November 29, 2011 8

Filem terbaru dari KRU Studios

Assalammualikum dan hye semua hari nak cerita pasal 1 filem yang terbaru dari KRU Studios iaitu "Vikingdom" ok. Filem ni adalah sebuah filem bertaraf antarabangsa tau!!sebab ada barisan pelakon dari antarabangsa dalam filem ni iaitu Dominic Purcell kalau tak tau siapa itu boleh google ok!ahaha 


Penggambaran keseluruhan sebenarnya diadakan di malaysia saja,tapi filem ni belum keluar lagi tau dalam pembikinan lagi ok!harap semua bersabar yea,nak tau lebih lanjut? terjah baca sini

November 24, 2011 8

Short film 'NAWAITU'

Assalammualikum dan selamat petang semua ok dikala aku tengah bosan duk dekat rumah ni aku gi godek-godek fb la twitter la dan aku terjumpa 1 short film dekat fb dari seorang pelajar dekat poli aku ni, kiranya dia ni adalah pelakon utama la kan dalam short film tu. Ok short film ni dibuat oleh  pelajar-pelajar Politenik Tuanku Syed Sirajuddin iaitu para pelajar dari semester 5 dari kos pengajian video dan filem. 

Dikesempatan itu aku mohon sharekan video ni dari si pemilik yang mengeluarkan video  itu dia ialah syazwani dan dia benarkan untuk aku share video tu so aku nak sharekan la dengan korang semua pasal cerita nawaitu ni dekat korang yea,best tau!aku dah tengok korang tunggu apa lagi yea dak? hehe nak tahu lebih lanjut pasal cerita ni boleh la korang tengok dekat PART 1 dan PART 2 so jom terjah baca dekat blog syazwani :)

kredit to syazwani thanks a lot eh sebab sudi kasi saya share cerita tu :D



kena belajar ni dari syazwani pasal production hehe nanti aku plak kena buat blupp O_o
November 22, 2011 3

cemburu tak kena tempat

Cemburu yang tak kena tempat??ini cemburu bukan soal CINTA ok ini cemburu mengenai sesuatu bakat atau hasil kerja orang lain ok!! Ada juga eh orang yang mencemburui hanya sebab bakat seseorang itu lebih sikit dari mereka? mereka tak senang duduk bila tengok hasil kerja seseorang tu lebih cantik dan elok darinya, buat apa nak cemburu??korang dapat apa?

Bagi aku korang tak perlu mencemburui pada kelebihan seseorang itu, kalau korang rasa tak berapa reti sangat nak buat sesuatu benda tu korang haruslah bertanya kepada mereka. Tak perlulah rasa cemburu dan mengata berbagai pada orang yang dapat menghasilkan kerjanya itu lebih daripada korang. Setiap manusia yang hidup didunia ni telah diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing oleh ALLAH S.W.T so korang haruslah menerima kenyataan itu.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, ada setengah orang pandai dibidang teknikal tetapi tidak pandai dibidang praktikal dan ada juga yang pandai dibidang praktikal tetapi tidak pandai dalam bidang teknikal. So korang boleh kot memikirkan yang mana 1 kelebihan dan kekurangan yang korang ada bukan? anda sendiri boleh menilainya.

Bagi aku la kan, lebih suka kalau berkongsi pendapat diantara kengkawan aku. Bertanya pada mereka tentang hasil kerja yang telah kita lakukan dan kemudian menerima kekurangan jikalau hasil kerja kita itu tidak sempurna dan boleh diperbetulkan, aku lebih suka mereka menilai dan baru kita tahu dimana kelemahan kita sendiri. Itu bagi pendapat aku la kan, tak perlu rasa cemburu yang tak bertempat. 

Kita harus menerima hakikat kekurangan  yang kita ada dan dari itu kita boleh asah hasil kerja kita itu dengan lebih baik dan sempurna. Tak perlu korang rasa cemburu hanya kerana sebab itu, perbaiki lah hasil kerja korang itu selagi korang mampu dan berjaya membuahkan sesuatu hasil yang cukup baik dan sempurna. 

Janganlah korang rasa segan untuk bertanya jikalau korang rasa tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu kerja itu. Biar korang bertanya asalkan kelak korang tidak sesat jalan hehehe 


p/s : Malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang  eh -_-'


November 21, 2011 6

1st time shoot Sunset

Masa hari raya aidilfitri hari tu aku ada pergi shoot pic sunset,ni kiranya 1st time aku shoot sunset la tapi tak la cantik mana aku shoot tu kan huhu,baru merangkak-rangkak nak belajar dalam bidang photography ni hehe.pic ni aku ambik dekat area rumah kawan mak aku,tak da kerja gi shoot sunset,yang ni bukan pic ori yang aku tangkap lah ya sebab aku dah edit pkai HDR dan edit dekat adobe photoshop. jom cuci mata tengok shoot yang aku ambik tu dan sila la bagi komen yea kalau sesiapa yang tau bab-bab shoot sunset ni yea im still new :)

SEBELUM EDIT

SELEPAS  EDIT
November 20, 2011 0

'CANDID TIME CONTEST'

Assalammualikum dan selamat petang semua :) ok tadi tengah-tengah aku boring aku pi la blogwalking dekat blog someone ni, pastu aku ternampak  dya ada join 1 contest ni  iaitu 'CANDID TIME CONTEST' oleh Adik muna rahimah 




aku terasa nak try mencuba nasib aku untuk join contest ni ehehe so pic ni aku pertaruhkan untuk masuk contest ni tada.....

pic ni aku bersama-sama kengkawan di taman ular dekat Perlis , dan pic ni telah dicandid oleh member aku :)


dua orang yang aku nak tag adalah: 




kalau sapa-sapa yang lain diluar sana nak join contest ni just korang pergi ja terjah dekat blog adik muna rahimah ni then leh la join senang ja kalau nak join so apa lagi moh la join contest ni yea :) hadiahnya boleh tahan ehehe :) good luck buat semua yang join tu yea 
November 19, 2011 1

Tahniah buat pasukan Malaysia

Tahniah diucapkan buat pasukan Malaysia kerana menang dalam perlawanan semalam menewaskan Myanmar. Malaysia menjaringkan gol 1-0 yang telah dijaringkan  oleh  Ahmad Fakri Saarani. Tahniah buat pasukan Malaysia semoga pasukan Malaysia akan terus mara dan berjaya dalam permainan.

Ahmad Fakri Saarani berjersey no 13



November 17, 2011 2

1 shoot flora

Assalammualikum dan selamat petang semua hehe,ok hari ni aku nak tunjuk beberapa gambar bunga yang aku shoot disekitar kawasan Politeknik yang aku belajar ni,aku ambik gambar dekat-dekat ja sebab tiada transpot yea nak pergi jejauh nuh tapi gambar bunga-bunganya lawa-lawa gak haha cuba korang teka bunga apa yang aku ambil tu yea ehehe :)







p/s: disebabkan kebosanan hanya semata-mata gambar ja lah yea yang terupdate hikhik :) layan....