres yang mampu diserap tetapi mereka juga cenderung untuk melakukan bahasa tubuh individu stres seperti mengerutkan wajah ketika bercakap.


pesanan: bila stress tu jangan duk dedekat kengkawan na ;p

mood : Mau Balik kampung jumaat ni cuti seminggu weee -.-'

PAKEJ PHOTOGRAPHER

Hye semua…maaf lama rasanya tak on blog kak fa ni..amaklumlah bulan puasa I is sibuk sikit dan kebetulan habis dah praktikal kan? So menyib...